Friday, July 23, 2010

Happy Birthday Sayang..

2 tahun


Dani sewaktu berumur 3 tahun



Semalam aku mulakan hari dengan ceria.. seceria matahari yang bersinar.. seindah hari yang dilalui.. aku hiasi dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.. semuanya kerana kejayaan aku selepas 4 kali mencuba.. Sebenarnya aku tidak begitu berharap dengan kejayaan itu kerana aku memang tidak bersedia langsung. Tapi syukur aku panjatkan ke Hadrat Ilahi diatas kurniaan Nya yang tidak pernah putus.. Sesungguhnya Dia tidak akan meninggalkan hambaNya yang selalu meningatiNya...

Hari ini.. 22 Julai, 2010.. hari yang amat bermakna buat diriku, terutama sekali buat anak kesayangan aku.. Muhammad Dinie Khalis. Genaplah 7 tahun umurnya.. Selama 5 tahun 6 bulan dia hidup tanpa kasih sayang seorang lelaki.

Pagi nie aku betul2 emosi.. airmata aku terlalu mudah gugur bila mengenangkan tentang nasib sikecil itu.. Dia hanya tau yang dia punya Babah.. tapi dia tak pernah merasai kehadiran lelaki itu. Bila setiap kali babah dia datang untuk mengambil Lyana dan Adib dia tidak pernah mahu mengikut. Bukan aku tak kasi tapi dia sendiri tak mahu.

Aku sedih dan terharu bila teringatkan kembali Dani pernah menggunting gambar babahnya dan menampal diatas gambar kami ber4. Aku terkejut tapi terpaksa menutup mulut aku dari melarang dia meneruskan niatnya. Aku terlupa yang Dani tak pernah punya gambar bersama2 babahnya.

Dani adalah nyawa aku.. kadang2 bila aku tak nampak dia aku akan jadi rindu.. rindu sangat2.. Aku rela kehilangan semuanya di dunia nie... tapi aku tak rela kehilangan dia. Aku tak tau mengapa? tapi yang pasti dia bagaikan bersatu dengan diri aku.

Dani.. Umie sayang adik.. sayang sangat2.. Umie ucapkan Selamat hari Jadi Adik.. Adiklah nyawa umie. Selamat Hari Lahir yang Ke-7. Moga di panjangkan umur dan Allah murahkan rezeki adik. Moga adik akan jadi anak yang soleh dan belajar rajin2 tau.. Love u sayang.. MMuuaahhh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails