Friday, April 30, 2010

Ibu.. Engkaulah Ratu Hatiku...

Hujung minggu nie Hari Ibu.. Tarikh sebenarnya aku tak tau.. tapi apa yg aku dengar... setiap tahun, sambutannya pada sabtu minggu pertama bulan Mei.. ntah ye ntah tak?? Bagi aku, hari2 adalah hari ibu.. sebab setiap hari aku akan mgadap mak aku..


Kalau duit lebih.. aku akan bawa makanan tuk dia.. sebab dia selalu je lapar.. dia masak.. jadi apa yg dia masak.. dia tak nak makan.. makan pun sikit je.. jadi aku terpaksalah carikan makanan tuk dia.. kadang2 aku masak gak.. cuma taklah kerap sangat..


Mak.. bagi aku mak adalah segala2nya.. bukan bagi aku saja.. bagi kita semua sebenarnya.. bagi anak2 yang amat menyintai seorang wanita bergelar mak..


Mak hidup susah dari kecil.. membantu arwah atok n atok ppuan aku tuk membesarkan adik2 nya.. Dari kecik dia dah bertanggungjawab menjaga adik2nya.. mak tak sekolah.. tapi dia kenal huruf sebab dia rajin.. walaupun dia tak lancar tapi masih boleh membaca..


Kesusahan hidup memaksa mak untuk membuat kerja2 yg berat.. menoreh... bersawah.. kerja estet.. buat atap rumah dari daun rumbia.. semuanya dia buat.. dengan kerja2 itu lah dia membesarkan kami adik beradik seramai 8 org..


Arwah abah pun cuma bekerja amik upah menjaga kebun cina.. Mak selalu cakap.. yg ada difikiran dia hanyalah untuk mencari duit bagi membeli makanan untuk anak2. Klu hujan malam tu.. dia akan menangis sebab dia risau.. pokok getah basah dan tentu dia tak de duit untuk membeli makanan. Tapi mak bukan jenis yg reti duduk diam..


Bila tiba musim tengkujuh, dia akan bersama2 akak2 aku pegi cari sayur kangkung kat parit dikebun sayur cina.. tak pun pegi cari cendawan tekukur.. pegi tangkap ikan kat sungai.. tangkap banyak2 n wat ikan kering..


Kami 8 beradik membesar didalam kesusahan.. semuanya tiada yg baru.. apa yg masih elok mak akan berikan kepada kami untuk disarungkan kebadan bagi menutup kulit yg dipenuhi panau dan bersisik dengan daki.

Aku?? hanya lebihan baju yg dah buruk aku pakai.. getah di pinggang yg dah tak mampu nak mencengkam dan aku ikatkan dengan tali rafia. aku tak pernah berseluar dalam (malu) sebab aku selalu pakai seluar pendek (sebab tu kaki aku tak cantik sebab byk bekas gigitan nyamuk dan kudis) Baju dalam?? baju dalam pertama aku hanya lepas aku berusia 14 tahun (aku pki t-shirt didalam baju sebab nak lindungi dada yg telah membesar) puas kena ejek gan rakan2.. Tapi aku bangga sebab aku beli baju dalam yg berharga RM1.20 dipasar malam dengan duit aku sendiri hasil jualan biji getah dan buah pinang.

Aku tak nak bebankan mak.. sebab aku lihat, baju mak pun tak pernah berganti..
Aku kesal kerana aku tinggalkan mak lepas aku berkahwin.. aku lupakan dia, aku marah dan merajuk dengan sikap mak yang tidak 100% merestui perkahwinan aku..

Benarlah seperti yang dikatakan, perkahwinan tanpa restu tidak akan bahagia.. dan aku ditinggalkan bersama 3 permata.. kerana dia memburu cinta dan kesenangan. Aku yg tidak bekerja, kurus kering(mak cakap macam rangka hidup) dan berwajah penuh dengan kekusutan ditinggalkan BODOH... Ditinggalkan BODOH oleh lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri.. Meninggalkan anak2 yang masih memerlukan perhatian. (Adib pernah lari dan menangis dibelakang pintu bilik kerana kecewa melihat lelaki itu pergi, Lyana merayau malam2 mencari lengan yang selalu menjadi bantalnya dan Dani yang menampal gambar muka lelaki itu di gambar kami kerana Dani tak jumpa dan tiada gambar dia bersama lelaki tu)

Tapi... Mak.. mak yang selama ini aku marah dan sakit hati.. telah datang mengambil aku.. mengutip aku yang telah dibuang seperti sampah.. meletakkan aku ditempat yang selesa.. dibasuh dan dirawat hati, perasaan dan tubuh badan aku dengan kasih sayang, dengan cintanya yang tidak pernah berkurang..

Duit, semangat.. kasih sayang.. semuanya diberikan pada kami 4 beranak.. Alhamdulillah.. dengan keyakinan, semangat dan cintanya.. aku berjaya menempuh dugaan dari Allah.. Aku berjaya berada dimana aku berada sekarang.. Rezeki Allah ada dimana2.. dengan rezeki anak2 yang Allah telah turunkan melalui aku, aku mampu memiliki apa yang aku miliki sekarang. Aku mampu berkereta dan bakal memiliki rumah sendiri.
Semuanya kerana Mak..

Mak.. ampun dosa anakmu yang derhaka ini mak.. Halalkanlah susu dan makanan yang telah kau suapkan kedalam mulut anakmu yang telah banyak melukakan hatimu.. Aku tidak berdaya untuk melangkah keluar dan berhadapan dengan masyarakat dengan status ku ini.. tapi keyakinan yang kau tiupkan didalam jiwaku telah membuatkan aku semakin berani menghadapi jelingan dan umpatan.

Mak.. Jika aku mampu memberikan kau segunung berlian.. sudah tentu aku akan persembahkan dihadapanmu.. Aku tidak berdaya, hanya kasih sayang, perhatian dan doa saja yang mampu aku berikan.

Ya Allah.. Kau selamatkan lah ibuku, Kau berilah keredhaan kepadanya dan tempatkanlah di syurgaMu.

Ya Allah.. Kau ampunilah dosa2nya, kau kasihanilah dia seperti mana dia mengasihani aku, hamba Mu yang lemah ini.

Amin.. Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails