Friday, October 28, 2011

Ralat..

Malu Den.. Nyuruk jap bawa gebor (perkataan nie kalau org Muo tak tau, aku tak tau nak cakap apa) hehehehe..

Terima kasih kepada Tuan Fakur yang menegur..

Sebenarnya dalam entry Mari Mencuci Mata Part 3.. a.k.a Callo Ganu..
tarikh sebenar aku berkursus pada 17 - 20 Oktober, 2011.

Jadi semua bila baca tu.. anggaplah tak nampak perkataan November ek??

Terima kasih tuan...

Mujur Lalu Melintang Pukang...

Pelik aku gan blog nie.. puas aku betulkan... senget benget gambarnya.. tulisannya.. lepas tu jaraknya jauh2.. ada yg rapat sangat jarak gambar dengan ayatnya.. ada yg jauh sebatu...

Rasanya dekat 2 jam dari petang tadi aku betulkan.. tetap tak boleh..

Jadi.. aku REDHA jelah dengan apa yang ada, dengan apa yang keluar dalam blog nie..

Harap-harap korang boleh terima dan baca ek??

Sekian, terima kasih...

Mari Mencuci Mata Part 3... a.k.a Callo Ganu...

Callo Ganu..
17-20 November, 2011 aku berbengkel di Kuala Terengganu.. Hotel Grand Continental..

Aku tau napa aku terpilih.. aku tau sapa yang pilih aku.. aku menolak.. tapi dia beria-ia nak aku hadir. Kami dah lama tak berjalan sama-sama..

Maaf semua.. kami hanya berkawan baik.. sayang.. ya.. aku sayangkan dia.. cuma tak terluah.. biarlah aku pendam dalam hati saja.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pentadbiran..

Aku demam sebaik saja sampai di Kuala Terengganu.. Batok sampai hilang suara.. Dah macam suara itek serati dah.. (camne ek sora itek serati?) hehehe..

Aku terpaksa minum ubat batok je.. nak ke klinik memang tak dapat.. bukan aku tau pun kat mana kliniknya.. lagipun kelas penuh.. daripada pegi klinik baik aku pegi pasar payang.. hehehe...... soping dowhhh...
Pemandangan dari bilik aku.. taklah menarik mana.. tapi redha jelah.. hehehe...





Rodziah, akak izan dan aku..



Acara wajib.. mengabiskan skeleng.... hehehe... skeleng tu aku dapat dari seorang kenalan.. maksudnya.. MONEY...



Jus buah gelas besar. Kedai jus buah pior tutup.. tak dapat le nak rasa.. diorg kata lagi sedap



Sessi perbincangan.. aku macam tekun sangat... padahal aku puas nak memahamkan pekeliling tu... hehehe.. Big boss... Sporting... Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.. Haaa.. nie katPantai Teluk Ketapang.. makan udang, sotong n ikan yang digoreng dengan tepung... bagi aku biasa je.. yg luarbiasa sebab makan kat Kuala Terengganu. Katalah aku makan kat Tangkak ke, Medan Ikan Bakar Sabak Awor ke, Medan Ikan Bakar Terapung kat Umbai ke.. tak delah masuk dalam blog kan?? hehehehe.. sedaplah.. lawan gan sosnya..
Nie saja.. nak wat kecur orang yang nengok... padahal... sama je.. Masa nie aku boring sebab diorg citer bab duit. .semuanya JOTA-JOTA.. Pening kepala aku.. kalau citer2 tu nak campak kat aku barang SEJOTA. tak pelah juga kan?? mau dan-dan tu juga aku pegi NOOR ARFA BATIK.. hehehehe.. Acara makan malam. Makan steamboat. Sedapppp...
Melayu nie.. seksi.. sekali aku request lagu GOYANG INUL.. penyanyi nie punya gelek...
aku punya kepala pun gelek gak.. gelek sebab malu.. hehehehe...




Acara Penutup..
Posing sebelum amik sijil.. masa nie aku ngah mogok, bengang, sakit hati, sakit jiwa dan geram.... sampai malas nak bersuara. Lagipun suara memang dah tinggal hujung2 tekak.. antara dengar dan tidak.. Yes!!!.. berjaya menamatkan kursus.. dapat sijil.. lepas nie boleh tolak kursus yg bakal diadakan. Sebabnya.. Kompetensi dah mencukupi..

Mari Mencuci Mata Part 2...

OK.. serius.. nie cabaran pertama yang aku dapat selepas aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Aku betul2 dicabar kerana mereka yang tercalon dan ketua mereka yang tak puas hati camne aku boleh dapat augerah tu..

Disebabkan aku dah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, opis aku pun dah dapat Anugerah Pengurusan PKG Cemerlang dan opis aku juga merupakan perintis bagi program Pemantauan Pengurusan Latihan.. maka sebagai TULANG BELAKANG pada semuanya yang tersebut diatas.. maka aku diamanahkan untuk menjadi Fasilitator bagi Bengkel Pemantauan Pengurusan Latihan.

Tolong sikit ek?? apa ingat aku takut?? cewahhh.. hehehehe.. berdebar2 juga. tapi Alhamdulillah.. boss aku banyak membantu menyediakan kertas kerja dan sabar menjawab soalan2 tak lojik dari aku. hehehehe.. thanks boss.....


Ada gaya tak???






Sekian ceramah saya pada hari nie.. jadi kalau nak dapat markah cemerlang.. sila ikut format saya.. jangan banyak soal.. hahahaha... best tak ayat aku tu??


Yang penting tugasan tersebut dapat aku laksanakan.. dan dapat menutup mulut orang tak puas ati tu.. jadi.. lain kali.. jangan pandang orang sebelah mata. Kadang-kadang orang yang senyap nie.. berisi tau.. aku memang jenis kepo.. tapi kepo aku, bukan kepo tong kosong.. aku tak nak tunjuk je.. takut jadi riak.. cehh!! cakap macam pandai beno aku nie.. hehehehe...


Jomlah.. masuh siri ke 3 pulak.. malas nak ingat pasal nie lagi.. buat sakit hati je..

Mari Mencuci Mata Part 1..

Kita bahagikan acara ini kebeberapa bahagian ye.. perlu di ingatkan.. akan berlaku goyangan pada mata kalian sebab. .goyangan pada kamera.. Kamera aku rosak.. jadi kenalah pakai kamera HP aku.. raya paling tak best sebab kamera tak de.. hehehehe...

Anis...
Sayang umie..

Family Potret (selepas 3 kali cubaan baru tak ada goyang inul)


Musuh ketat aku.. (adik lelaki)

Cucu-cucu atok Sinam

Hafiz in the making.. namanya Fawwaz..





Jamuan Hari Raya..



Dani

habis.. semuanya lapar.. beriyani kambing.. sedapppp....


Adib.. begitu menghayati..

Keterlaluan...

Keterlaluan rupanya kemalasan yang melanda aku.

Sampaikan semuanya cerita yang sepatutnya aku tinggalkan disini.. hanya tinggal cerita.. cerita yang hanya bermain dikhayalan aku.. yang selama nie hanya terkarang di bibir aku.. tak satu pun aku sempat atau mahu aku luahkan di sini... bukan tak mahu.. tapi MALAS...

Betullah cakap orang.. Malas nie memang 1 virus.. sekali dah masuk dalam badan.. menjalar mengikut aliran darah.. memang selamanya akan tertanam disitu.. Beraja Dimata.. Bersultan Dihati.. pergh!!

Ok.. aku stop disini.. tak nak membebel lama2.. entry selepas nie.. aku hanya akan meninggalkan gambar2 kenangan sepanjang aku meninggalkan bidang blog nie.. hehehehe..

Banyak rupanya image yang aku telah rakamkan dan simpan sepanjang 3-4 bulan lepas. Termasuklah yang paling terbaru iaitu minggu lepas dimana aku berkursus di Negeri Cantik Budaya Menarik. Perjalanan yang memenatkan dan sesekali kekesalan terlintas difikiran kerana gatal sangat nak ikut serta.

Lagi bagus kalau aku tak pergi... Nyesal dahulu pendapatan ya kawan-kawan?? Callo Ganu... hahahaha...

Wednesday, October 5, 2011

(Everything I Do) I Do It For You...

Aku rasa inilah kali pertama aku menulis dengan menggunakan ayat bahasa inggeris sebagai tajuk.

Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah lagu nyanyian Bryan Adam.. Lagu nie memberikan banyak kenangan manis buat aku...

Siapa sangka... aku sendiri tak menyangka yang aku akan berkawan rapat dengan seorang pemuda berbangsa cina.

Kami sebaya.. Orangnya cute dan comel. Aku suka pada dia.. tapi sebagai kawan saja.

Kami mempunyai minat pada penyanyi yang sama.. bukan Bryan Adam saja.. ramai lagi penyanyi inggeris yang kami minati..

Hobi kami juga sama.. Kami berkawan sewaktu kami berusia 21 tahun dan sejak itu kami rapat. Bekerja dikilang yang sama, aku dibahagian Admin dan dia sebagai Juruteknik. Jika salah seorang dari kami tak datang kerana bercuti.. pasti ada yang tak keruan.. semuanya serba tak kena. Terasa sunyi dan kosong hidup kami.

Kami banyak menghabiskan masa bersama.. makan bersama, keluar bersama, shopping bersama, lepak bersama... Kami boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan hanya mendengar lagu2 kegemaran kami dirumahnya.

Dia selalu bawa aku balik kerumah dia.. dimana ia tinggal hanya bersama dengan ibunya.

Auntie baik pada aku.. dan pernah bertanya samada aku ingin mengahwini anak dia atau tak... aku hanya tersenyum malu.. siapa yang tak mau??? cuma yang mendatangkan masalah.. kami berlainan bangsa.. sudah tentu mak aku tak akan benarkan.

Pada hari perkahwinan aku.. dia datang. Wajahnya merah.. matanya bengkak.. sukar aku melihat senyuman dia. Dia hanya memerhatikan aku dan apabila aku memandang padanya.. hanya pandangan yang sayu aku lihat diwajahnya..

Tengahari tadi aku mendengar lagu ini diradio. Dan tentu sekali aku akan terbayang wajah sayu nya..

Andrian Ong... Kamu sentiasa abadi didalam hati dan ingatan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails