Wednesday, March 14, 2012

Al-Fatihah

Aku sedih bila mengenangkan nasib kanak-kanak yang hilang dan akhirnya dijumpai tetapi hanya tinggal abunya saja selepas dibunuh dan dibakar.

Agaknya nie trend zaman sekarang.. tak suka, kita bunuh.. buat salah, aku simbah asid.. dendam kesumat, kita bakar.

Mulut, mata, tangan, kaki, lenggok badan.. semuanya wajib kita jaga.. bukan untuk diri kita saja bila kita mengadap Allah nanti.. tapi juga untuk orang lain... agar semua perbuatan kita yang melibatkan anggota yang aku katakan tadi tidak sesekali menyakiti orang lain.. baik secara fizikal mahupun mental.. kalau kita tak jaga.. silap haribulan.. dapatlah ganjaran dari orang yang kita sakiti.. kalau kena kat kita saja.. mungkin kita ok lagi.. tapi kalau dah melibatkan orang yang kita sayang.. anak-anak, ibu-bapa atau adik beradik kita.. camne???

Mak sibuk berfacebook.. anak dibiarkan kedai sendirian dengan duit dan nota. Anak kecil diusia 5 tahun disuruh mencari makanan sendiri. Umur 5 tahun.. kelaparan.. dah pukul 11 pagi tapi tak makan lagi.. ok.. dimana silapnya ye??

Aku bingung dengan kejadian nie.. sapa yang salah??

Adakah salah :-
1. Kanak-kanak 5 tahun yang kelaparan dan kekedai sendirian?
2. Mak yang berfacebook dan tak peduli anak tu makan ke tak?
3. Nenek yang menghina suspek?
4. Suspek yang dikabarkan sebagai penagih yang menyimpan dendam?

Bagi aku seorang ibu yang waras.. tak mungkin akan membiarkan anaknya yang berumur 5 tahun kekedai sendirian.. juga dia tak mungkin akan membiarkan anaknya kelaparan sehingga jam 11 pagi. Sedangkan pada masa yang sama dia berfacebook. Apa salahnya ditinggalkan dulu facebook yang tak akan lari kemana-mana tu dan dilayani dulu anak yang masih tak mengerti kezaliman manusia didunia nie???

Bila aku pandang megi dan telur.. aku teringat Allahyarham.. dia mesti meninggal dalam keadaan lapar dan kempunan untuk menikmati megi dan telur.. Kesiannya dia.. apalah dosa dia??

Nenek?? Orang tua.. memang kadang-kadang sukar nak menjaga kata-kata.. kita semua pun sama.. sukar menjaga lidah sehingga tanpa kita sangka telah melukakan hati orang lain.

Suspek?? Semuanya kerana marah dan ianya menjadi dendam...

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.
(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)

Kalau nak diikutkan pada aku nie... sapa yang tak pernah kutuk aku?? sapa yang tak pernah fitnah aku?? sapa yang tak pernah perli aku?? sapa yang tak pernah hina aku??

Bukan orang luar aja.. rakan sekerja.. malah keluarga sendiri pun pernah menghina aku.. tapi aku serahkan kembali segala-galanya kepada Allah.. aku tau... aku tak mampu membalas semuanya.. biarlah Allah yang menentukan apa yang bakal mereka dapat.. Maaf?? sudah tentu aku maafkan seikhlas hati.. cuma.. ikhlas kita nie.. hanya Allah yang tahu..

Bukan nak cakap aku baik.. takkkkk.. aku bukan orang yang baik.. cuma aku malas nak beratkan kepala otak aku dengan masalah yang remeh. Banyak lagi benda penting yang perlu aku fikirkan.. nak besarkan anak2.. nak mereka selesa dengan hidup mereka.. nak membentuk mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah.. bukan kerja mudah tau.. jadi dari melayan benda yang bukan-bukan.. baik aku layan anak-anak aku.

Itu tentang marah dan dendam..

Tentang tanggungjawab pulak??

Pada aku.. dimana tanggungjawab seorang ibu ya?? Sanggup melepaskan kanak-kanak kecil pergi sendirian.

Aku tak sanggup.. biarlah aku penat asalkan keselamatan mereka terjaga. Asalkan aku tau mereka berada dimana dan mereka dengan siapa. Anak-anak pun ada yang tak puas hati sebab aku tak benarkan mereka bawa basikal kesekolah atau berjalan-jalan tanpa aku.. Tapi aku bertegas..

Mungkin orang akan kata aku melampau.. tak pe.. asalkan anak-anak aku selamat.. Kita penat tak pe.. asalkan hati kita puas.. mak aku cakap.. biar dia menangis sekarang.. jangan kita yang menangis kemudian.

Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian??? Menangis airmata darah sekalipun, kita tak mungkin akan dapat undurkan masa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails