Friday, August 10, 2012

4 Hati...

Aku tau aku tak patut marah kerana semua yang berlaku telah diatur oleh Dia.

Aku cuma bengang je... Bekas suami post gambar dia sekeluarga di FB.. dia bersama isteri dan 2  anak lelakinya.. Tengok pada komen2 yang masuk.. wahhh... beria2 masing-masing memuji tentang kebahagiaan keluarga tu..

Aku nak je komen mengutuk.. tapi akal aku menidakkan tindakan aku.. lagipun tak de guna aku nak huru-harakan keadaan.. kang tak pasal2 orang cakap aku giler talak... ooo Nehi kabi Nehi!!!!

Aku tak sekali-kali nak giler talak... insya Allah.. tidak... Dani pulak boleh cakap.. kenapa kita tak de gambar macam nie nie?? Kenapa babah tak pernah ambil gambar dengan kita?? Aduh!!! Lemah rasa badan aku.. tiada jawapan.. hanya senyuman dan pelukan yang mampu aku berikan.

Keluarga bahagia konon!!!! Tolonglah ya... keluarga tu bahagia diatas kelukaan 4 hati lain.. 4 hati terpaksa korbankan kasih dan sayang demi memberikan kebahagiaan pada keluarga tu.. atau lebih tepat lagi, 4 hati nie berkorban demi cinta mereka pada seorang lelaki yang tak pernah nak menghargainya.. berkorban hanya untuk memberi peluang kepada sepasang kekasih yang kononnya tak boleh nak dipisahkan lagi...

4 hati nie bukan tak pernah merayu agar tidak ditinggalkan.. tapi katanya dia tak mahu hidup bersama hanya kerana cinta sedangkan dia perlukan harta.. ya.. dia berjaya menawan wanita yang berharta.. yang berkerjaya.. jadi buat apa menunggu lagi? Hidup bersama 4 hati ini hanya menyusahkan diri. Jadi rayuan 4 hati tu hanya dipandang sepi.. berpaling dan melangkah pergi.

Betapa sukar 4 hati nie memujuk perasaan sendiri. Meredhakan dan merelakan diri menerima situasi baru yang serba asing.. mengakui hakikat yang diri telah kehilangan kasih-sayang seorang lelaki bergelar suami dan ayah.. Walaupun bukan mudah tapi sabar adalah kunci kepada segala-galanya.. dan kini 4 hati telah menerima keadaannya.. Kembali gembira membina dunia mereka sendiri.

p/s : terngiang-ngiang ditelinga.. "Aku tak nak hidup susah lagi!! Aku tak nak hidup hanya dengan cinta kau.. aku tak makan cinta.. aku makan guna duit."

1 comment:

  1. Salam, Cik Ina, Daripada posting awak yang terdahulu, awak pernah nyatakan, awak x perlukan x-hubi awak itu lagi. Kenapa awak masih nak skodeng dia, add dia ke dalam efbe awak? Mungkin minda bawah sedar awak masih 'memerlukan' dia?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails