Monday, April 23, 2012

Dasar Jantan!!!

Aku memang marah dan geram..

Marah sebab.. dulu.. dia nak sangat kawan gan aku.. merayu2.. pagi, petang, siang dan malam..

SMS dan call, aku tak ingat berapa ratus kali sehari. Aku tak layan.. aku ignore.. tapi dia tak putus asa.

Sanggup datang Tangkak cari aku. Tunggu aku berjam-jam di Masjid Tangkak.. tunggu kat Dataran Tangkak, tunggu kat Bus Stand Tangkak.. Padahal memang aku dah cakap aku tak nak jumpa.. Dah dekat 2 jam menunggu.. aku datang gak.. sebab aku kesian.. tak sampai hati.

Masa raya pun.. dia sanggup datang Tangkak cari aku. Dia sanggup tinggalkan anak bini dia kat rumah semata-mata kerana kononnya cinta pada aku.

Macam-macam kutukan yang dia berikan pada isteri dia. Macam-macam keburukan isteri dia yang dia ceritakan pada aku.

Tak pandai kemas rumah, tak pandai masak, tak pandai jaga hati suami, tak pandai layan suami kat tempat tido.. macam tido dengan tunggul kayu, tak pandai nak jaga anak, bangun tido lambat. Basuh baju pun malas..  Tak pandai nak jaga badan sampai dah macam guni beras sampai tak selera nak tengok.. apalagi nak "bersama".

Macam-macam gelaran yang dia kasi bini dia. Aku muak.. aku jelak.. aku bosan.. aku benci..

Dia dok citer gan mak dia, nak kawin dengan aku.. dia dok citer gan bini dia, dia nak kawin lagi 1.

Padahal aku tak pernah kasi kata putus pada dia.. dari tahun 2009 sampailah puasa tahun 2011.. dia asik mengejar aku.. Aku ambil langkah untuk mendiamkan diri.. aku malas nak layan sangat sebab rasa aku tak perlukan lelaki macam nie untuk dibuat suami.

Tapi!!!!!!!!!!!!! Hari nie aku betul-betul angin.. aku geram sebab aku rasa dia memang dah menipu aku. Tak selera konon!!!!!!... Abis yang tersembul keluar lagi 1 anak tu apa????

Dasar jantan!!!

Aku tak kesah dia dapat anak lagi kalau dia tak hina bini dia.. nie dah hina bini dia macam-macam... dah puas bini dia dia kutuk.. dia samakan dengan itu dengan ini.. tetiba je boleh beranak kan?? Agak-agak ko benih sapa tu???

Aku bukan cemburu atau aku kecewa.. tapi aku rasa macam...eeehhmmmmmmmmm.... Jantan jenis apa dia nie ek???
Kau hina bini ko.. tapi dalam masa yang sama kau "bersama" dia.. Ok.. tanggungjawab.. tapi.. tolong jangan hina dia then baru ko cakap ko hanya nak tunaikan tanggungjawab ko.. memang macam ****kan????

Nasib baiklah aku nie memang jenis tak nak ganggu rumahtangga orang.. kalau tak.. dah compon2 aku sms pada bini ko semua sms kutukan ko pada dia.. Nak???????

Dasar Jantan...........

p/s : Nasib baik aku tak terima dia..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails