Tuesday, July 27, 2010

Pergilah.. pergilah kemana saja yang kau mahu...

Bila orang dah tak nak tu.. kau tak reti bahasa ke?? tak yah lah kau nak telefon2 dia.. dia tak akan layan... terang2 dia ada hubungan dengan ppuan lain.. yg kau masih nak tunggu apasal..???

hei!! bukan sekali 2 tau dia mainkan kau... dia tinggalkan kau.. masuk nie dah 5 kali lah.. tapi napa kau masih nak tunggu dia?? napa kau masih nak bersama2 dia?? napa kau masih merayu2 pada dia?? Dah banyak kali kau kasi dia peluang.. Tapi dia langsung tak peduli.. Kan dia dah sms kau cakap dia tak akan kaco kau lagi??? Sedarlah.. dia memang tak de hati dengan kau... Tengok.. kau sms pun dia tak balas.. kau telefon pun dia tak jawap...

Sedarlah.. dia sebenarnya nak hilangkan sunyi dia je dengan kau... aritu dia mesti bergaduh dengan ppuan tu.. tu yang dia beria2 nak balik sama gan kau.. nie mesti dia dah berbaik2 semula.. Terang2 dia letak status dia.. terang-terang tau.. siap masukkan nama sekali.. Kau masih nak lelaki yang tak de pendirian tu???

Cinta?? tolonglah... hanya kau je yang cintakan dia... dia cintakan kau tak??? dia cakap sayang je?? sapa2 pun bleh cakap sayang.. tapi bukan cinta kan?? kau memang buta.. kau memang pekak sebab kau bodohkan diri kau semata2 kerana dia...

Sekarang dia nak pegi lagi... apa kau nak buat??? sudahlah.. dia memang tak nak kau lagi.. lupakan saja dia... Janganlah kau asik buang air mata kau hanya tuk lelaki yang tak pernah nak hargai kasih sayang yang kau berikan pada dia... byk lagi benda yang kau perlu fikirkan...

Sekarang tumpukan pada anak2 kau.. kejar kan akhirat kau.. serahkan cinta kau hanya tuk Allah dan RasulNya saja.. hanya DIA yang boleh membahagiakan kau.. DIA tak akan tinggalkan kau... Semakin kau mendekati DIA, semakin dekat DIA pada kau...

Bangunlah... kesat airmata tu dan lupakanlah kelukaan hati kau.. Sesungguhnya kau seorang yang tabah dan kuat... jika dulu kau bisa melaluinya.. tentu saja kali ini juga kau akan berjaya..
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails