Monday, April 11, 2011

Program Keibubapaan & Mentor Mentee

Lyana akan menghadapi UPSR pada tahun nie.. Aku sebenarnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada anak2 aku untuk mendapat keputusan yang cemerlang, kerana aku tidak mahu memberikan tekanan kepada mereka. Sebagai ibu, aku hanya mampu menasihati, menggalakkan dan berdoa kepada Allah agar mereka berjaya.

Sabtu, 09 April, 2011.. Program Keibubapaan dan Mentor Mentee telah diadakan di SK Ledang. Program ini khas diadakan untuk murid2 tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Lyana tidak terkecuali dan aku juga tak boleh tak pergi. Aku WAJIB... memberikan sokongan kepada Lyana walaupun aku tahu apa yang bakal terjadi sewaktu program ini berlangsung.

Penceramah undangan adalah Pengurus Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor. Sepanjang 2 jam, semua perkara yang berkaitan dengan hati, akal, sosial, agama dan kecemerlangan hidup disampaikan dalam suasana yang santai dengan pelbagai aksi yang mencuit hati.
Diakhir ceramahnya, beliau memangil para ibu kehadapan. Aku tahu apa yang bakal berlaku... Sebak didada aku tahan kerana tak mau dilihat oleh orang lain. Penceramah mula mengeluarkan ucapan yang menambahkan sebak didada. Suara beliau yang sayu dan berlagu telah menbuatkan beberapa orang ibu menangis..

Aku saja yg masih menelan sebak aku. Anak2 sudah mengalirkan airmata, termasuk Lyana. Dia melangkah kearah aku dengan mata yang merah.

Gadis manis itu telah dewasa rupanya. Tergambar diruang mata saat2 manis sewaktu dia membesar. Lyana menyalami dan mencium tanganku... dia terus memeluk aku dan menangis2 semahu2nya..

"Akak sayang umie.. ampunkan dosa akak ya Umie?" Aku menelan lagi sebak ku.. sambil mengurut2 belakangnya..

"Jgn menangis sayang, kakak tau kan umie sayangkan akak?"


"Tahu, terima kasih umie sebab sayangkan akak, besarkan akak, jaga akak "


Aku biarkan dia tenggelam dalam kesedihannya. Begitu juga ibu-ibu yang lain.

Giliran para bapa pula kehadapan.. aku yang telah mengambil tempat duduk mula mengalirkan airmata. Baru aku terasa sedih... sayang... Babah Lyana tiada dihadapan sana. Dan sekali lagi Lyana memeluk aku.. Dia menangis semula... Aku tau dia terasa kehilangan yg amat sangat kerana bahu lelaki itulah yang selalu dijadikan bantal 1 ketika dulu.

Aku bersyukur kerana aku mampu berada disana ketika anak2 memerlukan aku.

Selain daripada itu, aku mendapat 2 berita gembira. Lyana berjaya mendapat tempat ke2 didalam peperiksaan dia. Aku tak pernah menyangka kerana sebelum ini dari darjah 1 - 5 dia hanya mampu berada dikelompok belas2 atau puluh2 saja.

Dani pula berjaya mendapat johan Action Singing pada English Fest peringkat Zon Ledang dan akan bertanding diperingkat Daerah pula... Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails