Saturday, April 3, 2010

Lagi Dugaan DariNYA..

Salam..
Coretan kedua tuk hari ini.. Bukan apa.. tengah dapat berehat nie.. rehatlah betul2...
Malam selasa lepas, dalam pukul 1 pagi, Lyana kejutkan aku dari tido.. Dia soh aku rasa dahi dia.. panas sangat.. tapi aku tak tau napa aku tak bertindak apa2.. aku tido semula dan biarkan dia sorang2 sakit (bila ingatkan balik perbuatan aku tu malam tu aku kesal sangat dan kalu apa2 terjadi malam tu pada dia memang aku takkan maafkan diri aku.) Dalam kul 2 pagi dia kejutkan aku lagi n cakap nak muntah.. Waktu tu barulah aku betul2 tersedar yang anak aku sakit. Aku bangun. Lepas muntah aku bagi Lyana minum air, makan roti sekeping n makan panadol sebiji. Malam tu aku jaga dia, aku basahkan tuala dan lapkan kebadan dan dahinya.
Lepas balik keje aku bawa dia keklinik.. makan ubat dia muntah.. aku kasi lagi ubat.. muntah lagi.. panas masih tak surut.. last2 aku bawa dia ke Klinik Kesihatan. Dapat ubat.. lepas makan barulah dia ok.. Malam tu aku masih tak tido sebab menjaga dia..
Pagi2 aku bangun buatkan dia bubur.. Lyana dapat MC 2 hari.. Keadaan dia hari ini dia makin baik.. cuma masih batuk2.. Makin kurus anak aku sebab tak nak makan..
Jumaat (02 April, 2010) aku pegi jemputan Majlis Maulidur Rasul dan Hari Anugerah Cemerlang SRA Lughatul Arabiah. Sek Agama Lyana, Adib dan Dani. Majlis start jam 3.00 petang dan aku sampai sekolah pada pukul 3.20 petang. Tetamu masih ramai yang belum datang. Tengah aku berjalan menuju kedewan.. dengan langkah bak model..
hehehe.. tetiba aku terpijak lubang yg dalam.. kat koridor sek tu.. aduyai.. malunya... kaki aku terseliuh.. tapak tangan dan lutut luka dan berdarah... aku bangun.. malu tak usah cite.. tapi yg paling aku terasa.. sakit yang amat2.. aku masih bleh melangkah.. Rasa nak balik je.. tapi memandangkan yang Adib akan dapat naik pentas tuk mengambil hadiah.. aku sabarkan hati.. Aku duduk tak bergerak2..
Selesai Majlis.. aku balik.. memandu dalam keadaan kaki yang sakit.. menambahkan kesakitan.. sampai kat umah.. aku dah tak bleh tahan.. aku cari minyak panas.. memang kaki aku makin membengkak dan sakit.. nak bergerak pun tak bleh...
Badan aku dah mengigil.. malam, lepas maghrib, akak ana bawa aku ke Klinik Kesihatan.. Doktor soh aku ke Hospital Besar Tangkak untuk X-Ray.. aduh.. aku dah seram sejuk.. lagi dah sakit.. nak kesana n kemari.. nak melangkah pun tak larat.. nasib baik ada wawa n akak ana.. diorg yang memimpin aku..
Yang aku syok masa kat Hospital.. aku duduk atas kerusi roda.. n ada org tolak aku.. hehehe.. bestnya...

Dalam Ambulan nak pegi X-Ray.. posing sikit.. sambil menahan sakit..
Mak aiii.. beso tu...

Bila dapat keputusan X-Ray.. semuanya ok.. tak de yang patah atau retak.. aku cuma terseliuh.. dioarg kasi aku ubat dan balut kaki aku.. balik umah.. semalaman aku tak bleh tido.. sakitnya.. bisa2.. walaupun aku dah makan ubat tahan sakit.. last2 aku buka bandage tu.. baru lega.. sampai kepagi baru aku bleh tido.. Alhamdulillah.. aku mampu bergerak dan dapatlah aku basuh baju yang dah seminggu tak berusik.. hehehe..
Hari nie keadaan bertambah baik dan aku main selesa...

Syukur.. Allah bagi aku ujian kerana Dia tau aku mampu menghadapinya.. juga sebagai peringatan pada aku untuk sentiasa mengingati NYA... maknanya DIA masih sayangkan aku...
Amin....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails