Monday, March 14, 2011

Perasaan

Dah seminggu aku tak update.. malasssss.....

Seminggu yang memberi aku macam2 perasaan.

1. Risau - Risau dengan tahap kesihatan Lyana. Sakit dah berkurangan tapi aku masih mengawal pemakanan dia.

2. Marah - Bila ada mempertikaian tindakan aku menukar kereta sedangkan aku baru je beli rumah. Maknanya hutang aku bertambah. Dan aku tak boleh nak berbelanja sewenang-wenangnya. Aku ok je bila tak dapat shopping sebab aku tau bila tiba masa nak shopping, tentu aku akan ada duit dalam tangan (Duit yang turun dari langit) Yang kau kesah pehal???

3. Bosan - Dengan karenah anak2. Adib yang susah nak dibentuk.. tegur 10 kali pun masih tak berubah2 perangainya.. Selagi tangan aku tak naik kebadan, selagi anak tekak aku tak terkeluar memekik.. selagi tu dia dengan perangai dia. Sakitnya jiwa aku layan dia seorang nie. Tapi aku sayang sangat2 kat Adib. Tak sampai ati nak pukul bantai anak aku nie..

4. Meluat - Perangai mamat sekor nie kan.. cam hampessss........ nyakitkan ati je. Cakap sayang kat aku kononnya.. tapi tak sudah2 nyakitkan ati aku. Lepas tu minta maaf. Lepas minta maaf, janji tak buat.. tapi tak sampai sehari dah balik semula perangai hampessss. Aku dah makin meluat gan dia. Aku rasa nak putus je tapi tak pe.. simpan dulu wat stok. Sementara tu.. aku tinjau2 kot2 ada org yang sudi nak gantikan dia. Aku simpan sebab bleh gak aku wat kawan2 sms masa aku boring2. Klu aku tak boring, dia sms aku akan cakap aku BZ.. Sampai masa nanti aku nak tendang dia dari hidup aku. Dah malas dah nak layan perangai sampah dia tu.

5. Simpati - Dengan mangsa gempa bumi dan tsunami kat Jepun. Dulu aku penah keje gan org jepun. Mr Isayama, Mr Jinnai, Mr Abe, Mr Taniguchi n adalah lgi ramai tapi aku dah tak ingat. Diorg baik gan aku, banyak ajar aku tentang pengurusan masa, pengurusan kerja dan disiplin. Yang paling penting diorg cakap aku cantik. Hua.. hua.. hua.. Aku kasi gambar masa aku bertunang pada salah seorang dari mamat Jepun nie.. siap dia Scan n letak kat wallpaper komputer dia. Masa anak dara tentulah aku cantik n bergetah lagi. Sekarang?? aku masih cantik lagi..ok ?? Masih bergetah, cuma getah yang penuh kedut kat muka n getah tayar kat badan.. hehehehe...

6. Gembira - Jumaat lepas dapat result urine test Lyana... Alhamdulillah.. Protem dah ZERO. Maknanya tak de masalah.

7. Berdebar-debar - Result Blood Test Lyana keluar jumaat nie. Berdebar2.. air kencing dah ok.. darahnya je belum tau lagi. Masa amik darah aritu, Lyana nangis cam apa je. Baru nurse kuarkan jarum, dia dah meraung. Eeeiii... geram aku.

8. Teruja - Sebab aku dah dapat product skincare baru. Penggunaan awal muka aku tak de masalah. Selesa je, sebab sebelum nie product yang aku pakai wat kulit aku panas n merah2. Nasib baik aku cuma beli trial pack, Baru pakai semalaman, kulit aku dah macam udang kena bakar. Pakai je product baru nie, terus sejuk kulit muka aku. Pakai semalaman.. yang merah dah kurang dah. Tinggal sikit2 je lagi. Alhamdulillah....

9. Sakit Jiwa - S**** P***** M*** Ingat nak tampal gigi...rupa-rupanya kena cabut.....huahuahua....

Umie Ayang : Chah dah rongak. Hehehe
Friday at 3:35pm · LikeUnlike

S**** I** gg graham ke chah.....
Friday at 4:16pm · LikeUnlike

S**** P***** M*** shima:yup geraham....dah tua.........
ina: aku rongak laki aku sayang gakk.......hahahah
Friday at 6:36pm · LikeUnlike


MOTIP?? KO nak eksyen gan aku yang laki ko sayang kat ko lah kan??? Yang ko masih ada laki lah kan?? tak macam aku yang dah Single?? Sakit jiwa melayan orang yang macam nie. Taulah aku tak de laki, laki yang dulu pun memang tak sayang kat aku walaupun aku punya gigi cantik tersusun. Tapi yang aku komen pasal ko rongak.. bukan pasal laki ko sayang ke tak gan ko. BANGANG!!!! Tak pasal2 dapat bangang free.. bukan senang orang nak kasi tau...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails