Saturday, January 14, 2012

Tuanya Dunia Kita...

Pagi nie aku buat kerja.. tangan gerak sana.. gerak sini.. badan pegi kat dapur.. pegi kat luar sidai baju.. pegi kat dalam bilik.. merayau 1 rumah menyapu... tapi fikiran aku melayang-layang. Di ruang mata aku terbayang-bayang apa yang pernah aku lalui disamping imej dia yang sedang melalui saat getir..

Dia kawan sekolah aku.. sebenarnya aku agak menyesal kerana mengenalkan dia dan suaminya dengan kumpulan kami di FB. Tujuan aku mengumpulkan rakan-rakan sekolah di FB hanya untuk mengeratkan lagi hubungan kami yang telah lama terputus sejak kali terakhir kami bertemu pada tahun 1992. Mungkin ada seorang dua yang aku selalu bertemu.. mungkin juga setahun sekali atau 3-4 tahun sekali. Jadi FB ini aku gunakan sebagai medan untuk kami berkumpul, bercerita atau apa saja yang sewaktu dengannya.

Aku telah berkumpul dengan mereka sebanyak 2 kali secara besar-besaran. Kalau kecil-kecilan tu.. banyaklah juga. Selalunya kami akan pergi ngeteh sama-sama pada waktu malam terutama sewaktu mereka yang kebanyakkannya yang bekerja diluar tangkak balik untuk bercuti.

Kesilapannya mungkin berpunca dari aku.. tapi kenapa rakan-rakan lain tak terjebak?? (atau aku tak tau) Tapi suaminya... memang dah betul-betul terjebak dengan cinta FB. Sekarang.. hanya dalam masa 2-3 bulan nie, suaminya telah berubah 360 darjah.

Biarlah aku kenalkan dia sebagai A.. suaminya B dan wanita itu C.

Pada awal aku bertemu mereka... hubungan mereka rapat. Loving Couple kata B. (mungkin lebih kepada untuk menjeleskan aku) kerana kata B dia cintakan A dan 5 orang anak mereka dan A adalah seorang isteri yang unggul dan tak mungkin mereka akan berpisah.

OK.. itu setahun yang lepas.. Tidak pada 2-3 bulan nie. B ditinggakan bersama-sama 5 orang anak yang sedang membesar hanya kerana C.. bekas tunang B yang masih bersuami. Mereka putus dulu pun kerana C telah ditangkap basah dengan lelaki lain tetapi suaminya sekarang pun bukanlah lelaki yang ditangkap bersamanya.

Aduh!!! Sukar sungguh untuk aku menjelaskan keadaan C. Mungkin kerana aku cuma mendengar dari mulut A.. mungkin ada yang ditambah oleh A.. tapi perkara pokoknya.. mengapa B perlu kembali kepada C yang masih berstatus isteri orang?? Kalau anak dara atau janda... mungkin aku boleh pejam mata.. tapi isteri orang???

Aku pernah juga skodeng pada dinding C... pada gambar-gambar C.. nampak dia sungguh bahagia bersama suaminya.. jadi mengapa dia perlu kembali kepada B???

Serius.. B seorang lelaki yang malas untuk bekerja. Kebanyakan dari masanya hanya bertukar-tukar kerja.. tak pernah punya kerja tetap.. tak pernah tahan lama dengan satu-satu kerjanya. A pula yang lebih bekerja keras dari B. Dia rajin membuat kuih untuk dijual semata-mata untuk menampung pendapatan keluarga.

Saat B tidak berkerja.. duit simpanan A akan digunakan untuk berbelanja. 5 orang anak perlu diberikan makan.. sekolah.. A lah yang banyak membantu.

Ntahlah?? Sungguh aku malas nak fikirkan sangat tentang A... kerana merenung dia atau memikirkan tentang dirinya.. aku teringat kembali peristiwa 7 tahun yang lalu dimana aku juga pernah berada di tempatnya. 7 tahun lalu.. aku menderita juga.. tapi syukur kerana Allah telah menyedarkan aku untuk bangkit dari kegagalan hidup sebagai seorang isteri. Syukur kerana DIA telah memberikan aku rezeki sehingga aku mampu berdiri sendiri.

Aku kesal.. A dan B punya anak yang pandai.. lebih pandai dari anak aku sendiri. Tapi B lupa.. dia kini telah pergi meninggalkan A dan anak-anaknya untuk bersama C.

B sanggup meninggalkan mereka dan bekerja jauh di PD... berpindah kesana agar dia lebih dekat dengan C.. yang juga merupakan masih seorang isteri. A bukan tak pernah menghalang hubungan mereka.. tapi B dan C tidak peduli langsung. Kepada suami C pun pernah diceritakan tentang hubungan terlarang itu.. tapi suami C tidak percaya (Suami C driver lori jarang balik rumah).

Di dinding C.. telah bermacam-macam penghinaan telah dihamburkan oleh C untuk A. Sama seperti aku... sudahlah suami dan bapa anak-anak kita dirampas.. kita pulak yang dihina.

B pernah bercerita dengan A.. dia pernah bermalam dirumah C dan makan makanan yang disediakan. A sungguh terluka.. semua perempuan pun akan terluka.. jika suami sendiri tidak mahu langsung menjamah hidangan HALAL yang disediakan dirumah tetapi lebih memilih hidangan HARAM yang katanya lebih SEDAP, LAZAT dan POWER. Layanan C yang lebih manja dan keseksian C yang lebih menggoda.

Dan terbaru.. mereka pergi bercuti bersama-sama ke Langkawi... A meminta pertolongan aku untuk menunggu di Seremban tempat C menunggu B.. tapi disaat itu aku sedang Sakit Mata. Jadi aku tak bisa menolongnya.

Dan kini.. A tinggalkan bersama-sama 5 anak-anaknya. Alhamdulillah... dia dapat bekerja sambilan sebagai pencuci pejabat. Sekurang-kurangnya dia dapat menghilangkan kesedihan dihati.

Benar.. Dunia semakin tua.. maksiat semakin berleluasa.. Sanggup seorang isteri berhubungan dengan lelaki lain. Yang HALAL ada, yang HARAM juga disentuhnya.. Sedap sangat ke???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails