Friday, June 17, 2011

Panjang Usia Mu Sayang...




12 Jun, 1999..

Masih segar dalam ingatan aku.. Saat aku melahirkan cahayamata aku yang pertama di Hospital Muar. Dalam kesejukan malam yang disertai dengan cuaca yang amat buruk. Hujan lebat disertai dengan angin dan guruh dan kilat diluar.. disertai dengan kesejukan yang dikeluarkan oleh alat penghawa dingin jenis lama yang dilekatkan didinding.. betul2 dihujung katil tempat baring didalam bilik bersalin.

Aku terbaring dikatil keseorangan sambil menahan kesakitan yang setiap 2-3 minit datang.. Jam menunjukkan angka 9.30 malam. Aku berada disitu sejak 8.00 malam.

Jiran dari katil sebelah juga yang baru lepas bertarung nyawa sedang enak duduk sambil cuba menyusukan babynya terus memberikan sokongan buat aku.. sesekali keluar dari mulutnya.. "Teran je kak.. teran je.."
Aku gemuruh.. dalam kesakitan aku berfikir.. "teran" yang bagaimana dia maksudkan.. Ini pengalaman pertama aku.. maksud "teran" tu sendiri.. buat aku bingung.

Aku rasa banyak sungguh air yang keluar. Tapi bila aku jengah kebawah katil.. tak pulak aku nampak air bertakung.. Air mentuban dah pecah tapi MISI yang dah hampir separuh abad umurnya menyatakan jalan masih belum terbuka.

Berulang kali pintu bilik bersalin tu terbuka.. semua lalu didepan katil.. 2-3 orang ibu yang juga seperti aku menahan kesakitan ditunda dengan WILCHA.. terpancar diwajah masing-masing ketakutan sambil menahan kesakitan..

Selang beberapa ketika aku mendengar tangisan bayi.. ya. aku ingat.. 3 orang yang masuk selepas aku telah pun selamat melalui proses semulajadi dimana nyawa kami semuanya berada diubun-ubun. Tapi aku masih disitu.. menangis bukan saja kerana kesakitan tapi kerana kesejukan..

Jiran sebelah menyebelah aku juga telah beredar pergi dibawa MISI ke wad. Aku??? tolonglah MISI.. aku tak tahan lagi.

Menjelang tengah malam.. 12.30 pagi.. (pagi ke tengahmalam?) hanya aku tinggal seorang dibilik itu. 3 orang MISI yang berumur setengah abad membantu aku. Kesemuanya peramah.. memberikan sokongan dengan senyuman yang manis. Air selusuh yang mak aku bekalkan telah aku telan.. juga telah MISI curahkan diperut aku yang menghening.

Dihujung kaki.. duduk seorang doktor lelaki, muda belia.. mungkin doktor pelatih. Malam nie saja, dia telah menerima 2 kali tendangan dari aku. Kita sebok melayan sakit.. dia sebok menyeluk "TUT" aku.. nak rasa jalan dah buka ke belum. Dia mengadu kepada MISI yang berumur separuh abad apabila menerima tendangan aku tapi akhirnya mengalah kerana akhirnya MISI itu sendiri memarahi dia kerana mengganggu aku.

MISI sebelah kiri.. menekan2 diulu hati aku kerana kepala bayiku dah kelihatan. MISI sebelah kiri.. memegang kepala aku sambil mengajar aku cara nak "Teran".. MISI dihujung kaki berulang meminta aku... "PUSH.. PUSH.. PUSH.. " " Sikit lagi dik.. kepala dah separuh nie.."

Aku kepenatan.. sakitnya... dikepala aku teringatkan mak.. Sakitnya mak... bibirku tak berhenti-henti menyebut "Allah"..

Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang amat lembut keluar diikuti dengan tangisan yang amat nyaring disamping kelegaan yang amat sangat..

MISI berumur separuh abad yang menyambut bayi itu terus menjerit.. " Alhamdulillah!! baby girl"

Baby girl dibawa kedakapan aku selepas dia menjalani proses pembersihan.. Terkesima.. menitis airmata melihat indahnya ciptaan Allah yang telah dikurniakan kepada aku.. Semuanya aku teliti.. jari-jarinya.. bibirnya.. matanya.. telinganya.. Baby girl yang masih merah tu aku kucup dipipi.. Indah sungguh kurniaan Allah buat aku.

Jam 2.30 pagi aku dihantar ke wad dengan menggunakan WILCHA.. Diluar aku disambut oleh mak, suami dan akak ipar aku. Babah menjalankan tugas pertamanya sebagai seorang bapa.

Itulah detik-detik terindah dalam hidup aku yang tak mungkin dan tak ingin aku lupakan.

Lyana Yasmeen.. bermaksud Keharuman Bunga Yasmin menjadi pilihan aku dan babah.

Keharuman Bunga Yasmin... Umurnya telah mencecah 12 tahun. Anak gadis yang manja, masih mahu dibelai dan dia tak segan-segan mencium dan memeluk aku dikhalayak.. Dalam masa yang sama dia telah pandai berdikari dan boleh diharap untuk membantu aku. Dia boleh disuruh untuk membantu aku seterika baju sekolahnya sendiri, membantu mengangkat baju diampaian, membantu menyediakan hidangan makan malam dan tak lupa menyediakan tempat tidur untuk adik-adiknya.

Keharuman Bunga Yasmin.. Doa tulus dari umie.. moga dirimu menjadi anak yang solehah, penyayang dan menjadi insan yang berguna dimasa hadapan. Umie sayangkan simanis umie ini.. Jagalah diri dan maruah dirimu.. Moga Allah merahmati simanis umie dan menempatkan dirimu di syurgaNya nanti.

Selamat hari Jadi yang Ke12.. Keharuman Bunga Yasmin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails