Friday, April 15, 2011

6 Tahun 3 Bulan .... Hari - Siri 2

Wajah inilah yang membuatkan aku merasa kesal yang amat sangat..

Aku dan Babah berpisah pada usianya 1 tahun 4 bulan. Dihantar balik ke kampung halaman aku dan sebulan kemudian aku mula bekerja sebagai Purchasing Asst. disebuah kilang perabot di Pagoh, Muar.

Aku keluar bekerja dengan menunggang motosikal seawal 6.30 pagi dan balik semula pada jam 6.30 petang. Dia yang masih menyusu badan dan tidak rapat dengan Atoknya terpaksa aku tinggalkan. Dia langsung tak mahu keluar dari buaian sehingga jam 12.00thgari, iaitu selepas Lyana dan Adib balik dari sekolah Tadika. Perkara itu berlanjutan selama seminggu dan selepas itu dia mula rapat dengan atok dan mak nya (kakak aku)...

Selepas aku diterima bekerja dengan Kerajaan, aku telah ditugaskan di Bahau, Negeri Sembilan. Sekali lagi kami berpisah sehinggalah dia berumur 3 tahun, barulah aku dapat bekerja disini sehingga sekarang.

Apa yang amat aku kesalkan ialah.. aku tak dapat melihat dia membesar didepan mata aku. Aku tidak dapat melihat apa saja perubahan dia, bagaimana dia belajar membuka seluar, langkah tarian dia yang pertama, bagaimana dia belajar buang air ditandas.. senang cerita.. semuanya... Andai dapat aku undurkan masa....






Demi Allah, aku tak mahu lagi kehilangan masa-masa berharga itu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails