Wednesday, June 15, 2011

Berhenti berharap...

Noktah telah aku letakkan.. tak perlu untuk aku berharap lagi kerana sememangnya tiada apa yang perlu aku harapkan. Tiada siapa yang boleh aku gantungkan pengharapan.

Aku tak pernah minta jadi begini tapi yang pasti, Allah tahu yang terbaik buat diri aku. Aku juga tahu apa yang berlaku sekarang adalah kifarah dari dosa-dosa aku yang lalu. Aku telan jua walaupun pahit kerana ini adalah pilihan hidup yang pernah aku ambil dulu.

Tiada apa yang aku kesalkan kerana segala keburukan yang datang adalah kerana ianya datang dari aku sendiri.

Aku tinggalkan dibelakang segala kekecewaan.. aku tinggalkan dibelakang segala kerunsingan.. aku tinggalkan dibelakang segala kekalutan.

Aku biarkan apa yang telah berlaku didalam hidup aku kebelakang dan yang pasti aku tak mahu berpaling lagi. Tak ingin aku palingkan lagi.. tak ingin aku menoleh lagi bagi mengenang segala kelukaan.

Aku telah berusaha menyalurkan aura kasih sayang kepada orang yang aku cintai kerana aku percaya, kasih sayang yang kita beri maka kasih sayang juga yang akan kita perolehi. Dan itulah kesilapan yang paling besar telah aku lakukan.

Kesilapan aku kerana aku memberikan pada orang yang salah. Dia tidak selayak nya untuk menerima ketulusan kasih, sayang, cinta, rindu dan kesetiaan aku... Kesilapan aku juga kerana aku menjadi terlalu setia.. sehingga bila hati aku terluka ianya menjadi terlalu sakit dan menyedihkan.

Dan kini.. kasih, sayang, cinta , rindu dan kesetiaan telah aku bungkuskan kembali dan aku simpan untuk aku persembahan kepada orang yang selayak menerimanya..

Selalu aku katakan kepada akal dan hati.. Pasti ada insan lain yang lebih baik dari yang sebelumnya untuk aku, cuma aku tak tahu bila ia akan berlaku.

Aku telah berusaha.. aku telah berdoa.. dan kini aku serahkan semuanya pada DIA.. kerana hanya DIA mengetahui segala-galanya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails