Monday, April 25, 2011

Damping Malam.. Bab 3

Kisah disebalik Ayat Pendinding... (Kisah zaman dulu-dulu)

Mamat (nama samaran-sebab atok gemok cuma cakap budak lelaki je) telah kehutan (atok gemok cakap Gunung Ledang) untuk mencari Kunyit..

Mamat telah sesat dan akhirnya terjumpa sebuah pondok yang dikelilingi oleh pokok2 bunga yang bermacam jenis dan cantik2. Ada bunga ros, bunga raya, bunga kembang pagi dan bunga tahi ayam (yang aku ingat)

Setelah memberi salam, seorang wanita tua yang cantik, berwajah lembut, berkebaya dan bersanggul telah keluar. Wanita itu mempelawa mamat singgah dan bermalam disitu. Malam tu, mamat telah diberi makan. Nasi telah dimasak didalam kulit telur. Yang aku ingat Atok Gemok cakap sebanyak mana pun mamat tambah, nasinya tetap penuh dalam kulit telur tersebut.

Setelah kenyang, wanita itu meminta mamat berehat diatas peran rumah (loteng). Wanita itu sama sekali tidak membenarkan mamat turun. Nie antara dialog yang aku ingat.

Wanita : Kau duduk atas peran tu tau mamat. Jangan sekali2 kau turun.

Mamat : kenapa nek?

Wanita : Kucing nenek nak balik. Dia tak suka tengok orang lain. Dia lapar nak makan.

Mamat : Baik Nek.

Mamat naik ke peran dan kemudiannya dia mendengar deraman dari pintu rumah. Mamat mengintai dari celah-celah lantai kayu dan dia melihat wanita tu sedang memberi makan kepada seekor harimau.

Mamat yang ketakutan menyorok didalam kelambu.

Apabila dia terjada pada waktu pagi, wanita itu menghidangkan dia makanan yang sama seperti semalam tetapi masih panas. Sebelum balik, mamat menceritakan kepada wanita itu yang dia mencari kunyit. Wanita itu memberikan mamat 3 bungkus kain batik yang dikatakannya sebagai kunyit. Bungkusan tersebut hendaklah dibuka apabila mamat berjaya menyeberang sebuah kolam.

Selain daripada itu, mamat diajar Ayat pendinding (ada perkataan batu harimau). Ayat yang sama Atok Gemok berikan pada aku.

Sebelum pergi, wanita itu menunjukkan jalan keluar dan meminta mamat agar berjalan terus dan jangan menoleh kebelakang. Selepas beberapa langkah, mamat tak puas ati dia pun berpaling kebelakang dan didapati dibelakangnya hanyalah hutan rimba yang padat. Pondok dan taman yang cantik tu dah tak de. Mamat terus melangkah pergi dan dia telah menjumpai kolam yang besar dan sebuah perahu. Mamat menggunakan perahu itu untuk menyeberang kolam tersebut.

Semasa mendayung, perahu mamat hampir tenggelam kerana terlalu berat. Mamat membuang bungkusan kunyit yang pertama tetapi keadaan masih sama. Mamat membuang lagi sebuah bungkusan kunyit dan barulah perahunya boleh bergerak walaupun perlahan.

Setibanya diseberang mamat membuka bungkusan tersebut dan mendapat didalamnya ada emas... Perghh.. kaya dah mamat tu.

Nie kisah yang Atok Gemok ceritakan pada aku. Aku anggap citer nie dongeng turun temurun je dan tak pernah pun amalkan ayat2 tu. Aku cuma amalkan membaca ayat2 Kursi je selama nie..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails