Tuesday, March 15, 2011

Fitnah

Sejak aku dapat msg tentang si BANGANG yang cakap laki dia sayang kat dia selain msg yang dia soh Nor berpantang lepas keguguran sebab laki Nor muda lagi dan takut nanti aku ngurat laki Nor.. banyak kenangan lalu terbayang2 dimata aku.


Aku tak tau napa aku jadi terlalu emosi. Sebenarnya bukan sekali dua dia perli aku tapi dah banyak kali. Dulu aku memang tak amik pot.. tapi makin lama aku tengok makin menjadi. Aku makin meluat gan sikap dia.


Sepanjang 7 tahun aku hidup sebagai ibu tunggal, bermacam2 ragam manusia yang aku jumpa. Berbagai2 fitnah yang tersebar dan ada diantaranya buat aku seperti jatuh terduduk, menangis dan termenung seharian berfikir dimanakah salahnya aku?? Dimanakah silap dengan gelaran yang aku pegang??


Berbagai2 kenangan menerjah kedalam fikiran aku. Aku ingat lagi, isteri pegawai aku pernah cemburu dengan aku sejak dari hari pertama aku bertugas di tempat aku sekarang, sehinggakan aku pernah dipanggil mengadap Pengarah jabatan aku sebanyak 3 kali. Aku dicemuh, dijeling dan ada yang tersenyum sinis memandang aku.


Aku dituduh membomohkan isteri pegawai nie kerana dia sakit padahal dia memang berpenyakit. Kalu aku nie kaki bomoh, apa kejadahnya aku nak bomohkan dia?? Kalau ikut lojiknyalah, lebih baik aku bomohkan bekas suami aku n isteri baru dia kerana mereka pernah melukakan hati aku.


Aku pernah bertanya kepada pegawai aku, pernah ke aku berkelakuan yang menjolok mata dihadapan dia. Jawapannya tiada tapi dia tak bleh nak tutup mulut orang sekeliling.

Aku cakap, aku tak takut orang nak mengata aku, bercerita yang bukan2 tentang aku sebab kenyataannya aku tak buat apa2. Kebenaran akhirnya pasti akan terbukti.. Tak perlu aku nak buat apa2 untuk buktikannya, hanya siang dan malam aku berdoa kepada DIA....

Setiap kali aku melangkahkan kaki kemana2 saja.. aku sentiasa berhati2. Nak berbual dengan rakan2 lelaki pun aku cuak.. bimbang tersalah cakap, tersalah laku atau apa saja yang menjerumuskan aku kepada fitnah manusia yang tiada sempadan.


Besar sungguh kuasa fitnah.. Ya.. semua orang tahu bahawa lidah lebih tajam dari sebilah pisau. Sabar, redha, berdoa dan takawal kepada Allah saja yang mampu aku lakukan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails