Saturday, March 26, 2011

Sengal...

Hari ini saya akan menceritakan kisah yang berlaku pada saya pada hari ini.

Hari ini hari Sabtu. Seperti biasa hari Sabtu dan Ahad adalah Hari Kelepasan Am saya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Ini memandangkan saya adalah kakitangan Kerajaan...

Seperti biasa setiap pagi telefon saya akan berbunyi untuk mengejutkan saya dari tidur yang lena. Pada pagi ini ianya berbunyi pada jam 6.15 pagi. Saya terus bangun dan mandi. Solat?? Tanpa segan silu saya mengaku yang saya "berCOTI" pada hari ini (Sebenarnya dah 3 hari aku berCOTI).

Selepas mandi dan bersiap secantik-cantiknya(siap pakai gincu lagi) saya mengejutkan Lyana untuk Solat. Lyana bangun tanpa banyak ragam. Saya terus mengIRON baju Melayu Adib kerana pada hari ini dia ada persembahan NASYID disekolahnya sempena Mesyuarat Agong PIBG (seperti biasa aku malas nak pegi).

Semasa mengIRON baju, saya telah mengeluarkan suara TARZAN untuk mengejutkan Adib. Dia bangun dengan cepatnya kerana dia terlalu EXCITED untuk kesekolah. Bukan saja Adib yang terjaga apabila mendengar suara TARZAN saya, Dani pun terjaga juga (pandai pun bangun).

Selepas bersilat didalam bilik (kemas katil sambil merungut, mengarah anak-anak lipat selimut) saya pun keluar rumah untuk bersarapan dan menghantar Adib kesekolah.

Lokasi seterusnya ialah Kedai Makan Meecik (Orang Tangkak mesti tau kedai nie). Dari jam 7.10 pagi saya berada dikedai tersebut sehingga jam 7.45 pagi kerana keSENGALan pekerjanya. Saya meminta roti canai. Ya! Roti canai terhidang tetapi tak de kuahnya. Setelah 2 kali minta, baru kuahnya sampai (Dah abis separuh roti canai Adib makan) .

p/s : untuk pengetahuan NOR dan kawan2 sekolah aku yang baca blog nie.. kedai meecik dah pindah lokasi dan dah jual roti canai..

Dani mula buat perangai. Mula-mula dia minta roti canai tetapi kerana terliur dengan mee goreng, telur mata kerbau dan sate sotong yang saya makan dia telah merengek-rengek dengan muka 10sen meminta menu yang sama. (Sakitnya hati aku!!) Terpaksalah aku membungkus mee goreng tersebut. (nak bungkus pun kena masuk barisan)

Selepas menghantar Adib kesekolah saya memandu balik kerumah sebelum singgah membeli Lontong untuk mak terchenta dan juga singgah untuk beli sabun basuh baju. Acara wajib saya pada hari ini adalah membasuh baju yang dah diperam selama 7 hari a.k.a seminggu. (2 bakul beso aku kena hadap)

Sampai dirumah, saya bersilat lagi (asingkan baju). Setelah mendapat 5 longgokan baju seperti barang kitar semula mengikut kategori.. Seluar 1 longgok.. baju t-shirt 1 longgok.. baju kerja saya 1 longgok.. baju dan seluar yang kecil-kecil 1 longgok dan pelbagai (kain batik, tuala, baju kelawar) 1 longgok.. saya pun mula membasuh. Baju sekolah rendam dulu.

Hari ini kerja-kerja membasuh asyik terhenti saja sebab saya terlalu asik menonton TV (Hawaii Five 0 ). Jadi kerja saya pun lambat siap.

Jadi saya rasa kisah saya berhenti setakat ini saja kerana perkara-perkara berikut :-

1. Saya malas nak taip lagi.
2. Abg Ya dan keluarganya dah sampai dari KL.
3. Mak dah keluarkan suara TARZAN nya minta saya tolong dia masak.
4. Si comel Fawwaz dah sibuk menekan keyboard laptop saya nie. (Sekel nak?)

Sekian, terima kasih...

p/s : Nor... ok tak karangan aku???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails