Friday, July 2, 2010

Khutbah Jumaat.. 02 Julai, 2010

Ianya berlaku hanya dalam masa 24 jam....

Hari nie.. aku kena khutbah kaw-kaw punya...
Aku ingat jadi org ppuan tak yah dengo khutbah.. rupanya kena juga..

Soalan : " U ada ym ke..?ym sy,***********72@yahoo.com.my..,kalau ada masa boleh call sy,019-5****** ..,sy suka berkawan dengan perempuan yg jujur.., tak suka cakap bohong..jujur penting dlm hidup sy..,apa no fon u..?"

Jawapan : " ******** @yahoo.com"

Soalan : " Terima kasih bagi ym u..sy dah add ym u..kenapa u tak call sy.?019-5******** suka cakap dlm fon senang kenal..kalau cakap dlm mess ramai yg pandai ayat sjapa no fon u..?

Jawapan : "Saya tak kasi kawan2 T***** no tel.. sori,..."

Soalan : " Kalau u tak call macam mana u hdk kenal sy..? dlm mess kita tak boleh kenal org lah..? banyak org yg pandai cakap bohong dlm T***** ni.. sebab tu sy bagi no fon sy senang u cakap dgn sy.. sy suka perempuan yg jujur sj. Jujur penting dlm hidup sy.. buat apa kita kawan dgn org yg tak jujur.. Allah bagi kita akal u cari yg terbaik utuk diri kita.. u bagi no fon u biayar sy call u ok.. apa no fon u..?"

Aku mendiamkan diri.. then aku dapat msg dari YM...

Dia : " Saya ramai kawan ppuan. ada dalam 500 org.. mess pun byk dapat kadang2 sampai beratus2 dalam inbox saya. Saya tak layan semua. saya cuma layan yang jujur saja."

Dia : " Saya ada juga kawan gan isteri2 orang. Diaorg tu sunyi sebab tak dipedulikan suami. Ada ajak wat seks... semua org nak seks.. tapi saya tak salahkan mereka. Mereka tak jahat, bagi saya ppuan yang jahat ialah ppuan yang tak jujur."

(Aku rasa dia tak anggap atau mungkin tak tau yang ZINA tu sebagai antara dosa besar kot?)

Dia : " Cuba awak tanya sapa2 saja, diaorg tak penah wat seks ke? semua penah. Awak janganlah tipu saya. Dari muka awak saya tau. tengok muka awak je saya dah tau awak jenis ppuan yang macam mana."
(dia nie bomoh ke? aku tertanya2 sendiri)

Dia : " Saya open minded. Saya dah kawin. Wife saya pun ada lelaki lain, tapi saya tak kisah sebab saya tak nampak. Dia tak buat depan saya."
(aku tengok pic wife dia, pkai baju ketat bertali halus saja dan berjeans ketat, rambut panjang yang dilepaskan)

Jawapan aku : '"Awak kenal saya cuma 10 min, tapi awk dah bleh cakap ttg saya yg bukan2. Apa masalah awak?"

Dia : " Saya dah ada byk pengalaman dan saya dah kenal ramai ppuan."

Aku : " Pendirian kita tak sama. bagi saya klu ppuan tu dah kawin, dia kena tumpukan perhatian pada rumahtangga saja. Jangan nak sibuk2 cari jantan lain."
(aku cakap dulu aku setia gan bekas suami aku)

Dia : "U memang berlagak!! Bila orang nasihatkan x .. orang lain " (ayat nie aku tak faham)

Aku : "Terima kasih atas gelaran itu. Alhamdulillah.. saya terima apapun yang awak anggap saya. Saya redha. Penilai sebenar bukan kita, tapi Allah. Semoga kita diberi keredhaan oleh Allah."

Dia : "U memang suka guna Allah bila dah buat salah..!!! saya dah jumpa ramai ppuan macam u nie..!! berlagak baik."

(Tahap nie aku dah bengang dah.. Darah naik ke muka.. dah menyirap dah.. rasa nak maki je.. tapi aku Istigfar byk2)

Aku : "Apa salah saya? saya tak penah ganggu awak. Saya tak penah pun minta duit awak tuk bagi anak2 saya makan. Awak kenal saya tak sampai pun 10 min. Jadi apa salah saya pada awak?"

Dia : "Itu saja yang u tahu cakap...! U pandai cakap tapi tak tahu fikir..!! Sampai bila u hendak jadi mcam ni...?" (aku jadi macam apa plak?? dia tau ke aku jadi apa? Sabo lagi.... )

Aku : "Anyway thanks.. Klu awak rasa saya jahat n berlagak baik, tak perlulah awak msg saya lagi. Awak carilah orang lain yang betul2 baik."

Dia : "Saya cakap dengan u pun saya tau sapa u..!! Saya bukan sehari dua kenal ppuan..!! U tak de pengalaman hidup.."

(Dia byk sangat ke pengalaman?? Klu setakat kenal n bual2 gan isteri org yang GERSANG, memang dia akan rasa dia bagus.. agaknya mungkin ppuan tu layan dia BAEK PUNYAAAA.. n terima apa pun nasihat dia.. tu yang dia kata byk pengalaman)

Selepas 1/2 jam aku tak jawap apa2..

Dia : "Kenapa tak jawap? Takut ke?"

(Mangkuk Ayun... Aku tak takut gan ko, sebab ko manusia yang tak bleh wat apa2.. paling kuat ko cuma bleh kutuk n maki hamun aku je.. Aku malas nak layan n paling penting aku tak nak buang masa layan budak bodoh cam kau)


Itu antara perbualan aku gan seorang lelaki dari Kedah. Aku memang tak kenal dia.. tapi wat aku pelik.. dia betul2 melampau.. bagi aku lelaki nie seorang yang angkuh dan bongkak..

Dia bukan jenis lelaki yang humble.. ego melangit.. dia cakap dia kenal aku.. walaupun baru tengok gambar2 aku...

Aku rasa dia nie meroyan kot?? apa tu.. mental.. mental problem.. makin aku diam, dia makin menjadi2.. mengutuk aku sesedap hati dia.. Mungkin juga kerana aku tak layan dia, dia jadi makin marah.. dia marah sebab aku tak layan dan tak mengikut kata2 dia..

Macam2 jenis manusia yang ada kat dunia nie kan??
Dia sibuk nak mentarbiah aku.. aku soh dia tarbiahkan bini dia... dia marah plak.. eeiii... sekarang.. sapa yang berlagak ek?? aku ke dia??

Moga aku tak jumpa lagi lelaki macam nie..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails