Saturday, July 24, 2010

Tiada Ucapan...

Hampir 24 Jam berlalu selepas meyambut Ulangtahun kelahiran Dani... Aku masih menunggu panggilan atau pesanan dari bekas suami aku.. atau Babah kepada anak kesayanganku.. tapi aku hampa...

Dani menunggu dari siang tadi.. tiada ucapan yang diterima baik dari sms HP mahupun dari facebook.. Dia tak ingat ke hari nie hari jadi Dani?? Dia tak ingat ke 7 tahun yang lalu dia bersama2 aku mengharungi kesakitan di dalam bilik bersalin sewaktu kelahiran Dani?? Dia tak ingat ke bagaimana kesakitan aku melahirkan Dani yang seberat 3.89kg???

Ohhhh... dia dah lupakan semuanya kerana hidup dia kini lebih ceria dan bermakna dengan kehadiran 2 cahayamata lelaki bersama2 isterinya yang tercinta...
Dia dah lupakan Dani yang pernah dia sambut satu ketika dulu...

Aku hampa... begini kah sifat seorang bapa??? Hampa kerana ini yang terpaksa Dani terima sepanjang hidupnya disisihkan oleh bapanya sendiri yang terlalu mementingkan diri sendiri...
Aku betul2 hampa dan kecewa...

Kalau tahun2 sebelumnya mungkin Dani masih belum memahami keadaan dirinya.. tapi kini... aku rasa dia ingin dihargai....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails