Monday, April 25, 2011

Damping Malam.. Bab 2

Selepas Arwah Atok Gemok meninggal, Adik mak aku Makcik Noi pula bersikap seperti Atok Gemok. Kelakuannya sama saja dengan Arwah Atok. Panas badan, suka mengamuk dan sewaktu dengannya, kami dijadikannya musuh. Sehinggakan pada hari raya pun kami tidak dibenarkan masuk kerumah Arwah Atok. Makcik Noi meninggal pada tahun 2007. Dan kini.. sikapnya diambil oleh Mak.

Sejak abg musa bercerita tentang Atok Gemok, barulah aku tahu tentang peninggalannya dan juga sikap mak yang berubah.

Banyak kejadian pelik berlaku dirumah selepas tu. Satu malam aku kebilik air. Keluar je dari bilik air, aku terkejut dan terpaku apabila melihat seorang wanita seiras mak (lebih muda dan bersanggul) sedang duduk makan sambil merenung tajam kearah aku. Renungannya mengambarkan kemarahan, benci, dan tak puashati dengan aku. (Sebelum itu pada malam yang sama aku sebenarnya bergaduh dengan mak)

Selain dari itu, aku selalu terjaga ditengah malam dan kemudiannya aku akan terdengar bunyi pintu kedapur seakan dibuka dan kemudian terdengar bunyi org dibilik air. Terdengar seperti air paip dibuka dan ditutup. Aku akan menunggu jika orang tersebut akan masuk semula kerumah tapi tiada. Selepas setengah jam aku akan menjengah keluar bilik dan pastinya pintu dapur tertutup rapat.

Bukan itu saja, aku selalu mendengar seperti ada orang memberus bilik air ditengah2 malam buta. Bunyi orang memberus toilet dan lantai. Yang pastinya aku akan menjengah keluar dan keadaan masih sama, pintu dapur tertutup rapat. Kejadian itu selalunya berlaku selepas tengah malam.

Pernah 1 malam aku nak keluar ke kedai dengan anak2, aku melihat wajah yang amat garang dengan mata yang membuntang memandang kearah aku di celah2 pokok bunga ros mak. (Masa tu juga aku sebenarnya baru berselisih faham dengan mak)

Kami adik beradik kemudiannya mula mengambil langkah yang sepatutnya.

LANGKAH 1

Abg Ya telah memanggil rakannya seorang Ustaz untuk membincangkan hal ini. (Sebenarnya sebelum kisah ini keluar, Ustaz tersebut pernah berseloroh dengan Abg Ya dan menyatakan yang Abg Ya dijaga oleh Orang Gunung Ledang)

Ustaz telah datang kerumahnya dan setibanya di depan pagar, ustaz ternampak seorang wanita tua yang masih cantik, berwajah lembut. berbaju kebaya dan bersanggul keluar dari bilik dapur abg Ya.
Antara dialognya :-

"Kenapa ustaz datang kesini?"

"Saya nak jumpa kawan saya."

"Jangan bimbang, saya tak ganggu keluarga dia. Saya cuma nak menjaganya saja."

Setelah berbual seketika, wanita tersebut pergi semula ke bilik dapur abg Ya dan hilang. Abg Ya terpinga2 kerana dia melihat ustaz tersebut bercakap seorang2.

LANGKAH 2

Abg Nani, Akak Chic, Akak Meran, Abg Ya dan Mak telah pergi kerumah seorang Ustaz di Muar untuk bertanyakan hal yang sama.

Ustaz tersebut menjelaskan, Wanita ini hanya berniat untuk menjaga dan tidak akan mengganggu anak cucu mak. Wanita tersebut hanya menunjukkan diri pada sesiapa yang telah cari pasal dengan mak aku saja (akulah tu!!!)

Dia bertanya ada tak diantara kami yang mahu menjaganya atau mahu membuangnya. Kami bersetuju untuk membuang benda tersebut. Apabila kami bertanya mengapa benda itu memilih mak, jawapannya senang. Dia akan pergi pada orang yang dia berkenan dikalangan keluarga kami. Kami adik beradik dah mula risau. Kalau mak tak de nanti camne??? Sapa lak yang dia akan ikut??

LANGKAH 3

Aku sendiri telah meminta tolong dengan seorang rakan sekerja aku. Selang 2 hari ustaz telah menghubungi aku, dia menceritakan yang dia telah melihat seorang wanita tua, yang masih cantik, berwajah lembut, berkebaya dan bersanggul sedang menyapu sampah dirumah aku. Sebenarnya aku tak pernah ceritakan pada Ustaz tentang wanita tersebut. Aku cuma jelaskan yang aku telah diganggu saja tapi ustaz telah menerangkan secara terperinci tentang wanita tersebut.

Kami sekeluarga keliru... sampai kehari nie kami masih keliru...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails