Thursday, January 27, 2011

Pengajarannya...

Tahun 80an... (tak ingat darjah berapa)

Subuh...

Selepas semalaman aku tertido dalam kesakitan... kepijaran dimulut dan mata... Pagi tu aku dikejutkan dengan usapan lembut dirambut ku. Aku membatukan diri... terdengar bisikan lembut ditelingaku...

" Mak sayangkan kau.. kalau mak tak sayang, mak tak akan tegur anak2 mak. Mak akan biarkan apa saja kau nak buat." Setitis airmata gugur dipipi aku...

Aku menahan tangis. Sebak didada mula terasa.

" Ina... Biarlah muka kita tak cantik.. biarlah kulit kita hitam legam.. asalkan akhlak kita terjaga."

" Mulut kena jaga bila bercakap, jangan sampai menyakitkan hati org. Hati kena baik... Tingkah laku wajib kita jaga, bersopan dengan orang tua."

" Mak memang tak suka kau cakap perkataan lucah. Mak tak ajar tu semua kat kau adik beradik."

" Ingat.. muka tak cantik tak pe.. hati.. mulut.. bahasa wajib dijaga."

" Biar orang buat kita.. kata kita.. Kutuk kita... jangan sekali2 kita balas perbuatan orang pada kita.. berdoa saja pada Allah. "

Airmata aku terus mengalir. Aku tersendu...

Pagi tu.. aku telah disedarkan betapa pentingnya seorang wanita menjaga akhlak, tingkah laku dan tutur kata.

Sehingga kini... aku masih mengingati kata2 mak. Kata2 yang aku ulangi kepada anak2 ku setiap kali mereka bertengkar.

Agaknya berapa ramaikah ibu-bapa diluar sana yang masih menasihati anak2 mereka agar tidak terlanjur dalam berkata2? Menjaga tingkah laku dan adab mereka apabila berhadapan dengan org yang lebih tua?

Hari nie ramai juga yang aku lihat anak2 muda melayu yang beragama islam dan masih dibangku sekolah sudah pandai mencarut, bersikap tidak sopan.

Moga ianya tidak terlaku dn diamalkan dikalangan keluarga dan rakan2 aku...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails