Tuesday, May 15, 2012

Tak Tau Tajuk....

Balik dari berkursus di Melaka, aku dibebani dengan tugas yang banyak sampai aku terpaksa bawa balik kerumah kerja2. Memang aku rasa terbeban.. perhatian pada anak2 makin kurang. 
Dani merungut sebab dia rasa tersisih. Tak de apa yang aku boleh buat.. hanya minta dia bersabar.
Sebenarnya balik dari Melaka aku jadi agak murung. Biasalah bila ada yg tak puas hati. Tapi hidup mesti diteruskan.
Balik sje aku kena demam , batok2 dan selsema. 3-4 hari juga aku tak sehat, tapi aku masih bekerja seperti biasa..
Banyak perkara yang perlu aku selesaikan.

Aku murung?? yup.. aku jadi bengang... marah.. Aku dah maklumkan pada post yang lepas yang aku dipilih menjadi penghuluwati.. depan aku.. (2-3 orang) menunjukkan kebaikan mereka.. tapi dibelakang aku.. (tak perlu pergi jauh, cukup dengan berpaling dan membelakangi aku, dengan selambanya berbisik sesama sendiri - bukankan itu aku boleh dikategori kan sebagai kurang ajar, biadap) sedangkan pada waktu itu aku sedang bercakap dengan mereka.

Kalau aku bersangka baik.. aku boleh andaikan yang mereka sedang berbincang hal peribadi.. tapi jika di fikir lojik, ikut kecurigaan aku.. atau ikut kepala setan aku.. mereka mungkin sedang membantah cadangan aku. Aku jadi terpinga-pinga kerana diperlakukan begitu..

Sungguh... masing-masing dah tua bangka tapi masih.. mengamalkan sikap kurang ajar.
Sebab tu aku balik ke rumah dengan hati yang sebal. Tapi syukur.. kepulangan aku sememangnya dinanti oleh yang dirindui.. Alhamdulillah.. mereka mampu meleburkan amarah aku.. menyiram air pada api yang dinyalakan didalam fikiran aku.

Selang seminggu kami bertemu lagi.. Ya.. mereka masih membantah.. aku hanya mampu mendiamkan diri. Bos aku memang tak kasi muka pada orang yang suka membantah.. aku dilantik mengetuai mereka untuk sessi Pemurnian Draf Fail Meja Pembantu Tadbir.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Sampai jam 2 pagi aku tak tido menyiapkan Fail Meja tersebut dan Insya Allah, mungkin akan diterima.. sama seperti Sasaran Kerja Tahunan yang aku siapkan juga.. sendirian.. sesekali aku mendapatkan nasihat dari boss aku. Sasaran Kerja Tahunan telah pun diterima dan digunakan untuk Pembantu Tadbir PKG seluruh Negeri Johor.

Kalau kecemerlangan aku masih dipertikaikan.. ambillah balik semula sijil aku tu.. tapi duit hak aku.. hehehehe...
Lupakanlah kisah yang lepas tu.. hati aku makin terpujuk kini.. Aku dah dapat Ponstan dah.. nie dia..


TADAAAAAAAAAAAAAAAA....
Aku memang suka buku-buku yang macam nie.. harganya Rm59.90 aku beli di MPH.. Aku beli masa keluar dating dengan SIDIA.. hehehehe.. ssshhh.. rahsia..  masih dalam proses berkenalan.


Nie baby baru aku.. eeemmm... aku berblog pun dari sini.. best sangat..

Hidup aku kini selesa.. Aku gembira dengan keluarga aku. Insya Allah.. 27-29 Mei kami akan bercuti ke Santuary Cherating. Aku sekeluarga, abang aku sekeluarga, akak aku sekeluarga dan tak lupa mak yang tercinta.

Ok.. setakat nie dulu.. nanti aku akan upload gambar-gambar yang aku ambil masa Kembara Mahkota Johor.. Sekarang sedang berlangsung dan baru saja pagi tadi melepasi pejabat aku. Aku tumpang menyibuk dengan murid-murid dan cikgu-cikgi.. hehehehe... SIDIA pun ada membawa kenderaan rasmi.. Sempat main lambai-lambai... hehehehe...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails