Monday, May 31, 2010

Reunion Smile '92, Corus Paradise Resort Port Dickson, 28 - 29 Mei, 2010


Reunion Smile '92 telah lama aku rancangkan... rasanya dari tahun 2006 lagi.. Waktu itu aku bercadang nak lakukan pada Hari Raya Aidilfitri... yelah bukan senang nak kumpulkan kawan2 yang telah mempunyai keluarga dan tanggungjawab masing2..

Tapi semua perancangan aku gagal kerana tidak pernah mendapat sambutan... Saban tahun aku merancang benda yg sama tanpa jemu2.. dari 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain.. tapi masih tiada sambutan... masalah pertama ialah komunikasi.. aku tiada no telefon mereka.. aku cuma tahu dimana letaknya rumah kawan2 aku nie, yelah dah berkawan dari kecil.. masa sekolah dulu aku pernah juga berjalan2 kerumah diaorg untuk beraya..

Tapi untuk kali ini... aku dapat hubungi mereka melalui laman sosial Facebook.. dari seorang rakan, ke seorang yang lain... dan kami masing2 dapat berhubung dengan laman ini.. Aku pun buat inisiatif sendiri dengan mewujudkan satu akaun diatas nama SMILE LEDANG '92 untuk kawan2 dari tahun 92 berkumpul dan berbual.

Pada awalnya semuanya ok.. tapi bak kata org tua... ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari... Jangkaan aku meleset apabila aku ingatkan mereka masih rakan2 sekolah aku yang tidak berubah.. rupanya kedudukan, kerjaya dan diploma/ijazah yang dipegang buatkan manusia nie berubah.. Ada yg langsung tidak mahu bergaul dengan kami (kumpulan SMILE) ada yang dengan lagaknya.. ada yang asik berbahasa inggeris... ada yang asik menceritakan kehebatan dia dalam kerjaya... ada yang tidak mahu menyertai kami kerana menggangap kumpulan nie hanya tuk bekas pelajar dari kelas sains dan perdagangan saja... dan macam2 lagi karenah yang terpaksa aku layani...


Tapi disebabkan semangat aku kuat dan aku berfikir secara waras.. aku mengikut saja rentak mereka...

Aku merancang untuk membuat reunion di Gunung Ledang Resort, tapi kebanyakan mereka memilih untuk ke Port Dickson... maka aku pun terus bersetuju. Setelah hampir 2 bulan merancang, mencari dan menempah lokasi, merancang tarikh, membuat promosi besar2an di FB.. sambutan yang diterima kurang memberangsangkan.. Tapi aku tak patah semangat dan hasilnya... aku dan yang telah bersetuju untuk menyertai majlis ini telah berkumpul di Corus Paradise Resort Port Dickson pada 28 - 29 Mei, 2010.









Acara Sukaneka untuk kanak2.. petang 28 Mei,


BBQ...




Pagi 29 Mei, mandi kolam selepas sarapan..


Moga ini bukan kali terakhir kita bertemu...
Bayangkan pertemuan pertama selepas 18 tahun..
(bagi sesetengah daripada kami)


Acara bergambar beramai2 selepas check out... 29 Mei, 2010



Selain dari aku... kawan2 lain yang datang ialah.. Nor, Ana, Jenol, Azhar, Abu Samah, Salha, Aeishah, Rizal dan Yusnita telah datang. Masing2 bukan saja datang membawa keluarga tetapi juga membawa bersama sumbangan untuk menjayakan majlis nie.. Thanks kawan2.. next time kita buat lagi...

Walaupun penat, aku masih boleh tersenyum kepuasan kerana kejayaan pertama aku nie.. aku harap dilain waktu ramai lagi yang akan menyertai kami...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails