Monday, July 11, 2011

Ladang Anggur di Tasik Beris, Kedah - Balik Tangkak..

3 Julai, seawal 7.30 pagi kami bertolak balik ke Johor. Kami cuma sempat singgah di Ladang Anggur Tasik Beris, Kedah. Aku tak pasti samada terletak di Gurun atau Sik. Nak singgah Penang pun tak sempat..

Akak Nilam kena pastikan kami semua sampai awal di Johor sebab hari Isnin kami semua bekerja seperti biasa.

Sepanjang perjalanan dari Alor Star ke Ladang Anggur, hujang turun dengan lebat. Tiba di Ladang Anggur kami terpaksa meredah hujan. Hampir sejam kami disini. Bergambar dan membeli buah tangan. Sedap tau anggurnya walaupun kecil2 tapi manis.














Dalam perjalanan balik tiba di Taiping kami terserempak dengan kemalangan nie. Siap kuar TV n suratkabar. Jem dekat sejam kat sini.. perut dah berkeroncong.. cuaca dah kembali panas. Aku dapat tahu dari TV pemandu dia lari... kau dah salah ko lari ek??? bodoh punya driver...

Aku sampai kat Tol Tangkak jam 9.00 malam. Penat tapi aku puas ati. Aku gembira tengok Lyana, Adib dan Dani. Mereka berlari dan berebut2 untuk memeluk aku. Rindu pada umie katanya... Umie pun rindukan sayang-sayang umie nie...

Pulau Dayang Bunting a.k.a Tasik Dayang Bunting - Beras Terbakar..


Setel kat Pulau Beras Basah dan Pulau Singa kami menuju pula ke Pulau Dayang Bunting. Oklah.. .cuma penat nak mendaki. Aku bab tasik2 nie.. seriau sikit... setakat hulur kaki je. Kawan2 ajak naik paddle boat pun aku tak nak. Takut!!!... Lagi 1.. kaki sakit.. tak larat nak mengayuh. Nak panjat tangga pun aku mengah.. nak mengayuh lagi?? eeii tak kosa aku.
Aku tak berani nak kuarkan kamera sepanjang mendaki menghala ke tasik nie. Monyet banyak... takut kena rentap je kamera aku.





Di Beras Terbakar. Acara sebelum pegi shopping. Masa tak banyak. Shopping pun diaorg kasi sejam je. Aku tak beli apa2 sebab dalam kepala dah set.. beli coklat je. Tak de pinggan mangkok atau periuk vision. Padahal dah kira murah dah periuk idaman aku tu. Tapi memandangkan kaki tangan aku dah sakit. Tak kosa aku nak menambahkan beban mengangkut barang2 tu naik ke feri. Feri kami bertolak balik ke jeti Kuala Perlis jam 7.00 malam. Masing2 berlari2 mengejar waktu... seronok walaupun penat.


Yang nie lepas makan malam. Sebelum bertolak balik ke Kedah. Nie semua muka2 orang yang dah abis duit.. tak bleh tanya langsung... salah tanya kena fire.. hehehe.. tak tahan masa nie.. gelak je sampai sakit2 perut. Gelak sebab dah abis duit... bak kata akak zack (yg dok tengah tu) duit celah kelepet je yang tinggal.. hehehehe.. love u guys... rindu sangat2 gan korang.

Langkawi - Pulau Beras Basah dan Pulau Singa

Sampai di Kedah jam 10.30 malam.. berkemas dan tido. Seawal 4.30 pagi kami dah bergerak ke Jeti Kuala Perlis. Solat Subuh di Masjid yang berhampiran dengan Jeti dan jam 7.00 pagi kami menaiki Feri untuk ke Langkawi.

Aku teruja.. kali pertama menjejaki ke Langkawi. Dikepala terbayang wajah Lyana, Adib dan Dani yang aku tinggalkan. Sesaat pun tak pudar dari ingatan. Alangkah indahnya jika mereka juga ada bersama dengan aku. Maafkan umie sayang.. lain kali kita pergi sama-sama ya??














Sampai di Langkawi kami bergegas menaiki bas yang telah disediakan oleh agen pelancongan disana. Kami membeli makanan untuk dibawa ke Pulau Beras Basah. 2 buah bot disewa. Semuanya kali pertama buat diri aku...









Nampak tak burung helang tu.. kecik2 je gambarnya.. Nie kat Pulau Singa. Tengok burung helang.. then kami ke Pulau Dayang Bunting plak... Penat ko berjalan... badan sakit2.. dalam gambar memang nampak aku senyum tapi sakitnyaaa... Allah je yang tau. Ubat sentiasa ada.. makan je nasi aku terus telan ubat. Mata stim je ngantok.. mamai aku sepanjang jalan.

Aku Nak Pergi Jugak... - Kuala Kangsar..

Jam 3.45 kami sampai di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak. Aku teruja pertama kali menjejak kaki disini Dibandar Diraja Kuala Kangsar.






Selesai solat aku mula memekak.. Akak Nilam... dah lapo dah nie!!!

Akak Nilam hanya tersengih2.. Jom kita pegi makan.. Semua bersorak.. macam budak2.

Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke BTPN Kedah, untuk menginap disana.

Aku Nak Pergi Jugak... - Nantikan Kedatangan Aku..

29 Julai aku masuk kerja semula. Walaupun masih demam aku gagahkan diri sebab masih banyak kerja pejabat yang masih belum aku selesaikan. Banyak laporan yang hendak dihantar dan juga pemantauan aset alih kerajaan yang akan diadakan dipejabat aku.

Aku perlu menyemak semula senarai aset dipejabat, memeriksa no siri pendaftaran dan semua yang dokumen yang berkaitan.

Aku nekad.. aku nak pergi juga ikut rombongan tersebut.. sakit pun sakitlah... nak ikut jugakkkkkkkk....

Aku hubungi akak Nilam. Yes!!! tempat aku masih kosong kerana akak Nilam tak puas ati selagi aku tak sahkan betul2. Dia nak aku sendiri yang hubungi dia untuk pembatalan... tapi aku telefon sebab aku nak turut serta.. Yessss!!!!..... aku dapat pergi..

30 Jun aku cuti lagi.. aku nak rehatkan badan sambil mengemas barang2 untuk lawatan.

Malam 30 Jun aku sekali lagi ke Unit Kecemasan Hospital Tangkak. Aku digigit dengan serangga yang aku tak tau apa dileher.... (nasib baik bukan Lipan) Badan aku kebas semacam dan mereka telah berikan aku 1 suntikan.

1 julai.. aku bersiap seadanya... Jam 7.30 pagi bas dari JB singgah mengambil aku dan 2 rakan lain di Tol Tangkak. Kami bergerak ke KL.. berhenti sarapan di R&R Air Keroh sebelum meneruskan perjalanan ke PKG Sentol, Kuala Lumpur..









Dari Kuala Lumpur jam 1.30 tengahari. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.. Kuala Kangsar, Perak untuk solat Zohor dan jamak Asar di Masjid Ubudiah.

Kita sambung lepas nie ya...

Aku Nak Pergi Jugak.....

Dah lama aku tak update blog nie.. aku tinggalkan sementara kerana kesibukan kerja dan keadaan kesihatan yang agak teruk.

Hujung bulan 6.. aku demam teruk, suhu badan mencecah 39.7 darjah.

25 Jun aku bawa Lyana, Adib dan Dani ke Jusco Air Keroh sebagai hadiah hari jadi. Sepanjang petang kami menghabiskan masa di kedai buku Popular dan juga makan2. Semuanya untuk menghiburkan hati anak2 aku.

Ahad, 26 Jun aku mula sakit. Betis di kedua2 belah kaki aku kejang dan bisa2. Nak bergerak pun payah. Tapi tugas sebagai seorang ibu harus aku lunaskan. Siap membasuh, mengemas, melipat baju dan memasak aku berehat.

Menjelang malam kaki aku masih sakit tapi aku tapi pedulikan sangat.

Isnin 27 Jun aku kerja seperti biasa. Tiba dipejabat aku mula menggigil kesejukan. Bisa dan sakit di kedua2 kaki aku semakin menyengat.. Suhu badan naik dan aku dihantar ke Klinik untuk mendapatkan rawatan. Badan aku disebelah kanan dah mula kebas2 dan bila dipicit aku dah tak rasa apa2 .... aku panik tapi aku diamkan tak nak mak risau.

Sah... aku demam dan diberikan MC selama 2 hari. Balik rumah aku terlantar dikatil.. tido.. tido.. dan tido lagi.. (cik teratai jgn jeles ek??) hehehehe...

Anak2 pun aku tak pedulikan dan syukur anak2 tak banyak karenah. Lyana memahami akan keadaan aku dan dia mengambil alih tanggungjawab aku dengan menguruskan Adib dan Dani.

Jam 3.00 petang aku mendapat panggilan dari rakan setugas di Sungai Balang. Nama aku dan dia tersenarai dalam lawatan ke Kuala Lumpur, Kedah dan Langkawi pada 1 Julai. Aku terpempam.. 3 hari lagi. Camne nie?? Aku nak pegi tapi tak taulah aku dah sihat ke tidak nanti.

Menjelang jam 5.00 petang aku menghubungi rakan memaklumkan yang aku tak dapat ikut kerana bimbang dengan keadaan kesihatan aku yang masih teruk.

Dalam hati meronta2 nak ikut.. Bukan senang nak berjalan.. bayaran pun rendah aje... tapi aku demam.. kaki sakit... aduyaiiii... nak pegi... nak pegi.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails