Tuesday, January 17, 2012

Terharu...

Budak busuk nie memang Noty...

Sebelum naik sekolah.. 28 Disember, 2011... dia main api..

Mak dan abang ipar aku mengemas stor.. Banyak barang-barang terpakai mak aku jual pada pembeli barang2 lusuh. Kertas, botol, besi dan macam-macam lagilah yang dijual. Dapatlah rm120.00..

Yang tak boleh dijual, abang ipar aku bakar kat belakang rumah. Bila api tengah marak.. semua orang lari.. Tapi mamat nie.. langsung tak bergerak. Mak aku ingat dia ikut pun sama.. rupanya dia dah pegang kayu n mula menguis-guis api tu.

Sorilah.. aku sebenarnya tak nak ingat sangat kejadian tu sebab aku rasa kesal sangat.. kenapa dia tak ikut mak aku masuk rumah.

Tak tau mana silapnya.. atau mungkin ada botol yang meletup.. atau mungkin semasa dia menguis-guis tu.. dia terusik plastik yang dah terbakar dan tiba-tiba terpelanting pada dia.

Belakang baju dia terbakar di sebelah bahu kanan. 3 jari kiri terkena api dan belakang tapak tangan kanan pun terkena api.

Dia tak menjerit tapi dia terus berlari masuk ke bilik air. Buka baju dan mandi.. (Pandai gak anak aku cari jalan penyelesaian)

Selesai mandi.. dia masuk bilik dan menangis diam-diam. Lyana terkejut bila melihat keadaan dia. Prihatin seorang kakak. Lyana menyapukan minyak gamat dan memujuk adiknya. Abid pun sama.. memujuk adiknya (Thanks sayang umie) dan rahsia itu tersimpan selama 3 hari. Aku cuma perasan pada hari jumaat sewaktu menyiapkan mereka untuk solat Jumaat.

Luluh hati aku melihat badan dia yang melecur. Lihat pada jari-jari dia yang mula mengelembung.. walaupun tak besar tapi tetap merentap semangat aku. Aku menangis melihat keadaan dia. Dah berparut dah baby comel aku..

Aku tetap memarahi dia tapi dalam masa yang sama.. hati ibu mana yang tidak rasa sedih dan aku sungguh bersimpati bila mengingati saat-saat dia menghadapi kesakitan. Tapi aku tak sangka dan juga kagum dengan sikap prihatin.. pujukan Lyana dan Adib untuk membuatkan dia selesa dan begitu mereka sepakat untuk menyimpan rahsia dan bersama-sama menghadapi keadaan tersebut.

Janganlah buat macam nie lagi sayang... umie tak rela melihat anak-anak umie kesakitan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails