Friday, April 6, 2012

HFMD


Dani dapat MC 2 hari.. aku risau sangat-sangat.

Rabu lepas Dani mengadu ada bintik-bintik pada tapak tangan, tapak kaki dan mulut. Aku taklah terfikir benda lain selain dari demam campak.

Malam tu juga aku bawa dia ke Klinik Kesihatan..

Aku terkedu dan terkejut.. Dani kena HFMD.. atau nama panjangnya.. HAND, FEET & MOUTH DIASEASE..
Aku ingatkan penyakit nie hanya akan menyerang kanak-kanak diantara umur 1-5 tahun. Rupanya boleh juga kena pada kanak-kanak yang lebih besar.

Tak taulah dari mana datangnya penyakit nie.. camne bleh berjangkit pada dia. Dalam mulut Dani dah penuh dengan bintik-bintik... dah jadi ulser dah. Cian dia.. bibir kering dan susah nak makan. Bayangkan.. budak kuat makan tak boleh nak makan??

Aku ingatkan penyakit nie sekarang hanya terdapat di Malaysia Timur je.. tapi kat Singapore pun banyak kes yang dilaporakan. Kat Ledang pun banyak. Kawan aku yang keje nurse cakap Ledang dah jadi kawasan panas.. banyak kes yang dah dilaporkan. Aduyai...

Malam semalam sebelum tido.. kami berbual.

"Baby ok tak?"

"Sakit umie. Nak telan air liur pun susah."

"Sabar ye sayang?"

"Ok.. baby tau.. Allah tengah uji baby." Aku sebak tapi aku lindungkan dengan mencium dahi dia.

"Ustazah ada cakap, sakit tu penghapus dosa-dosa yang lama-lama."

Aku peluk Dani.. Aku tersenyum dan gembira dengan kata-kata dia, cuma terfikir.. anak sekecil nie mengingati dosa-dosa yang dilakukan yang entahkan ada entahkan tidak.

Sedangkan aku yang dah tua nie sentiasa saja alpa.. Allah... Tersedar aku dari khayalan dunia..

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.


Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

Baca artikel penuh selanjutnya di iLuvIslam. sakit-antara-penghapus-dosa-dan-peningkat-darjat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails