Wednesday, May 16, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012

Semalam 15 Mei, 2012, Kembara Mahkota Johor (KMJ) telah berlangsung. Dari Segamat rombongan telah bertolak ke Kampung Teratai, Sagil dan kemudian bergerak ke Kampung Kesang Tasik.. Kali nie konvoi KMJ telah melalui Jalan Serom berhadapan dengan pejabat aku. (Pesal ayat aku nie lain macam je?? Macam tak kena je bila aku baca.. macam tak teratur )

Aku tak melepaskan peluang tersebut kerana inilah pertama kali.. sejak KMJ berlangsung (aku tak ingat dari tahun bila?) kerana aku tak pernah berpeluang menyaksikan sendiri konvoi tersebut. 

Bila Cikgu Azlan minta murid-murid beratur disepanjang jalan.. aku kelam kabut keluar. Aku sendiri yang excited.. macam kanak-kanak prasekolah plak aku.. lebih sudu dari kuah.. hehehehe...

Yang buat kami semua ketawa gelihati  bila tengok murid-murid nie.. semua orang yang lalu diaorang akan sorak dan lambai.. sampai apek jual roti pun diaorang sorak.. hehehehe...

Ok.. Aku sendiri confius.. napa ayat aku lain macam je.. mungkin sebab aku ketandusan idea.. Jadi daripada korang baca ayat aku yang tunggang langgang kerana aku tak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.. ada baiknya korang tengok gambar-gambar yang sempat juruteknik aku amik semalam.






















Ramai juga yang ikut konvoi nie. .adalah dalam 20 minit diaorang nie lalu.. setiap kenderaan akan bunyikan hon sambil melambai-lambai tangan.. saja nak buat murid-murid nie seronok. Aku pasti.. lepas nie mesti ada diantara mereka akan menyimpan angan-angan untuk menjadi sebahagian dari peserta konvoi.... jadi polis pengiring ke, ada motor beso n join kelab motor ke.. atau apa-apa saja yang berkaitan.. tentu ada..

Hari nie KMJ akan bergerak ke Batu Pahat, Pontian dan tak ingat plak aku yang last kat mana..  

Oh ya... Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.. Adib dan Dani cuma minta 4 batang pen dari aku.. seorang 4 batang untuk diberikan pada cikgu mereka.. jadilah.. Budget tak de.. handphone aku dah rosak.. jadi kena simpan duit nak tukar handphone baru..

Eeemm... Ok.. stop lagi.. aku ada keja nie..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails