Monday, April 16, 2012

Saga..


Akhir-akhir nie.. penyakit aku datang balik.. kalau malas mengarang tu.. biasalah.. memang normal pada aku. Tapi kali nie sakit aku agak kritikal. Aku malas nak membaca. Dan aku rasa ianya 1 kerugian yang tak de tolok bandingannya.
Napa ntah aku kena penyakit nie? Ada sebab yang khusus ke?? Atau aku saja je cover line konon2 aku kena penyakit malas sedangkan aku sendiri yang malas membaca.?? Kononnya tak nak salahkan diri sendiri.. Shame on me... :(

Eeemmm.. sebenarnya aku sendiri tak faham. Tetiba je aku hilang keseronokan membaca. Aku selalu je letak buku yang aku nak baca dalam handbag atau dalam kereta.. tapi harapan tinggal harapan.. Jadi pekasam akhirnya.

Banyak buku yang aku dah beli... antaranya :-
Bumi Merah - Habiburrahman El Shirazy
Dendam - Affifudin Omar
Interlok - Abdullah Hussin
Kalau Kain Panjang Sejengkal - A Samad Ismail
Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid ( Nan- jangan marah akak ek??)
Diari Mat Despatch, Diari Mat Despatch Edisi Lelaki Baik,  Diari Mat Kilang - Behruddin Bakri

Adakah kerana kisah dalam novel nie terlalu berat atau jalan cerita yang tidak menarik dan jauh dari hati aku menyebabkan aku jadi malas membaca?? Taklah.. tak.. bukan sebab tu.. Semua buku yang aku beli memang cerita dari genre dan pengarang yang aku minat dan kagumi..

Contohnya macam Interlok.. aku dah dapat buku nie rasanya dah dekat 2 bulan. Aku baca sikit je.. tapi pembacaan aku terhenti.. aku jadi jemu dan muak.. Aduyaiii!!! sedih rasanya..
Sebenarnya bukan buku tu je.. semua buku yang aku list kan kat atas.. aku dah baca sikit.. adalah dalam 5-6 bab aku baca.. lepas tu.. semuanya aku susun semula dalam rak.

Tapi kan.. ntah napa sabtu lepas aku jadi kemaruk semula..  Pelik aku dengan sikap sendiri sebab.. buku lain aku boleh selitkan semula kedalam rak.. tapi tidak buku nie..
Aku tak ingat kali pertama aku baca buku nie.. tahun bila.. beli dimana.. tapi kisah nie memang best!!! Superb..

Aku juga tak ingat dah berapa kali aku ulang membaca buku nie semula.. Tapi masih tak jemu dan masih aku mahu mengulang lagi pembacaan aku..

Kisah seorang pemuda yang cuba untuk berbakti dikampungnya bersama 2 sabahat baik beliau. Cuba untuk menjadi perintis kepada pembangunan dikampung Batu Ragi, Segamat. Buku nie macam ada daya penarik yang tersendiri. Dari segi penceritaan, dari segi bahasa, dari watak-watak yang ada sepertinya hidup dialam nyata. 

Tanpa jemu aku ulangi pembacaan aku.. Tanpa jemu aku masuk kembali kedalam dunia SAGA.. tak pernah jemu dan aku yakin aku tak akan jemu.




Minat aku pada pembacaan yang berat mungkin dah berkurangan.. Mungkin kerana kemunculan sesuatu yang baru dipasaran buat kasih dan tumpuan aku beralih arah. Buat hati aku berubah.. Kemungkinan tu memang ada.. dan aku sebenarnya puas bila bersamanya.. Baca yang 1 nie je...  sori bukan buku tapi majalah.. majalah yang 1 nie je dah buat aku lupa senarai diatas.. kecualikan SAGA ye???



Tenang jiwa bila membacanya.. :)


2 comments:

  1. Salam umi... Saya pernah peram buku saga 2 & 3 yg dibeli di pwtc krn tidak jumpa saga awal utk dibaca. Sehinggalah saya bertugas di segamat, seorg rakan meminjamkan buku bapanya yg tlh hilang kulit krn dibeli thn 1976. Saya sgt teruja n terus mbaca ketiga2 buku tsebut dgn penuh kepuasan. Bahasa yg sgt indah n lokasi yg dpt sy gmbarkn dlm buku tsbt krn tinggal d.segamat. ...Lebih teruja bila dpt bjumpa cikgu Talib dlm bengkel n sy terus mengumpul semua penulis kegemaran saya ini. Teruskan mbaca sesuatu yg menenangkan n mjadi minat kita. Wallahualam.


    novel penulis.kegemaran saya ini...Bbengkel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      maaf kerana lambat membalas komen anda..
      membaca saga umpama mendapat secupak emas.. puas..
      kita seperti berada disana disaat membacanya..
      lambakan novel dipasaran sekarang tidak pernah dapat menandinginya..
      terima kasih diatas perhatian anda.. gembira brkenalan dngan anda kerana kita punya minat yang sama..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails