Friday, August 3, 2012

Gila Bayang

Makkkk!!!!!! Cheq nak kawennnnnnn....

Alahai aku gila bayang dengan mamat nie.. aku dah lama jumpa dia.. keje kedai tayar.. aku memang biasa tukar atau check tayar kat kedai nie.. 
Kali pertama jumpa.. dia tukar tayar aku.. then masing-masing saling berpandangan.. memang macam magnet tau.. sukar untuk aku melarikan mata aku dari dia..dia pun sama sebab kalau mata kami bersatu je.. kami akan tersipu-sipu malu dan tersenyum.

Setiap kali aku kesana.. dia yang akan melayan aku.. kami jarang berbual.. cuma aku je yang rajin bertanya tentang tayar kereta aku.

Tapi semuanya setakat itu jelah.. i malu u.... hehehehe..

Kali terakhir kami berbual *tentulah tentang tayar* ialah sehari sebelum aku becuti ke Cherating. 

Aku "Ok tak tayar saya nie bang? Saya nak pergi jalan jauh nie."

Dia "Ok je nie dik. Nak pegi mana?" 

Aku "Cherating. Nak cuti gan family."

Dia "Dekat jeee... Kalau ada masalah call je kedai nie cari abang.. abang datang tolong." Sambil menjeling manja pada aku..

Aku "Alah!! Yelah abang tu...? " Aku tersipu-sipu malu.. *padahal dalam hati.. YES! YES! YES!.. *

Aku "Jangan nanti saya call.. abang tak datang pulak? Manalah tau.. saya dah sampai Kuantan ke?" Aku try nak pancing dia..

Dia "Iya.. abang datang.. walaupun sampai Kuantan." 

Kami berpandangan.. terus ketawa... wah!!!! macam dalam novel chenta pulak...

Alah... kisah chenta kat kedai tayar jek.. sebab masing-masing dah berkeluarga..

Mula-mula memang aku tak tau dia dah kawin... dan aku pasti dia pun tak tau aku dah punya anak.

Sewaktu bertembung dengan dia di Pasar Ramadhan Selasa lepas.. wajah terkejut tak dapat nak disembunyikan.. bukan dipihak aku saja.. dia pun sama..

Rasa macam terhenti jantung aku bila tengok dia berjalan bersama isteri dan anak-anaknya. Mata kami bertentangan dan muka masing-masing memang nampak sangat terperanjat. Dia terus memandang anak-anak aku.. dan aku juga bereaksi sama.. memandang kearah isterinya.

Aku cepat-cepat tersedar dan terus pergi..

*hati aku hancur umpama kaca terhempas kebatu.. huuwwaaaaaaa...*

Ntahlah?? Rasa macam ada kimia diantara kami cuma.. keadaan yang tidak mengizinkan.

Apapun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tahu yang dia telah berkeluarga.. dan dia pun tentu berperasaan sama dengan aku.. tentu kami tak akan menaruh harapan.

Tapi petang tadi.. aku ternampak dia semula.. Dia menunggu anak dia balik sekolah. Rupanya anak dia sekolah agama sama dengan Adib dan Dani... Macam mana aku boleh tak pernah terserempak dengan dia kan?? COMPIUS!!! hahahahaha.. Allah juga yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami...

Nie gambar petang tadi.. dia kenal keta aku.. jadi kejap-kejap dia pandang kearah aku.. 

CAK!!!!


Kita hanya mampu pandang-pandang dan jeling-jeling je bang... itupun dari jauh... Gila bayang aku dibuatnya...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails