Thursday, January 27, 2011

Anteh....

Anteh.... aku tak pernah tau nama sebenarnya...

Mengenali Anteh ketika aku berumur 17 tahun, seusai menduduki SPM. Aku bekerja disebuah kilang jahit baju ketika menunggu keputusan periksa. Anteh tidak bekerja di sana tapi aku mengenali dia melalui rakan setugas aku June yang bersekolah bersama dia.

Anteh seorang remaja nakal yang bergaul dengan mat-mat motor. Waktu tu masih tiada istilah mat atau minah rempit, yang ada cuma Bohsia dan Bohjan. Anteh sendiri mempunyai motor.

Yang aku ingat motornya kaler hijau.. motor RG rasanya.. dia juga bercita2 untuk memiliki motor PANTHER. Tapi sebab masih tidak bekerja tetap dia terpaksa memendamkan hasratnya.

Kami berdua rapat... sebenarnya bukan kami berdua saja... Kami yang aku maksudkan adalah 1 kumpulan seramai 6-7 orang... perempuan didalam kumpulan ini hanya aku dan june, selebihnya lelaki.. iaitu anteh, bakhtiar, ucop, rosli, nekmat dan aku tak ingat sangat yang lain2.

Tapi aku dan june bukan bohsia kerana kami tidak membonceng mereka. Aku mempunyai motor sendiri dan mempunyai lesen. Aku dan june juga tidak bertukar2 pasangan, tidak pernah melakukan perkara terlarang, tidak pernah menyentuh barang yg haram.

Kami hanya berjumpa untuk berbual2.. bercerita tentang motor dan juga kisah perlumbaan yang budak2 lelaki sertai. Port kami bukanlah di pondok2 dalam kebun getah atau dusun. Port kami ialah dirumah Anteh sendiri. Aku baik dengan ibu dan kakak Anteh..

Sepanjang mengenali Anteh.. aku tau dia bertukar2 pasangan.. dia taklah hensem tapi manis. Ramai bohsia2 suka kat dia kerana dia memang juara bawa motor.. Selalu menang klu ada lumba haram. Aku pernah ikut dia berlumba tapi hanya sekali. Itupun puas aku kena marah sebab Anteh memang tak kasi aku n june ikut. Dia takut mana tau ada polis atau JPJ... mau aku gan june terjebak sekali nanti.

Dia juga tak mau aku kena ngurat gan kumpulan lawan. Sebab aku penah dengar diaorg bertaruh bohsia sebagai hadiah kemenangan dan aku diminta sebagai hadiah oleh kumpulan lawan. Anteh berang dan hampir berlaku pergaduhan.. sudahnya aku kena hantar balik oleh rosli.

Bila aku kenangkan balik peristiwa tersebut.. sampai kini aku bersyukur kerana aku mempunyai kawan sebaik Anteh. Kalau orang lain mau aku dan june dah kena...

Kemalangan jgn citer pada Anteh kerana dia sendiri beberapa kali dah mengalaminya. Dah banyak dah besi masuk kedalam badannya. Tapi sejak abangnya, Baba meninggal kerana kemalangan sewaktu memandu laju, Anteh berubah. Anteh perlahan2 belajar untuk membaiki kenderaan. Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi tapi dia berusaha bersungguh2 untuk berjaya. Hasilnya dia kini memiliki bengkelnya sendiri.

Hubungan aku dan Anteh jadi renggang dan putus selepas aku kahwin. Dan kami rapat semula selepas aku kembali bujang. Anteh kini mempunyai 2 cahayamata yang comel. Dialah yang jadi mekanik aku.

Aku sendiri tak tau apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan disini, aku hanya ingin bercerita ttg kebaikan Anteh.. Selain daripada itu, aku nak tegaskan disini... dia kawan baik aku.. Ada juga suara2 yang berkata apa salahnya aku cuba untuk hidup bersama dia.. bagi aku itu mustahil kerana aku tak pernah mempunyai perasaan pada Anteh. Aku menghormati dan menyayangi dia sebagai seorang sahabat, kawan.. bukan kekasih.

Anteh juga begitu.. dia pernah cakap dengan aku.. kita nie baik sebagai kawan je kan??? Kalau bercinta.. memang asik nak bergaduh je.. ya... aku akui.. dulu pun kami asik bergaduh kerana kami sama2 degil dan panas baran.

Aku termenung kembali bila ingat semula kisah kami berdua. Dimana ya kawan2 uang lain???


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails