Monday, March 28, 2011

3 Gelas Kosong

Petang minggu yang membosankan.. kepala pening sehingga terpaksa menelan 2 biji panadol. Bukan selalu dapat makan panadol, tapi bila sekali dapat makan terus 2 biji ditelan.

Berkebun bagi mengeluarkan peluh.. 2 lubang dapat digali dan ditanam dengan 2 batang pokok dukong dan petai. Sebenarnya ada 4 lagi pokok yang perlu ditanam.. Pulasan, manggis dan durian terpaksa diketepikan sebab tak tahan dengan tekanan.. Merah sudah tapak tangan yang lembut bak kapas.. aduh.. demi dia yang tercinta terpaksa diturut jua.


Setelah hampir 50 tahun tanah ini ditakluk ISRAEL.. PALESTIN berjaya mengambilnya kembali kerana dalam geran memang tertera nama yang memihak kepada PALESTIN. ISRAEL terpaksa menyerah kerana PRESIDEN AMERIKA telah meninggal dunia, PERDANA MENTERI BRITAIN terpaksa mengalah sebab tanah yang digunakan untuk parking kereta mewah dia dan anak-anaknya termasuk dalam kawasan PALESTIN, PRESIDEN PERANCIS tak amik pusing sangat sebab sebok dengan kehidupan keluarganya yang porak peranda. Nasib baik HAMAS sudi membantu kalau nak diharapkan dengan ARAB SAUDI.. gigit jarilah jawabnya.. PERDANA MENTERI BRITAIN sebenarnya takut dengan HAMAS.. mana tau kot-kot HAMAS akan melancarkan INTIFADA lagi.

Tiap-tiap malam PALESTIN melakukan sujud syukur, mensyukuri nikmat yang DIA berikan setelah hampir 50 tahun bersabar. Akhirnya SIRIH PULANG KE GAGANG. 50 tahun PALESTIN menumpang di khemah pelarian dan tuan tanah tempat perkhemahan itu sendiri berulang kali melihat keadaan tanahnya dan khemah yang didirikan takut jika khemah menjadi semakin kukuh dan besar.

Tugu-tugu monumen yang dibina oleh ISRAEL sedikit demi sedikit telah PALESTIN robohkan. Pada mulanya tugu itu hanya seluas bilik darjah yang selalu digunakan ISRAEL untuk mengajar anak muridnya tapi setiap tahun seiring dengan pendapatan hasil KEBUN KURNIA dari PRESIDEN AMERIKA sebelum beliau meninggal, keluasannya bertambah sehingga mampu memuatkan 5 bilik darjah. Memang ISEAEL terlalu tamak....

Alah.... dah menyimpang dari tajuk diatas.. tak pe nanti kita kembali pada tajuk tersebut.. Apa yang ingin ditekankan disini.. NIKMAT dari kesabaran PALESTIN selama ini amat manis sekali untuk dihirup. Seluruh keluarga PALESTIN begitu gembira sehingga andai ada peluang saja, setandan pisang lemak manis, seteko air kopi, seperiuk ubi rebus, meehun goreng dan sambal tumis dihantar ke surau bagi menjamu para jemaah yang sama-sama menadahkan tangan dan mengaminkan doa tanda kesyukuran.

Balik ketopik asal....


Usai menanam pokok petai yang menjadi idaman tercinta.. teriakan sikecil kedengaran. HP berbunyi dari orang yang amat dikenali.. terpampang soalan... senyuman terukir tanda gembira.. Insya Allah jemputan akan dipenuhi setelah jemputan terdahulu tak dapat ditunaikan kerana leka menguruskan yang tercinta.

Lepas Maghrib.. bersiap seadanya.. tak boleh cantik-cantik nanti takut dikata perasan. Mana tau yang mempelawa nanti akan berkata kita nak ngurat dia. Tersenyum sendiri sambil meneliti rupa dicermin mencari kesilapan.. mana tau ada tahi mata yang tertinggal.. air liur basi yang lupa untuk dilap.. (Pasti dia sedang tersenyum)

Sekecil menangis untuk mengikut tapi yang tercinta telah berjaya menarik perhatian sekecil.. syukur kerana tercinta memahami keperluan hati untuk melegakan seketika tekanan...

10 minit menanti.. sampai pun. Senyuman yang dilemparkan dibalas mesra... Agak lama tidak bertemu dengan dia.. maklum dia sibuk. Segelas besar air limau suam dan teh 'o suam terhidang.. jangan lupa RM5 ya???

Saling berbalas renungan dan senyuman. Sesekali terlepas gelak tawa kerana bicara yang mencuit hati... Berbagai kisah yang dikongsi bersama. Ada yang sependapat, ada yang berlainan pandangan semuanya disatukan dibawah lampu didataran itu. Pandang kiri... pandang kanan... ada yang menemani dan tidak mungkin menimbulkan kecurigaan. Percayalah.. ditempat lapang ini tak mungkin KHALWAT akan berlaku...

Catatan BLOGGER kegemaran, penangan Novelis Thriller pujaan, menyusuri susur galur keluarga, tentang kenakalan anak-anak, kisah penyakit dan kesusahan masa lampau juga perihal buku yang sedang dalam proses pembuatan dan bakal diterbitkan.. semuanya terhimpun menjadi hidangan makan malam. Puas menikmati keenakan jamuan itu dan akhirnya dipancarkan melalui senyuman penuh kekenyangan.

Teh 'O Suam dari 1 menjadi 2 cuma limau Suam saja yang masih bersisa, bukan apa tak mau nanti minta dicampakkan RM5 sebagai galang ganti pertemuan malam itu... Dia memang kelakar. Semua yang tertulis disini dirakam dan dimainkan kembali dan menjadi bahan gurauan..

Sejam telah berlalu.. malam semakin larut. Masing-masing perlu kembali semula kealam realiti. Dia harus pergi dengan janji Insya Allah untuk bertemu kembali...

Kita bukan sepasang kekasih tetapi teman yang saling memahami..

2 comments:

  1. salam puan.

    selamat mencari kebahagiaan. dan selamat memperolehinya. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Wsalam tuan fakur..

    Terima kasih diatas doa dan juga kerana kesudian tuan untuk singgah diblog saya nie.. Insya Allah jika tidak dapat di"sini" pun saya redha.. manalah tau DIA akan memberikannya di"sana" nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails