Friday, May 18, 2012

Best Friend


Nie kawan baik Adib.. No 2 dari kiri.. Namanya Imran.. setiap kali raya, kenduri kendara dan majlis hari jadi, Imran sekeluarga pasti akan diundang dan sudah semestinya mereka akan datang. Terlalu baik sampaikan bersunat pun mereka pakat-pakat nak sunat sama-sama.. Dan ya.. mereka bersunat pada masa, tarikh dan tempat yang sama. 

Didalam kelas mereka duduk bersama, sampaikan cikgu terpaksa asingkan mereka kerana asik bercakap. Cikgu pun pening nak layan kerenah mereka, tapi tiada apa yang boleh dilakukan kerana mereka terlalu rapat.

Imran (kiri sekali-mata terpejam) bersama ayah, ibu dan rakan-rakannya.

Malam rabu lepas... balik dari tuisyen aku dapat berita yang Imran kemalangan. Dia jatuh kedalam longkang besar dan dalam didepan sekolah dan tangannya patah.. Aku terdiam dan terus terbayang wajah kanak-kanak lelaki yang comel tu menangis kesakitan.
Naluri seorang ibu.. walaupun dia tiada apa-apa hubungan secara langsung dengan aku tapi aku tetap sedih. Dia kawan baik Adib.. aku juga baik dengan ibu-bapanya.. tentu saja perasaan sedih tu ada.
Sekarang dia berada di Hospital Sultanah Fatimah Muar.. Tangannya telah dimasukkan besi.. lubang ditangan pun telah dijahit (Aku tak tau lubang apa).
Adib pula asik termenung dan bertanya bila kami boleh melawat Imran.. Insya Allah.. nanti kita pergi ya sayang??

Harap semua kawan-kawan dapat doakan keselamatan anak kecil ini.. Seperti Adib, dia bakal menduduki peperiksaan UPSR.. Semoga dia cepat sembuh dan kembali kesekolah seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails