Saturday, April 3, 2010

Jumaat Yang Penuh Dengan Emosi....

Assalammualaikum...
Malasnya aku nak update blog nie.. walaupun banyak cite yang aku nak kongsikan dengan kawan2 semua.. Sebenarnya, aku bukan malas sangat.. tapi masa tu kureng...
Sibuk gan anak2 lagi.. keje lagi (taklah bz sangat).. rumah lagi.. tapi yelah.. aku kena lebihkan masa tuk anak2 aku.. klu ada masa tuk berehat pun.. aku lebih suka duduk2, baring2 mengadap TV..
Kali nie.. aku nak cite ttg hari jumaat (sebenarnya tiap2 jumaat) yang bagi aku penuh dengan emosi.. Sejak dari mula Dani n Adib bersunat, wajib bagi mereka utk bersolat Jumaat dimasjid.. jadi setiap hari Jumaat adalah yang aku terpaksa korbankan masa rehat aku tuk tido (tengahari) bagi menghantar anak2 ke Masjid.. bukan jauh sangat pun Masjid Tangkak nie.. tapi masalahnya.. yang buat lambat adalah traffic light yang makan masa dalam 5-10 min klu nak tukar dari kaler merah ke kaler hijau.. itupun klu sempat.. dapatlah aku lepas.. klu keta beratur panjang.. alamat.. mau kena tunggu 2nd round...
Emosi bagi aku bukan apa sebenarnya.. aku sedih bila setiap kali aku hantar Adib n Dani.. Adib akan pegang tangan Dani (ikut pesanan aku soh jaga Dani baik2) n bawa Dani kedalam masjid.. Aku perhatikan dia dari jauh.. dari tempat parking. Masa inilah airmata aku akan mengalir.. satu perasaan yg cukup sebak, sayu dan sedih bila melihat anak2 lelaki aku yg masih kecil berdikari dlm menunaikan tanggungjawab pada agama.. Dani masih tak begitu faham ttg tjawab tu. Tapi tidak bagi Adib.. dia memang seorang kanak2 lelaki yang begitu bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah Allah dan juga melunaskan amanah yang aku berikan untuk menjaga Dani sepanjang berada di Masjid.
Yang buatkan aku sedih bila kadang2 aku lihat, ada kanak2 lain yang datang bersama ayah masing2.. Dani akan perhatikan budak2 tu berpegangan tangan dengan ayah mereka.. waktu itulah aku akan jadi sebak..
Apapun aku bersyukur kerana Adib mampu memikul amanah yang aku berikan.. Moga Allah juga akan memberkati, meredhai dan menempatkan Adib, Dani dan Lyana di Syurga NYA...
Malam khamis (01 April, 2010) lepas aku terkejut dengan perilaku Dani.. Dani diminta untuk membawa gambar keluarga kesekolah. Aku tengok di sibuk sangat membongkar Album2 lama didalam tempat buku.. mula2 aku nak marah juga, tapi aku diamkan.. kemudian bila dia dah tak dapat cari apa yg dia nak, dia angkat semua album dan soh aku pilih gambar keluarga.
Aku pilih gambar masa raya.. cantik pic tu.. apa yang mengejutkan aku.. dani keluarkan gambar babah dia yang lama. Dia minta aku guntingkan kat bahagian badan dan tampalkan gambar tu didalam gambar kami berempat.. Aku tak kasi tapi jawapan dia.. " NANTI KLU KAWAN2 KITA TANYA MANA BABAH , APA KITA NAK JAWAP?" " KITA MALU NANTI SEBAB DALAM GAMBAR KAWAN2 KITA SEMUA ADA AYAH, KITA JE TAK DE."
Kelu lidah aku.. aku cakap dengan dia.. adik watlah apa nak buat.. umi tak kisah...
Aduyai Dani.. apalagi yang umie dapat buat tuk Dani?? Serba salah aku.. Rupanya aku tak mampu nak jadi ibu dan ayah dalam satu masa.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails