Wednesday, December 28, 2011

Taik Mata vs Yahoo Messenger

Rabu.. dengan taik mata selepat.... sememeh menggantikan maskara di bulu mata dan kuping-kuping nya di sekitar kelopak mata yang menggantikan eyes shaydow.. aku memandu kereta menuju ke pejabat.

Aku sendiri geli nak tengok mata aku depan cermin.. apatah lagi orang bakal aku temui nanti. Tapi aku terpaksa sebab MC dah abis.. opis akan kosong kerana 2 pegawai yang dah ambik cuti rehat dan sorang lagi akan ada tugasan diluar.

Teman aku sekarang hanya tisu dan ubat titis.. OK!! ini serius!!!!!!.. mata aku blur.. tak berapa nak nampak.. even kalau aku pakai cermin mata aku.. ianya tetap blur...

Pagi nie selesai aku uruskan kerja-kerja yang dah seminggu terbengkalai.. failkan apa-apa surat yang patut aku failkan.. dan selebihnya aku selitkan aje kat dalam fail tugasan harian aku.. aku ngadap komputer..

Berbual gan adik nans yang memang suka 18sx.. (ahaksss.. jgn mare ek??) bercerita tentang macam-macam kisah.. kisah Ombak Rindu.. yang memberi komen setakat kedai kopi punya komen yang rasanya lagi ganas dari komen aku yang lepas.. daripada novel ke filem tidak membina minda..... semua nak membuai perasaan org bangsa kita, kisah dijual, kisah dirogol, kisah dimadu semua tu nak telanjangkan kehidupan masyarakat kita... Benda yg kita tahu mmg ada dlm masyarakat kita, jadi bila dibuku atau difilemkan apa yg penulis nak adalah perasaan pembaca dan penonton. So jadi la seperti cam cite sembilu.. maria mariana... permainan emosi penonton dan pembaca.... seperti angan-angan nak jadi ayu masa baca budak setan.. ( yang nie aku sentap!!!.. sebab aku pernah berangan nak jadi AYU)... hehehehehe..

Aku setuju dengan pendapat dia.. banyak novelis atau pembikin filem di Malaysia sekarang nie menghasilkan filem-filem yang mengkhayalkan penonton dan pembaca.. Sebab tu aku semakin kurang membaca terutamanya novel..

Mungkin juga faktor umur.. menyebabkan aku rasa aku lebih berpijak di bumi yang nyata sekarang..

Nan ada juga cakap.. kita dah berjaya membina bangsa yang membaca.. tapi kita tak akan berjaya membina bangsa pemikir jika bahan bacaan yang di sogokkan kepada generasi kita sekarang lebih terarah kepada buku-buku cinta yang sememangnya melambak dipasaran.

Setiap kali aku ke kedai buku.. MPH.. Popular.. di rak buku-buku novel melayu.. penuh dengan remaja perempuan atau adalah kalangan wanita yang seusia aku atau bawah dari aku. Tapi aku nak ingatkan ya.. tak semua.. tak semuanya yang akan mencari novel-novel nie..

OK.. stop kisah tu dulu.. tak mau menyakitkan hati sesiapa.. sebab aku bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas atau memberikan pendapat waima nasihat kepada golongan ini. Aku pernah melalui fasa tersebut.. tapi Alhamdulillah.. aku tak termasuk dalam golongan yang boleh dikatakan dengan obses.

Air mata yang meleleh nie meninggalkan kesan..iaitu taik mata.. aduyai... sori.. nie bukan air mata sedih.. tapi air mata sebab sakit mata.. hehehehehe... aku tinggalkan kalian dulu..

p/s : apa motif aku post entry nie ek???

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails