Wednesday, April 13, 2011

Office Alone

Hari nie aku keseorangan di opis. Keje??? aku buat.. dah siap semua dokumen untuk anjurkan kursus/bengkel.. aku terus ngadap pc nie.

Bosan betul petang2 nie, walaupun kat opis nie ada TV.. tapi masih tak mampu nak hilangkan kebosanan aku.

" Pegilah chatting.. "

Tolonglah.. aku malas sangat2 nak chatting. Last aku chatting, isnin lepas dengan Teman Yang Memahami dari entry 3 Gelas Kosong. Itupun tak lama... sekejap je. Rasanya cuma 2-3 ayat je. Dia kesibukan.. aku pun sama. Lagipun.. aku bukan orang muda yang masih mempunyai nafsu yang kuat untuk bertenet sepanjang hari.

Kebanyakan masa aku online hanyalah untuk untuk menulis blog, membaca blog2, Tgok video2 kat You Tube terutama The Amazing Race, Video yang lawak2, Google apa saja cerita di wikipedia... atau berFB.

Inilah padahnya sejak aku pecat skandel2 aku. Dahlah sekarang nie aku tak de kawan nak berskandel2. Penatlah.. bak kata kawan aku, performance tak bagus, target tak capai, lembab, sengal dan hampeh!! hehehe...

Sebenarnya2 bukan apa... aku memang dah penat nak melayan.. Lain tak de dalam kepala otak diaorg nie. Semuanya yang kaler kekuningan je. Sampai naik loya tekak aku... rasa dah nak kuar muntah hijau aku nie.. Migrain!! Kalau aku tak layan siap nak ugut2 lagi. Tak yah nak ugut2 aku nak putuskan hubungan dengan aku.. aku sendiri akan CUT THE RIBBON... untuk upacara pemutusan hubungan nie... Sengal!!

Aku tulis tajuk home alone kan??? Sementara aku dok sorang2 kat pejabat nie.. aku nak citer tentang kawan baik aku. NOR.. yang pernah aku sebut2 dalam entry sebelumnya.

Tahniah aku ucapkan pada dia sebab dah punya blog sendiri.. aku tak pasti dia buat sendiri ke atau anak dara dia yg buat sebab aku tak tanya.. Tapi blog dia cute.. link nya.. http://tenth-november.blogspot.com./ Kita panggil dia CIK TERATAI ye?? (mana ko dapat Cik Teratai nie?? Napa aku tak tau ko suka bunga teratai??)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails