Monday, April 25, 2011

Damping Malam.. Bab 4

Kisah disebalik Ayat Pengasih... (Kisah zaman dulu-dulu)

Wanita nie punya suami.. kita namakan dia Ros.

Ros cantik.. tapi suami dia gilakan perempuan lain.

Suami dia selalu tak balik dan tido kat rumah perempuan tu.

Ros bengang... dia pergi masuk hutan(Gunung Ledang) - tak ingatlah dia nak cari apa.

Dia terjumpa rumah yang sama macam aku citer tentang mamat tadi. Jadi kisah mamat berulang cuma Ros tak dapat bungkusan cam mamat.

Ros dapat ayat pengasih je, ayat yang sama Atok Gemok ajarkan pada aku.

Syarat2 ayat nie.. kena sebut nama lelaki tu.. kalau dapat masa mandi ngadaplah bulan mengambang (nanti org tu akan anggap kita cantik cam bulan). Kalau buat masa dengar bunyi burung helang lagi bagus (sebab ada ayat - serak bunyi helang)

Selepas ros amalkan ayat tu.. suami dia dah lain macam dah kat rumah perempuan tu. Tak tentu arah dan terus cari balik ros. Sejak tu mereka bersama semula..

Agaknya sebab tu Atok Jantan aku takut gan Atok Gemok aku kot?? Isk.. jahatnya aku.. berbaik sangka ok??? Atok Jantan memang lelaki yang baik dan tak pernah tinggi suara dengan sapa2 pun. Dia selalu gak marah Atok Gemok tapi setahu aku Atok jantan memang lelaki yang baik, lemah lembut dan dia seorang yang warak.

Sampai masa dihujung nyawanya pun dia masih tak nyanyuk dan masih mampu mengaji. Mak ceritakan semasa dia semakin nazak dia menegur beberapa orang2 kampung yang membaca Al-Fatihah dengan tajwid yang salah dan memperbetulkan bacaannya.

Al-Fatihah buat Arwah Hj Lamin (Atok Jantan), Arwah Endik (Atok Gemok) dan Arwah Makcik Noi.

Dan kini... masih menjadi misteri kepada kami tentang wanita tersebut.

Damping Malam.. Bab 3

Kisah disebalik Ayat Pendinding... (Kisah zaman dulu-dulu)

Mamat (nama samaran-sebab atok gemok cuma cakap budak lelaki je) telah kehutan (atok gemok cakap Gunung Ledang) untuk mencari Kunyit..

Mamat telah sesat dan akhirnya terjumpa sebuah pondok yang dikelilingi oleh pokok2 bunga yang bermacam jenis dan cantik2. Ada bunga ros, bunga raya, bunga kembang pagi dan bunga tahi ayam (yang aku ingat)

Setelah memberi salam, seorang wanita tua yang cantik, berwajah lembut, berkebaya dan bersanggul telah keluar. Wanita itu mempelawa mamat singgah dan bermalam disitu. Malam tu, mamat telah diberi makan. Nasi telah dimasak didalam kulit telur. Yang aku ingat Atok Gemok cakap sebanyak mana pun mamat tambah, nasinya tetap penuh dalam kulit telur tersebut.

Setelah kenyang, wanita itu meminta mamat berehat diatas peran rumah (loteng). Wanita itu sama sekali tidak membenarkan mamat turun. Nie antara dialog yang aku ingat.

Wanita : Kau duduk atas peran tu tau mamat. Jangan sekali2 kau turun.

Mamat : kenapa nek?

Wanita : Kucing nenek nak balik. Dia tak suka tengok orang lain. Dia lapar nak makan.

Mamat : Baik Nek.

Mamat naik ke peran dan kemudiannya dia mendengar deraman dari pintu rumah. Mamat mengintai dari celah-celah lantai kayu dan dia melihat wanita tu sedang memberi makan kepada seekor harimau.

Mamat yang ketakutan menyorok didalam kelambu.

Apabila dia terjada pada waktu pagi, wanita itu menghidangkan dia makanan yang sama seperti semalam tetapi masih panas. Sebelum balik, mamat menceritakan kepada wanita itu yang dia mencari kunyit. Wanita itu memberikan mamat 3 bungkus kain batik yang dikatakannya sebagai kunyit. Bungkusan tersebut hendaklah dibuka apabila mamat berjaya menyeberang sebuah kolam.

Selain daripada itu, mamat diajar Ayat pendinding (ada perkataan batu harimau). Ayat yang sama Atok Gemok berikan pada aku.

Sebelum pergi, wanita itu menunjukkan jalan keluar dan meminta mamat agar berjalan terus dan jangan menoleh kebelakang. Selepas beberapa langkah, mamat tak puas ati dia pun berpaling kebelakang dan didapati dibelakangnya hanyalah hutan rimba yang padat. Pondok dan taman yang cantik tu dah tak de. Mamat terus melangkah pergi dan dia telah menjumpai kolam yang besar dan sebuah perahu. Mamat menggunakan perahu itu untuk menyeberang kolam tersebut.

Semasa mendayung, perahu mamat hampir tenggelam kerana terlalu berat. Mamat membuang bungkusan kunyit yang pertama tetapi keadaan masih sama. Mamat membuang lagi sebuah bungkusan kunyit dan barulah perahunya boleh bergerak walaupun perlahan.

Setibanya diseberang mamat membuka bungkusan tersebut dan mendapat didalamnya ada emas... Perghh.. kaya dah mamat tu.

Nie kisah yang Atok Gemok ceritakan pada aku. Aku anggap citer nie dongeng turun temurun je dan tak pernah pun amalkan ayat2 tu. Aku cuma amalkan membaca ayat2 Kursi je selama nie..

Damping Malam.. Bab 2

Selepas Arwah Atok Gemok meninggal, Adik mak aku Makcik Noi pula bersikap seperti Atok Gemok. Kelakuannya sama saja dengan Arwah Atok. Panas badan, suka mengamuk dan sewaktu dengannya, kami dijadikannya musuh. Sehinggakan pada hari raya pun kami tidak dibenarkan masuk kerumah Arwah Atok. Makcik Noi meninggal pada tahun 2007. Dan kini.. sikapnya diambil oleh Mak.

Sejak abg musa bercerita tentang Atok Gemok, barulah aku tahu tentang peninggalannya dan juga sikap mak yang berubah.

Banyak kejadian pelik berlaku dirumah selepas tu. Satu malam aku kebilik air. Keluar je dari bilik air, aku terkejut dan terpaku apabila melihat seorang wanita seiras mak (lebih muda dan bersanggul) sedang duduk makan sambil merenung tajam kearah aku. Renungannya mengambarkan kemarahan, benci, dan tak puashati dengan aku. (Sebelum itu pada malam yang sama aku sebenarnya bergaduh dengan mak)

Selain dari itu, aku selalu terjaga ditengah malam dan kemudiannya aku akan terdengar bunyi pintu kedapur seakan dibuka dan kemudian terdengar bunyi org dibilik air. Terdengar seperti air paip dibuka dan ditutup. Aku akan menunggu jika orang tersebut akan masuk semula kerumah tapi tiada. Selepas setengah jam aku akan menjengah keluar bilik dan pastinya pintu dapur tertutup rapat.

Bukan itu saja, aku selalu mendengar seperti ada orang memberus bilik air ditengah2 malam buta. Bunyi orang memberus toilet dan lantai. Yang pastinya aku akan menjengah keluar dan keadaan masih sama, pintu dapur tertutup rapat. Kejadian itu selalunya berlaku selepas tengah malam.

Pernah 1 malam aku nak keluar ke kedai dengan anak2, aku melihat wajah yang amat garang dengan mata yang membuntang memandang kearah aku di celah2 pokok bunga ros mak. (Masa tu juga aku sebenarnya baru berselisih faham dengan mak)

Kami adik beradik kemudiannya mula mengambil langkah yang sepatutnya.

LANGKAH 1

Abg Ya telah memanggil rakannya seorang Ustaz untuk membincangkan hal ini. (Sebenarnya sebelum kisah ini keluar, Ustaz tersebut pernah berseloroh dengan Abg Ya dan menyatakan yang Abg Ya dijaga oleh Orang Gunung Ledang)

Ustaz telah datang kerumahnya dan setibanya di depan pagar, ustaz ternampak seorang wanita tua yang masih cantik, berwajah lembut. berbaju kebaya dan bersanggul keluar dari bilik dapur abg Ya.
Antara dialognya :-

"Kenapa ustaz datang kesini?"

"Saya nak jumpa kawan saya."

"Jangan bimbang, saya tak ganggu keluarga dia. Saya cuma nak menjaganya saja."

Setelah berbual seketika, wanita tersebut pergi semula ke bilik dapur abg Ya dan hilang. Abg Ya terpinga2 kerana dia melihat ustaz tersebut bercakap seorang2.

LANGKAH 2

Abg Nani, Akak Chic, Akak Meran, Abg Ya dan Mak telah pergi kerumah seorang Ustaz di Muar untuk bertanyakan hal yang sama.

Ustaz tersebut menjelaskan, Wanita ini hanya berniat untuk menjaga dan tidak akan mengganggu anak cucu mak. Wanita tersebut hanya menunjukkan diri pada sesiapa yang telah cari pasal dengan mak aku saja (akulah tu!!!)

Dia bertanya ada tak diantara kami yang mahu menjaganya atau mahu membuangnya. Kami bersetuju untuk membuang benda tersebut. Apabila kami bertanya mengapa benda itu memilih mak, jawapannya senang. Dia akan pergi pada orang yang dia berkenan dikalangan keluarga kami. Kami adik beradik dah mula risau. Kalau mak tak de nanti camne??? Sapa lak yang dia akan ikut??

LANGKAH 3

Aku sendiri telah meminta tolong dengan seorang rakan sekerja aku. Selang 2 hari ustaz telah menghubungi aku, dia menceritakan yang dia telah melihat seorang wanita tua, yang masih cantik, berwajah lembut, berkebaya dan bersanggul sedang menyapu sampah dirumah aku. Sebenarnya aku tak pernah ceritakan pada Ustaz tentang wanita tersebut. Aku cuma jelaskan yang aku telah diganggu saja tapi ustaz telah menerangkan secara terperinci tentang wanita tersebut.

Kami sekeluarga keliru... sampai kehari nie kami masih keliru...

Damping Malam.. Bab 1

Atok Gemok... panggilan tuk arwah atok perempuan aku (mak kepada mak aku).

Dia special, pandai masak, pandai buat kuih, pandai bersyair, pandai bercerita, pandai mengamuk, pandai memujuk. Tapi dia tak suka mak aku dan jenis yang tak adil dengan kami sekeluarga dan suka melebih2kan anak cucu yang lain.. (taknak citer bab tu)

Yang aku nak ceritakan ialah tentang kepandaian dia dan warisan yang dia tinggalkan buat kami semua.

Kisah bermula apabila sepupu aku abg musa dan akak milah berjumpa dengan mak. Ada seorang lelaki bertemu dengannya di Hospital Segamat dan katanya beliau amat mengenali Atok Gemok.

Pakcik tersebut pernah bekerja di telekom dan semasa telekom mahu membina menara di puncak Gunung Ledang beliau terlibat sekali. (Aku gelarkan pakcik nie pakcik TM)
Menurut pakcik TM beliau dan rakan2nya telah meminta pertolongan Atok Gemok bagi meminta izin dari "PENJAGA" Gunung Ledang untuk mendirikan menara TM.

Pagi dimana mereka bertemu dengan Atok Gemok, Atok Gemok menyuruh mereka pergi naik dulu kepuncak Gunung Ledang. Setibanya mereka ditapak menara TM mereka terkejut kerana Atok Gemok telah pun berada disana.

Ketika tiang menara hendak dinaikkan, angin mula bertiup kencang seperti nak ribut dan hujan. Didalam suasana yang kelam kabut terdengar suara Atok Gemok bersyair mendayu2. Keadaan menjadi semakin reda dan cuaca kembali cerah dan menara tersebut dapat didirikan, dan setelah itu kelibat Atok gemok tidak kelihatan.

Sepanjang abg musa bercerita, mak hanya mendiamkan diri. Aku yang ada bersama juga terdiam. Abg musa bertanya pada mak, betul ke Atok Gemok "pandai"? Mak menjelaskan yang dia cuma tahu yang Atok Gemok memang "pandai" tapi "pandai" yang macam mana taklah dia tau.

Aku mengiyakan kata-kata mak tapi aku percaya tak mustahil perkara tersebut berlaku kerana semasa aku membesar aku rajin bermain dirumahnya. Kadang2 Atok Gemok akan bersyair, bercerita kisah2 dongeng yang masih aku ingat dan pernah dia berikan aku ayat2. Aku punya ayat pendinding dan juga ayat pengasih. Dia juga berceritakan kisah disebalik ayat-ayat tersebut. Nak tau kisahnya??? Nanti aku akan ceritakan.

Innallillah....

Pagi nie aku macam biasa keluar rumah jam 6.45 pagi. Hantar anak2 adalah rutin harian aku. Pagi nie.. keluar dari parking aku terdengar bunyi pelik.. tapi aku tak pedulikan.

Jam 10 pagi mak telefon dan rupanya bunyi pelik tersebut datangnya dari 1 nyawa yang tak berdosa. Nyawa dari haiwan yang menjadi kesayangan Rasulullah s.a.w.

Terduduk aku mendengarnya dan dikepala mula terbayang keadaan aku diSANA nanti.., Adakah aku akan ditanya oleh Nya? Dan jika ditanya pasti kaki dan tangan aku akan menjawabnya.. Aduyaiii...

Dan pagi nie.. aku hanya mampu menangis dan berdoa pada Allah supaya diampun dosa aku kerana telah mengambil nyawa tersebut. Berdosanya aku...

Binatang tu tak salah.. aku yg salah sebab tak check dibawah tayar masa nak keluar tadi.

Aku memang bukan pengemar kucing tapi aku tak pernah atau tak mungkin sampai hati untuk membunuh. Ampunkan aku Ya Allah...

Friday, April 22, 2011

Rajuk

Hari nie aku angin... betul2 punya angin..
puting beliung, ribut taufan, segala jenis taufan ada dalam badan aku.

Penat balik keje tengahari tadi.. Adib wat perangai. Dia memang mudah je nak marah n yang jadi mangsa Dani. Aku bukan marah dia sebab aku nak lebihkan Dani tapi aku marah sebab dia marah hanya kerana sebab Dani masuk dulu kedalam kereta sebelum dia. Jadi kena kena duduk tengah2..

"Org besar duduk tepi pintulah!!" Itu ayat dia pada Dani...

Aku betul2 bengang.. Adib sempat lagi pukul Dani(walau tak kuat)..

Itu yang buat segala macam angin masuk dalam badan aku.

Aku tak boleh nak pukul2.. jadi aku membebel je.. tak lama.. sekejap sebab lepas tu aku amik keputusan untuk merajuk.

Sampai2 rumah Adib cuma nak tarik perhatian aku.. tapi aku tak layan sebab aku merajuk... Aku lari masuk bilik..

Lagi bertambah2 buat aku merajuk bila Adib dan Dani tak bersiap langsung nak ke Masjid. Kalau aku tak suruh diaorg mandi, berkemas... memang diaorg tak akan bersiap. dah dekat 1.20 baru Adib cakap nak pegi masjid. Geramnyaaaa...... Kalau masjid tu sekangkang kera... aku tak kisah.. ini dia pun tak mandi lagi.

Sekali lagi ribut taufan datang... tapi aku masih diamkan.. dah pukul 2.. semuanya masih tak siap nak pegi sekolah agama. Selagi aku tak suruh mandi.. diorg langsung tak bergerak. Dah nampak aku masuk bilik air, baru masing2 bergaduh nak ambik towel, salin baju, rebut bilik air dan yang sewaktu dengannya. Itu tak kira makan lagi... tak termasuk gan Zuhur lagi...

Semuanya nak aku cakapkan.. nak aku bagitau.. nak aku suruh.. dan sampai 1 tahap aku dah malas nak cakap apa2.. tapi kalau aku tak cakap.. memang tak akan bergerak. Aku penat.. betul2 penat sebab semuanya nak aku cakap, bagitau dan suruh.

Jadi langkah terakhir aku.. senang je.. Tak makan tak de duit belanja.. Tak solat kat umah (solat kat sekolah je) dan lambat siap pegi sekolah.. dendanya.. 2 minggu korang bertiga akan berkurung dalam rumah. Tak de main kat luar, tak de main basikal, tak de main laptop, tak de bawa jalan2, tak de main gan anak jiran, tak de main PSP, tak de nak tengok kartun, semuanya tak de... dan korang tau lah hidup korang nanti....


p/s : dulu aku denda diaorg sebulan... masa kena denda diaorg berubah.. lepas abis tempoh denda.. diorg balik semula keperangai asal.. Aku dah tak tau apa kekdahnya nak wat diaorg buat semua benda sendiri tanpa aku ingatkan...

Wednesday, April 20, 2011

................

Hidup ini tidak seperti yang diimpikan.
Ketika aku mencari bahagia, rasanya ia makin jauh meninggalkan aku.
Ketika aku mahu melupakan kedukaan, rasanya ia semakin dekat mendekati aku.
Ada waktunya aku seperti tidak percaya yang aku akan, pernah dan sedang melalui saat-saat yang melukakan itu.


Siapa aku untuk menolak ketentuanNya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails