Monday, February 7, 2011

Monday Blues....

Isnin.... aku betul2 tak de mood nak keje.

Bercakap pun malas.. bila perlu je aku akan bercakap. Muka kelat semacam. Malas.... betul2 malas.

Mood tak de... mood dah kelaut dah. Badan ada kat opis tapi ati aku kat umah. Fikiran aku ntah kemana2. Macam2 kisah tengah bergusti dalam kepala aku nie.

Dari minggu lepas jiwa aku rasa melayang. Anak2 ikut babah diaorg, termasuk Dani. Dani yang beria-ia nak ikut kerumah babah dan dalam terpaksa aku merelakannya. Kali pertama bersua dengan keluarga disebelah sana.

Kebetulan babah wat kenduri aqiqah untuk anak2 dengan yang disana. Aku minta dia masukkan sekali nama Dani. Walaupun Dani dah pernah aku Aqiqah kan tapi aku minta juga kerana dulu aku cuma mampu berikan dia dengan seekor kambing.

Sepatutnya anak2 tak de aku bleh melebarkan sayap aku, berkepak dengan bebas tapi semuanya tak menjadi dan akhirnya masa aku banyak dihabiskan dengan berkurung didalam bilik melayan perasaan. Aku merindui anak2.... juga seseorang tapi aku tak dipedulikan.

3 hari aku seperti kucing hilang anak, ayam berak kapur.... Malam semalam anak2 balik. Baru lega hati aku melihat mereka ada didepan mata.

Tak sangup aku berpisah dengan Dani... tapi siapalah aku nak menghalang dia??


4 hari aku dok rumah... 3 hari aku kesunyian tanpa anak2... ianya cukup melemaskan. Ramai yang mengusik soh aku pegi dating gan BF... BF??? Dah terbukti yang aku tak de BF sebab dalam masa 4 hari aku asik terperap didalam bilik tak kemana2 pun...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails