Wednesday, August 29, 2012

Sekilat Intan Selayang Sutera

Majlis Persaraan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Parit Jawa dan juga Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012. 

Majlis berlangsung malam semalam 28 Ogos, 2012 di Hotel Pelangi, Muar. Kali ni aku bawa anak-anak sekali. Tak sedaplah kalau aku datang dan makan sorang-sorang je. Kesian kat anak-anak. 

Tugasan aku seperti majlis yang lepas.. menguruskan Cenderahati untuk pegawai yang bersara. Semuanya berjalan lancar.. majlis nie berlangsung dalam suasana yang ceria dan gembira. 


















Majlis selesai pada jam 11.00 malam. Aku terus balik sebab dah mengantuk dan penat. Anak-anak pun sama. Kesian pulak anak-anak sebab pagi nie dah nak sekolah. Tak pe.. sesekali je kan??

Monday, August 27, 2012

Raya Sakan

Salam Aidilfitri..

Nie gambar pilihan sepanjang Aidilfitri.. Kali nie raya aku amat bermakna kerana kawan-kawan baik aku datang beraya dirumah pada hari raya pertama. 

Azhar sekeluarga datang pagi raya selepas Solat Aidilfitri. Aku ajak makan ketupat dia tak nak.. pilihan dia.. ubi rebus, sambal tumis, ayam masak merah dan kopi O.. Menu wajib mak.. ubi rebus.. 

Kawan baik aku, Nor dan Mala datang petang raya.. Pada raya ke-3 aku bertemu semula dengan Tipah dan Saryah. Lama dah tak jumpa.. hampir 20 tahun. 

 Azhar & keluarga


Nor, Tipah dan Saryah.. 


 Sessi mengurut dengan anak buah aku di Tesco Semenyih 









 Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 Pejabat Perdana Menteri, Putrayaja

 Adik Baby kat Penang nak kutip duit raya.. umie rindu baby nie..

 Belated birthday celebration untuk Dani.. my Abang Baby.. 

 Anas a.k.a bulu selai.. cucu sedara aku. Tak reti dok diam.. 

 Lunch treat.. Cekwa belanja.. raya ketiga.




 Petang raya.. my beloved best friend..
Seingat aku kali terakhir kami beraya bersama pada tahun 1997.. sebelum aku nikah. 

Baby Wafik.. baby raya tahun lepas..

Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri

Saya memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan.
Salam keampunan dari saya sekeluarga.

Sarinah, Lyana Yasmeen, Muhammad Adib Hakimi dan Muhammad Dinie Khalis..







Tuesday, August 14, 2012

Jawapan Tentang 4 Hati..

Terima kasih Encik Epoll diatas komen yang ditinggalkan..

Sewaktu saya menulis kisah tentang 4 hati.. saya pasti ramai yang akan tertanya2 soalan seperti yang encik suarakan..

En Epoll tentu salah seorang rakan saya di FB.. jawapan saya mudah.. cari sendiri.. adakah dia tersenarai didalam senarai saya??

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI..

Untuk pengetahuan semua.. kami mempunyai anak.. Anak-anak saya melayari FB dengan kebenaran saya dan password mereka pun saya yang ciptakan...

Saya selalu memantau aktiviti anak-anak saya di FB.. Ya! mereka masih dibawah pengawasan saya. Bila-bila perlu saya akan  buka FB mereka.. bukan untuk skodeng orang lain.. tapi hanya memantau aktiviti anak-anak, selain dari membaca pesanan-pesanan yang masuk kedalam PRIVATE MESSAGE..

Lyana telah berumur 13 tahun.. Dia masih terlalu mentah.. saya terpaksa mengawal aktiviti dia.. saya tak nak anak saya terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang sekarang nie semakin berleluasa. Alhamdulillah.. dia menggunakan FB hanya untuk bermain game.. minat dia pada anime dari Jepun.. jadi buat masa nie.. tiada PM yang mengarut dia dapat dari mana-mana lelaki.

Adib.. nie betul-betul saya kena jaga.. Dia pernah dapat surat dan sms CINTA dari seorang pelajar lelaki.. Adib diminati oleh pelajar lelaki?? Serius... saya tergamam.. bengang.. marah.. dan geram.. Jadi aktviti dia saya perlu pantau dan awasi.. Buat masa ini.. tiada masalah..selepas saya berjaya mnghubungi pelajar tersebut.

Dani.. Dia mentah lagi.. jadi tanggungjawab saya sebagai ibu perlu saya jalankan.

Baiklah.. sekarang saya perlu jawab soalan Encik Epoll.. Anak-anak saya termasuk dalam senarai keluarga bekas suami saya..

Kalau Encik Epoll pengguna FB.. tentu encik tahu dan faham maksud saya.. Apa saja aktiviti mereka.. akan dapat dilihat sama sendiri.. Segalanya.. termasuk komen.. wall post.. gambar yang dimuat naik.. dan sebagainya kecuali jika telah di UNSUBSCRIBE oleh pihak yang lagi 1.

Disinilah saya nampak gambar tersebut.. mula-mula saya tak ambil pot sangat.. tapi selepas Dani mengadu pada saya (telah saya post pada entry yang lepas).. barulah saya membaca..

Dari situlah saya mendapat idea untuk menulis pada entry 4 Hati..

Untuk pengetahuan Encik Epoll.. saya tak pernah skodeng dia.. TIDAK SAMA SEKALI.. tidak terlintas difikiran, walaupun sebesar hama.

Minda dibawah sedar saya pun tak pernah sama sekali memerlukan dia.. Jap-jap... ya.. saya perlukan dia.. atau secara tepatnya saya cuma perlukan DUIT dia.. untuk nafkah anak-anak saya.. Tapi bukan sebagai teman hidup saya..

Maaf.. agak emo pagi nie.. kerana komen awak sama seperti ayat-ayat mak saya.. jika saya "TER" cerita sedikit tentang bekas suami pada anak-anak... yelah.. kadang-kadang saya bercerita tentang apa yang saya ingat tentang dia pada anak-anak kerana saya tak nak mereka jauh dari babah mereka.

Saya tak perlukan dia.. saya dah puas menangis kerana dia.. saya tak nak buang airmata dan masa lagi.. Entry 4 Hati hanya untuk dikongsikan dengan semua rakan-rakan pembaca..

Terima kasih..

Friday, August 10, 2012

4 Hati...

Aku tau aku tak patut marah kerana semua yang berlaku telah diatur oleh Dia.

Aku cuma bengang je... Bekas suami post gambar dia sekeluarga di FB.. dia bersama isteri dan 2  anak lelakinya.. Tengok pada komen2 yang masuk.. wahhh... beria2 masing-masing memuji tentang kebahagiaan keluarga tu..

Aku nak je komen mengutuk.. tapi akal aku menidakkan tindakan aku.. lagipun tak de guna aku nak huru-harakan keadaan.. kang tak pasal2 orang cakap aku giler talak... ooo Nehi kabi Nehi!!!!

Aku tak sekali-kali nak giler talak... insya Allah.. tidak... Dani pulak boleh cakap.. kenapa kita tak de gambar macam nie nie?? Kenapa babah tak pernah ambil gambar dengan kita?? Aduh!!! Lemah rasa badan aku.. tiada jawapan.. hanya senyuman dan pelukan yang mampu aku berikan.

Keluarga bahagia konon!!!! Tolonglah ya... keluarga tu bahagia diatas kelukaan 4 hati lain.. 4 hati terpaksa korbankan kasih dan sayang demi memberikan kebahagiaan pada keluarga tu.. atau lebih tepat lagi, 4 hati nie berkorban demi cinta mereka pada seorang lelaki yang tak pernah nak menghargainya.. berkorban hanya untuk memberi peluang kepada sepasang kekasih yang kononnya tak boleh nak dipisahkan lagi...

4 hati nie bukan tak pernah merayu agar tidak ditinggalkan.. tapi katanya dia tak mahu hidup bersama hanya kerana cinta sedangkan dia perlukan harta.. ya.. dia berjaya menawan wanita yang berharta.. yang berkerjaya.. jadi buat apa menunggu lagi? Hidup bersama 4 hati ini hanya menyusahkan diri. Jadi rayuan 4 hati tu hanya dipandang sepi.. berpaling dan melangkah pergi.

Betapa sukar 4 hati nie memujuk perasaan sendiri. Meredhakan dan merelakan diri menerima situasi baru yang serba asing.. mengakui hakikat yang diri telah kehilangan kasih-sayang seorang lelaki bergelar suami dan ayah.. Walaupun bukan mudah tapi sabar adalah kunci kepada segala-galanya.. dan kini 4 hati telah menerima keadaannya.. Kembali gembira membina dunia mereka sendiri.

p/s : terngiang-ngiang ditelinga.. "Aku tak nak hidup susah lagi!! Aku tak nak hidup hanya dengan cinta kau.. aku tak makan cinta.. aku makan guna duit."

Friday, August 3, 2012

Gila Bayang

Makkkk!!!!!! Cheq nak kawennnnnnn....

Alahai aku gila bayang dengan mamat nie.. aku dah lama jumpa dia.. keje kedai tayar.. aku memang biasa tukar atau check tayar kat kedai nie.. 
Kali pertama jumpa.. dia tukar tayar aku.. then masing-masing saling berpandangan.. memang macam magnet tau.. sukar untuk aku melarikan mata aku dari dia..dia pun sama sebab kalau mata kami bersatu je.. kami akan tersipu-sipu malu dan tersenyum.

Setiap kali aku kesana.. dia yang akan melayan aku.. kami jarang berbual.. cuma aku je yang rajin bertanya tentang tayar kereta aku.

Tapi semuanya setakat itu jelah.. i malu u.... hehehehe..

Kali terakhir kami berbual *tentulah tentang tayar* ialah sehari sebelum aku becuti ke Cherating. 

Aku "Ok tak tayar saya nie bang? Saya nak pergi jalan jauh nie."

Dia "Ok je nie dik. Nak pegi mana?" 

Aku "Cherating. Nak cuti gan family."

Dia "Dekat jeee... Kalau ada masalah call je kedai nie cari abang.. abang datang tolong." Sambil menjeling manja pada aku..

Aku "Alah!! Yelah abang tu...? " Aku tersipu-sipu malu.. *padahal dalam hati.. YES! YES! YES!.. *

Aku "Jangan nanti saya call.. abang tak datang pulak? Manalah tau.. saya dah sampai Kuantan ke?" Aku try nak pancing dia..

Dia "Iya.. abang datang.. walaupun sampai Kuantan." 

Kami berpandangan.. terus ketawa... wah!!!! macam dalam novel chenta pulak...

Alah... kisah chenta kat kedai tayar jek.. sebab masing-masing dah berkeluarga..

Mula-mula memang aku tak tau dia dah kawin... dan aku pasti dia pun tak tau aku dah punya anak.

Sewaktu bertembung dengan dia di Pasar Ramadhan Selasa lepas.. wajah terkejut tak dapat nak disembunyikan.. bukan dipihak aku saja.. dia pun sama..

Rasa macam terhenti jantung aku bila tengok dia berjalan bersama isteri dan anak-anaknya. Mata kami bertentangan dan muka masing-masing memang nampak sangat terperanjat. Dia terus memandang anak-anak aku.. dan aku juga bereaksi sama.. memandang kearah isterinya.

Aku cepat-cepat tersedar dan terus pergi..

*hati aku hancur umpama kaca terhempas kebatu.. huuwwaaaaaaa...*

Ntahlah?? Rasa macam ada kimia diantara kami cuma.. keadaan yang tidak mengizinkan.

Apapun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tahu yang dia telah berkeluarga.. dan dia pun tentu berperasaan sama dengan aku.. tentu kami tak akan menaruh harapan.

Tapi petang tadi.. aku ternampak dia semula.. Dia menunggu anak dia balik sekolah. Rupanya anak dia sekolah agama sama dengan Adib dan Dani... Macam mana aku boleh tak pernah terserempak dengan dia kan?? COMPIUS!!! hahahahaha.. Allah juga yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami...

Nie gambar petang tadi.. dia kenal keta aku.. jadi kejap-kejap dia pandang kearah aku.. 

CAK!!!!


Kita hanya mampu pandang-pandang dan jeling-jeling je bang... itupun dari jauh... Gila bayang aku dibuatnya...



Salam Jumaat

Tetiba je aku terajin jengah laman nie pepagi hari..

Yang buat aku terkejut campur terharu bila dapat komen dari seseorang yang aku tak kenal. Katanya dia mengikuti perkembangan aku.. wah!! tak sangka plak.. Maklumlah kan.. aku nie banyak merepek dan juga banyak entry syok sendiri dalam laman nie.. tetiba lak ada yang suka nak membaca.. jadi tentulah rasa teruja tu berada ditahap maksima..

Lagi-lagi bila dia puji aku.. wah.. wah.. wah!!.. yang nie teruja sampai ke bulan..
Tapi kena tarik nafas dalam-dalam.. menyabo kan diri yang nampak sangat gelojoh sebab dapat pujian.. maklumlah.. bukan senang orang nak puji terutama bab kecantikan kita kan?? Kita nie dari kecik orang dah panggil lebam.. kunta kinte.. mata terjojol.. ada nandek hindu.. jadi bila di puji nak-nak bila umur dah nak masuk  4series nie.. gelojoh tu berlebih-lebih plak..

Apapun aku ucapkan terima kasih diatas doa beliau.. saya pun akan doakan anda juga.

* jeling kat cik cahaya.. Kau ada?? *

Pagi nie.. setel semua keje semalam.. aku siapkan cuti raya plak..

Cuti tak de masalah.. yang masalahnya sayang kat cuti aku yang dah tinggal hujung nyawa tu. Adib n Dani plak ada masalah dengan telinga.. selang sebulan kena check up gan pakar kat Hospital Pakar Muar.. Terpaksalah aku ambil cuti.. Pening sebab tak boleh langsung nak simpan cuti..

Tapi yelah.. berkorbanlah kan??

Ok.. kita stop dulu.. aku ni menaip nie bukan apa.. sebab aku tengok, bulan lepas punya entry cuma 1 jek.. tak boleh jadi nie.. makin lama makin sikit plak.. padahal bukan aku tak de kemudahanpun.. cuma aku lebih terpengaruh dengan kemalasan aku.. sedeyyy.. hidup kena ada perubahan.. dari yang buruk kepada yang baik.. bukan sebaliknya..

Salam jumaat buat semua dan selamat menjalani ibadah puasa .. dah 14 hari dah kita berpuasa.. kejap je rasanya.. banyak lagi kerja yang aku belum siapkan kat rumah tu.. tak pe.. pelan-pelan..




Thursday, August 2, 2012

Menjelang Syawal..2012


Entry lepas aku tulis menjelang Ramadhan.. Lepas tu aku terus menyepikan diri. Tup-tup muncul semula dengan menjelang Syawal plak.. hehehehe..


Konon macam orang pangkat beso.. BIZI lah sangattttttt.... padahal...


OK.. aku malas nak buka blog kali nie.. jangan kata nak baca.. buka pun malas.. cian blog ni.. kena tinggal macam tu je.. habis madu sepah dibuang... tidak.. aku tak buang.. aku cuma tinggalkan seketika.


Kasi aku tarik napas dulu.. Semua benda aku nak fikir... semua benda aku nak buat.. Tiada rungutan cuma saja nak berkongsi cerita.


Tahun nie tak macam tahun-tahun lepas.. tiada sambutan untuk Hari Jadi Lyana, Adib dan Dani.
Tapi tak bermakna aku lupakan mereka.. Cuma tiada acara gilang gemilang. Kek pun aku tunda sampai raya. Aku nak buat sekali masa raya nanti, senang... sekali belanja je..


Tahun nie aku sakit sikit. Walaupun dapat bonus dan tunggakan gaji.. tapi ada plak yang ambil kesempatan. Belanja raya anak-anak.. tak diberi. Cuma belanja bulanan je. Tapi benda yang dah  biasa.. tiada rungutan.. telan saja apa yang datang. Cuma aku rasa suka sangat-sangat sebab dapat beli seluar jeans anak-anak hanya dengan harga RM10 dan RM15 je.. Seluar berjenama tau.. dan Alhamdulillah.. Abang aku  dah belikan t-shirt untuk anak-anak aku seorang sehelai.


Tak dapat yang kat sana.. dapat yang kat sini..


Aku masih lagi dalam angin yang tak baik. Suami kawan aku yang ganggu aku.. masih lagi menganggu.. Sampai aku terpaksa warning dia.. kalau dia masih ganggu aku.. aku akan report polis.. Lantaklah.. malas dah aku nak fikir.. senang.. serah je pada polis. 



Tetiba je muncul gambar.. tengah-tengah citer tentang benda lain.. hehehehe.. Gambar nie masa aku pergi makan kat luar... kat Umbai..

Ok... aku dah lama gak tak post gambar kan??

Aku saja je nak tayang gambar-gambar aku.. walaupun dah lama.. malas nak post satu-satu entry.. sebab banyak sangat. Tapi aku pilih-pilih je..


 Program Motivasi Kecemerlangan Murid Tahun 6.. Adib kan nak ambil UPSR tahun nie.. 
Parents lain semua aku tengok nangis masa peluk cium anak-anak.. Aku gan Adib steady je.. boleh sengih-sengih macam kerang wangi.. mungkin sebab kami dah puas nangis kot?? hehehehe..


Yang nie betul-betul buat aku risau.. Lyana dan anak buah aku accident.. 
Motor diaorang kena gesel gan kereta. Masa kat klinik.. 
Lyana diam je.. dia cakap dia cuma luka.. tiba kat rumah, dia menangis sambil pegang kepala.
Dia cakap kepala sakit.. terus aku bawa ke Unit Kecemasan. Dapatlah kitaorang naik ambulan.. n lepas X-ray.. doktor cakap keadaan dia ok cuma dia trauma.. Alhamdulillah.. 


Bengkel Pengemaskini Aset Alih Kerajaan.


 Dani ikut mak nya pegi i-City



Buat carta kat opis.. dekat 2 minggu aku sakit pinggang.. akibat daripada asik menonggeng je masa membuat bendalah nie.. Nak kasi lurus barisan.. payah.. sampai nak muntah aku tengok menda nie..
Tapi puas hati.. sebab hasil kerja dah ditampal didinding opis.. 
Tunggu masa untuk dipantau je.. 



Harimau Malaya punya semangat. Tengok bola kat tv pun kena pakai baju nie.. Malaysia lawan Manchester City.. Masa lawan Arsenal aku tak ambil gambar nya.. tak teringat plak.. 


Bengkel Jurulatih Utama HRMIS.. Wah!! dapat pangkat baru gitewwww.. Jangan takbur.. Allah tak suka.. 
* terus tunduk malu*

Nanti kita cite lagi ek?? Aku nak taip minit mesyuarat le.. Slide untuk bengkel HRMIS yang nak buat minggu depan pun aku tak siap lagi.. Tak pe..  pelan-pelan.. 

Selamat berpuasa, selamat bertarawih dan selamat berzakat.. bukan zakat fitrah je.. tapi zakat kat Bazar Ramadhan juga.. hehehehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails