Tuesday, August 14, 2012

Jawapan Tentang 4 Hati..

Terima kasih Encik Epoll diatas komen yang ditinggalkan..

Sewaktu saya menulis kisah tentang 4 hati.. saya pasti ramai yang akan tertanya2 soalan seperti yang encik suarakan..

En Epoll tentu salah seorang rakan saya di FB.. jawapan saya mudah.. cari sendiri.. adakah dia tersenarai didalam senarai saya??

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI..

Untuk pengetahuan semua.. kami mempunyai anak.. Anak-anak saya melayari FB dengan kebenaran saya dan password mereka pun saya yang ciptakan...

Saya selalu memantau aktiviti anak-anak saya di FB.. Ya! mereka masih dibawah pengawasan saya. Bila-bila perlu saya akan  buka FB mereka.. bukan untuk skodeng orang lain.. tapi hanya memantau aktiviti anak-anak, selain dari membaca pesanan-pesanan yang masuk kedalam PRIVATE MESSAGE..

Lyana telah berumur 13 tahun.. Dia masih terlalu mentah.. saya terpaksa mengawal aktiviti dia.. saya tak nak anak saya terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang sekarang nie semakin berleluasa. Alhamdulillah.. dia menggunakan FB hanya untuk bermain game.. minat dia pada anime dari Jepun.. jadi buat masa nie.. tiada PM yang mengarut dia dapat dari mana-mana lelaki.

Adib.. nie betul-betul saya kena jaga.. Dia pernah dapat surat dan sms CINTA dari seorang pelajar lelaki.. Adib diminati oleh pelajar lelaki?? Serius... saya tergamam.. bengang.. marah.. dan geram.. Jadi aktviti dia saya perlu pantau dan awasi.. Buat masa ini.. tiada masalah..selepas saya berjaya mnghubungi pelajar tersebut.

Dani.. Dia mentah lagi.. jadi tanggungjawab saya sebagai ibu perlu saya jalankan.

Baiklah.. sekarang saya perlu jawab soalan Encik Epoll.. Anak-anak saya termasuk dalam senarai keluarga bekas suami saya..

Kalau Encik Epoll pengguna FB.. tentu encik tahu dan faham maksud saya.. Apa saja aktiviti mereka.. akan dapat dilihat sama sendiri.. Segalanya.. termasuk komen.. wall post.. gambar yang dimuat naik.. dan sebagainya kecuali jika telah di UNSUBSCRIBE oleh pihak yang lagi 1.

Disinilah saya nampak gambar tersebut.. mula-mula saya tak ambil pot sangat.. tapi selepas Dani mengadu pada saya (telah saya post pada entry yang lepas).. barulah saya membaca..

Dari situlah saya mendapat idea untuk menulis pada entry 4 Hati..

Untuk pengetahuan Encik Epoll.. saya tak pernah skodeng dia.. TIDAK SAMA SEKALI.. tidak terlintas difikiran, walaupun sebesar hama.

Minda dibawah sedar saya pun tak pernah sama sekali memerlukan dia.. Jap-jap... ya.. saya perlukan dia.. atau secara tepatnya saya cuma perlukan DUIT dia.. untuk nafkah anak-anak saya.. Tapi bukan sebagai teman hidup saya..

Maaf.. agak emo pagi nie.. kerana komen awak sama seperti ayat-ayat mak saya.. jika saya "TER" cerita sedikit tentang bekas suami pada anak-anak... yelah.. kadang-kadang saya bercerita tentang apa yang saya ingat tentang dia pada anak-anak kerana saya tak nak mereka jauh dari babah mereka.

Saya tak perlukan dia.. saya dah puas menangis kerana dia.. saya tak nak buang airmata dan masa lagi.. Entry 4 Hati hanya untuk dikongsikan dengan semua rakan-rakan pembaca..

Terima kasih..

2 comments:

  1. Salam, Cik Rina. 1st impression saya, Wau!!!, "Jwpn tentang 4 hati", betul2 menyentap saya tuh. Takper, mungkin sbb sy x fahami secara jalas apa yg awak nk sampaikan dalam kisah asal 4 hati tuh. Bukan apa, pernah saya terbaca, dan kawan bgtahu, kalau kita rasa kita membenci sesorg itu, dan kita bgtahu kepada kawan kita yang lain, secara reverse psychonya mungkin kita masih memerlukan dia? Dari situ, timbul ide sy tinggalkan komen tempohari. Ttp, sekiranya tidak, baguslah. Tentang minta duit tuh bagus. Mempastikan nafkah anak awak ada sepanjang masa. Kalau dia ngelat nak bayar, jgn teragak2 bawa kes nih ke pihak berkuasa. Make sure dia bayar. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minta maaf jika jawapan saya membuatkan en epoll sentap.. mungkin juga marah dan kecewa dengan sikap saya. Saya minta maaf sekali lagi.. saya tak berniat begitu.. saya cuma ingin menerangkan situasi yang sebenarnya, apa yang berlaku sebenarnya dan yang paling penting.. apa yang sebenarnya ada dihati saya.
      Sebenarnya saya memang jarang.. sangat2 jarang bercerita tentang dia dengan sesiapa.. saya tak pernah membenci dia kerana apa yang berlaku kepada kami telah pun diatur oleh Allah. saya redha dengan ketentuanNya..
      Cuma sesekali je saya luahkan di sini.. hanya untuk berkongsi cerita dengan rakan pembaca.. Mungkin boleh dijadikan iktibar jika sesuatu berlaku didalam hubungan mereka.
      Hubungan kami masih baik.. tapi tidak bermakna saya memerlukan dia.
      Demi Allah.. saya tak pernah berdendam dengan dia.. jadi mungkin kerana itu Allah mempermudahkan semua urusan anak2 dan hubungan kami sebagai ibu dan bapa.
      Terima kasih diatas komen en Epoll.. jangan serik ya?
      Selamat hari raya Aidilfitri dan saya mohon ampun dan maaf.. zahir dan batin..saya tau.. saya telah menyakiti en epoll.. maafkan saya..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails