Wednesday, May 16, 2012

Maaf Ya??

Maaf ya?? aku bukan tak de mood.. just nak cari dimanakah kesilapan.

Aku nie jenis yang suka menjaga hati orang.. kalau aku rasa aku dah buat orang marah atau tersinggung dengan kata-kata aku.. selagi aku tak minta maaf.. selagi itulah aku akan resah.. hati aku tak tenteram.. sampai kadang-kadang aku tak tido malam. Pernah aku tak makan sebab aku rasa aku dah buat kawan aku kecik hati.

Sebolehnya kalau kawan-kawan aku ajak kemana-mana, telefon atau sms aku.. aku pasti akan ikut, balas sms atau jawab telefon. Aku tak suka mengecewakan kawan sebab aku rasa mungkin diwaktu tu mereka perlukan aku, walaupun kadang-kadang aku rasa yang aku hanya pilihan terakhir mereka. Tapi aku tetap tidak akan menolak permintaan mereka kerana apa?? Kerana mereka kawan aku.. dan itulah tanggungjawab sebagai kawan..

Tapi bila tiba masa untuk aku... aku akan bersendirian. Nak minta tolong, nak ajak teman kemana-mana, nak ajak berbual.. memang tak de.. Panggilan tidak berjawab.. sms tak berbalas.. ajakan aku tak dilayan. Aku kecewa sangat.. tapi apa boleh aku buat?? Aku tak berhak nak memaksa.. tak nak tak pe..

Ya.. diatas kertas.. didalam list telefon aku.. aku ramai sangat kawan. Tapi kenyataannya.. aku tak de sapa-sapa.. Aku cuma ada Allah.. anak-anak dan mak aku je..

Eeemm.. nasib badan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails