Thursday, August 2, 2012

Menjelang Syawal..2012


Entry lepas aku tulis menjelang Ramadhan.. Lepas tu aku terus menyepikan diri. Tup-tup muncul semula dengan menjelang Syawal plak.. hehehehe..


Konon macam orang pangkat beso.. BIZI lah sangattttttt.... padahal...


OK.. aku malas nak buka blog kali nie.. jangan kata nak baca.. buka pun malas.. cian blog ni.. kena tinggal macam tu je.. habis madu sepah dibuang... tidak.. aku tak buang.. aku cuma tinggalkan seketika.


Kasi aku tarik napas dulu.. Semua benda aku nak fikir... semua benda aku nak buat.. Tiada rungutan cuma saja nak berkongsi cerita.


Tahun nie tak macam tahun-tahun lepas.. tiada sambutan untuk Hari Jadi Lyana, Adib dan Dani.
Tapi tak bermakna aku lupakan mereka.. Cuma tiada acara gilang gemilang. Kek pun aku tunda sampai raya. Aku nak buat sekali masa raya nanti, senang... sekali belanja je..


Tahun nie aku sakit sikit. Walaupun dapat bonus dan tunggakan gaji.. tapi ada plak yang ambil kesempatan. Belanja raya anak-anak.. tak diberi. Cuma belanja bulanan je. Tapi benda yang dah  biasa.. tiada rungutan.. telan saja apa yang datang. Cuma aku rasa suka sangat-sangat sebab dapat beli seluar jeans anak-anak hanya dengan harga RM10 dan RM15 je.. Seluar berjenama tau.. dan Alhamdulillah.. Abang aku  dah belikan t-shirt untuk anak-anak aku seorang sehelai.


Tak dapat yang kat sana.. dapat yang kat sini..


Aku masih lagi dalam angin yang tak baik. Suami kawan aku yang ganggu aku.. masih lagi menganggu.. Sampai aku terpaksa warning dia.. kalau dia masih ganggu aku.. aku akan report polis.. Lantaklah.. malas dah aku nak fikir.. senang.. serah je pada polis. 



Tetiba je muncul gambar.. tengah-tengah citer tentang benda lain.. hehehehe.. Gambar nie masa aku pergi makan kat luar... kat Umbai..

Ok... aku dah lama gak tak post gambar kan??

Aku saja je nak tayang gambar-gambar aku.. walaupun dah lama.. malas nak post satu-satu entry.. sebab banyak sangat. Tapi aku pilih-pilih je..


 Program Motivasi Kecemerlangan Murid Tahun 6.. Adib kan nak ambil UPSR tahun nie.. 
Parents lain semua aku tengok nangis masa peluk cium anak-anak.. Aku gan Adib steady je.. boleh sengih-sengih macam kerang wangi.. mungkin sebab kami dah puas nangis kot?? hehehehe..


Yang nie betul-betul buat aku risau.. Lyana dan anak buah aku accident.. 
Motor diaorang kena gesel gan kereta. Masa kat klinik.. 
Lyana diam je.. dia cakap dia cuma luka.. tiba kat rumah, dia menangis sambil pegang kepala.
Dia cakap kepala sakit.. terus aku bawa ke Unit Kecemasan. Dapatlah kitaorang naik ambulan.. n lepas X-ray.. doktor cakap keadaan dia ok cuma dia trauma.. Alhamdulillah.. 


Bengkel Pengemaskini Aset Alih Kerajaan.


 Dani ikut mak nya pegi i-City



Buat carta kat opis.. dekat 2 minggu aku sakit pinggang.. akibat daripada asik menonggeng je masa membuat bendalah nie.. Nak kasi lurus barisan.. payah.. sampai nak muntah aku tengok menda nie..
Tapi puas hati.. sebab hasil kerja dah ditampal didinding opis.. 
Tunggu masa untuk dipantau je.. 



Harimau Malaya punya semangat. Tengok bola kat tv pun kena pakai baju nie.. Malaysia lawan Manchester City.. Masa lawan Arsenal aku tak ambil gambar nya.. tak teringat plak.. 


Bengkel Jurulatih Utama HRMIS.. Wah!! dapat pangkat baru gitewwww.. Jangan takbur.. Allah tak suka.. 
* terus tunduk malu*

Nanti kita cite lagi ek?? Aku nak taip minit mesyuarat le.. Slide untuk bengkel HRMIS yang nak buat minggu depan pun aku tak siap lagi.. Tak pe..  pelan-pelan.. 

Selamat berpuasa, selamat bertarawih dan selamat berzakat.. bukan zakat fitrah je.. tapi zakat kat Bazar Ramadhan juga.. hehehehehe..

5 comments:

  1. Saya sentiasa mengikuti perkembangan awak. Ternyata awak semakin lama semakin cantik dan menarik. Pengalaman telah mendewasakan awak. Harap awak sentiasa di bawah lindungan Nya , Cik Sarina....

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. tak sangka pulak ada yang mengikuti perkembangan saya..
    apapun.. saya gembira ada yang sudi membaca blog saya nie.. maklumlah.. saya nie menulis suka-suka je..

    Terima kasih diatas doa anda.. saya juga mendoakan perkara yang sama buat anda..

    Selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama, Cik Sarina, eh, terasa pula saya bila baca entry terbaru awak. Saya ker awak maksudkan? :-) Bukan apa, seronok baca diary alaf baru nih - blogging, kalau zaman dulu, mana boleh baca diari org kan? apa apa hal pun. Salam Ramadhan, dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, byk buat kuih tahun nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. yang terbaru.. memang untuk anda.. sebagai tanda penghargaan.

      Salam Ramadhan dan selamat hari raya aidilfitri buan anda juga..

      Saya tak buat kuih tahun nie.. sebab mak tak berapa nak sihat.. lagipun oven rosak.. hehehehe..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails