Monday, January 9, 2012

Fokus.. Fokus...

Serius.. sejak dari minggu lepas aku dah hilang fokus dengan apa yang aku lakukan.

Aku nak buat A.. kadang2 aku buat B..

Dari Jumaat lepas.. aku sendiri tak tau apa yang aku fikirkan. Mungkin juga aku terlalu memikirkan tentang Lyana. Yelah.. aku rasalah.. Semuanya kerana Lyana.

Buku Adib yang patut aku fotostat.. aku tak buat. Surat beranak pun aku tak fotostat. Itu dokumen penting untuk dia mendaftar UPSR. Sudahnya dia merajuk. Jadi Sabtu lepas aku terpaksa pujuk dia sebelum aku bertolak ke Jerantut. Bawa dia pegi amik gambar dulu then kasi duit untuk dia ikut sepupu dia tengok wayang dan beli buku.

Sebenarnya aku terpaksa ke Jerantut. Anak buah aku dah berkenan dengan anak gadis Kampung Jelai, Ulu Cheka, Jerantut. Penat memandu.. perjalanan memakan masa 4 jam. Pergi cuma sebuah kereta. Aku, Abang ipar, mak dan Dani. Disana nanti Abg ipar sulung aku ada menunggu bersama anak-anaknya.

Kami bermalam dia Hotel Inderapura, Jerantut. Murah dan selesa hotel nie. Bolehlah kalau aku nak bawa Lyana n Adib kesini nanti sewaktu majlis perkahwinan berlangsung.

Semalam, upacara merisik berlangsung.. Aduyaiii.. betul2 hulu kampung nie. Rumah- rumah dikawasan nie sebenarnya terletak diatas gunung.

Balik dari Jerantut, sampai dirumah lewat petang. Tengok baju tak berangkat dari ampaian. 2 bakul baju penuh tidak dilipat. Apalagi.. aku pun mulalah mengeluarkan butiran peluru berpandu. Tergesa-gesa Lyana dan Adib mengemas. Rupanya kasut sekolah pun tak berbasuh. Letih aku jadi berdouble-double.. yeke double.. takkkkkk!!!! dah jadi beribu2 ble..

Pagi tadi.. Adib buka balik citer tentang surat beranak dia. Bila petir dah keluar dari tekak aku.. baru dia senyap.. tapi dia senyap mulut.. hati dan perbuatan dia tak senyap.. dalam diam-diam dia melawan.

Dani pulak buat hal lagi... baju sukan tak bawa.. duit pun tertinggal.

Betullah.. aku memang tak fokus pagi nie.. Biasanya dalam kereta, aku akan soal anak2.. air bekal ada bawa? Duit dah amik? Saputangan dah ada? Tapi pagi tadi, langsung aku tak tanya apa2.

Tapi itulah naluri seorang ibu. Tetiba hati aku berkata-kata lepas aku tengok Adib dan Dani memasuki pagar sekolah. Adib aku dah hulurkan duit.. Dani?? dia amik tak duit atas gobok?? Aduyaiii... Terus aku berdebar-debar. Terbayang-bayang dimata aku reaksi Dani nanti bila dia seluk poket, duit tak de. Tentu dia akan terpinga-pinga dan pastinya dia akan kelaparan.

Aku telefon mak. Sah... Dani tertinggal duit. Terus aku buat drift.. patah balik..

Tiba diperkarangan sekolah.. beratus-ratus murid sedang beratur. Ada yang berdiri dan ada yang duduk. Susah juga nak cari Dani dicelah-celah mereka. Nasib aku baik sebab terserempak dengan Imran, kawan baik Adib.

Pada Adib aku hulurkan duit belanja Dani. Dicelah-celah murid aku lihat Adib menghulurkan duit kepada Dani. Terlihat saja Dani yang sedang duduk diam menerima duit dari Adib.. hati aku terus menjadi sayu. Seakan salju yang dingin menjirus api kemarahan aku. Terpadam dan terus menjadi beku hati aku yang kepanasan.

Ya.. melihat wajah Dani, kemarahan aku terus lenyap. Seakan ianya tak pernah menyala. Dia memang penyejuk hati dan jiwa aku.

Aku berlalu dan terus memandu ke pejabat. Dan sekali lagi migrain aku menyerang bila mengingatkan tentang Lyana. Dia tak de kenderaan untuk ke sekolah. Aku tak berani nak lepaskan dia menaiki basikal. Jalan Tangkak terlalu sibuk.

Bas?? Kena jalan kaki kerumah driver bas sejauh 2km.. dan dia akan berada disekolah seawal 11 pagi.

Aku cuba memohon untuk menukarkan dia kesessi pagi.. Langsung tak dilayan. Bengang betul aku.

Khamis kena pegi mesyuarat.. Sasaran kerja aku tak sempat siapkan pulak.. aduyaiii.. bertambah-tambah tak fokus aku nie.

Tak menentu aku hari ni.. minta nyawa.. minta nyawa.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails