Sebenarnya masa boss aku cakap yang aku akan jadi fasi untuk bengkel tu.. aku terus terduduk.. maknanya aku kena kumpul bahan untuk persembahan dan handout nak kasi peserta. Lagi 1.. diaorang tu nak ke dengar budak SPM n jawatan hanya kerani je bagi ceramah??? Terasa rendah diri aku yang kurus tinggi lagi langsing nie.. hehehehehe...
Tapi aku kena juga hadapi.. nak kata tidak memang tak boleh.. sebab aku rasa itu cabaran yang boss aku berikan pada aku.. yelah.. bukan senang tau pegawai nak kasi kebenaran pada kerani tuk ngajar pada cikgu-cikgi nie...
Diam tak diam.. masanya pun sampai.. bahan-bahan aku dah siapkan. Aku tunjukkan pada boss aku.. dia setuju dan puas hati. Cara bagaimana untuk aku sampaikan.. terpulang pada aku.
Berhari-hari gak aku berlakon.. dalam keta.. dalam bilik tido.. dalam bilik mandi.. dalam toilet.. dalam dapur.. atas katil.. sebelum tido.. semuanya aku bantai.. ada masa terluang je aku mula berlakon.. berangan.. hehehehe.. Yang beno nya aku nak tingkatkan keyakinan diri aku.. dan juga nak berlatih bercakap depan orang ramai..
Bukan aku tak pernah buat pengucapan awam pun.. cuma biasanya aku bercakap depan orang yang sama level gan aku.. tapi kali nie.. lain sikit.. nak ngajar orang pandai nie.. terutama yang belajo tinggi.. kita kenalah lebih tinggi akalnya atau lebih tinggi keyakinannya.
Ok.. layan gambar je lah.. nak citer panjang-panjang pun aku malas.. sebab aku memang malas.. hehehehe..
Aku dapat 2 tajuk.
1. Bengkel Pengurusan Sistem Fail
2. Bengkel Pengurusan Perolehan Bahan
Sessi soal jawab... Feedback memang baik. Semua bagi kerjasama dan ingin belajar.
Cara tebuk lubang pun kena ajar.. ukurannya..
diorang nie selagi boleh ditebuk.. diaorang tebuk.
Yang nie hari ke2.. slot aku tak de..
tapi sebelum balik aku kasi sikit tips pada diaorang cara-cara mudah nak mengemaskini fail.
Cara orang malas buat keje.. akulah tuuu... hehehehehe..
Alhamdulillah.. aku berjaya selesaikan tugasan aku.. Rata-rata peserta gembira dengan slot aku. Mereka dapat input yang banyak.. selama nie semuanya main hentam kromo je.. lepas aku terangkan barulah mereka sedar yang mereka sebenarnya perlu mengikut Arahan Perkhidmatan. Lagipun bukan susah pun nak buat.. benda dah ada.. teruskan dan buat penambahbaikkan...
Aku menarik nafas lega.. kerana aku dah setapak langkah dihadapan mereka.. walaupun tak boleh rasa selesa.. tapi bolehlah aku tido dengan senyuman.. :) :)
No comments:
Post a Comment