Tuesday, May 18, 2010

Perkahwinan Bukan Kerana Nafsu Semata-mata...

6 tahun bukan waktu yang singkat bagi seorang ppuan yang berstatus seperti aku.. dalam masa 6 tahun, macam perkara yang aku telah alami..


Pernah di tuduh cuba merampas suami orang, aku dipanggil dengan panggilan Janda Pasar Malam, rumah sewa aku pernah dipanjat oleh lelaki yang gila seks (benci betul aku gan mamat nie), dikejar suami orang yang mengaku cintakan dan nak kawin dengan aku.. tapi depan bini dia, dia cakap aku yang gilakan dia..

Dicemburui oleh isteri ketua aku kerana takut aku akan mengurat suaminya.. (sampai semua org kampung ditempat aku bekerja bertanya tentang kegatalan aku, melalui cerita yang disebarkan oleh pekerja sekolah). Gangguan2 seksual samada melalui perkataan, jelingan mata, sentuhan secara fizikal (samada cuba menyentuh dan ada yg telah menyentuh aku)

Dipulaukan dan tidak langsung diundang untuk sebarang majlis dan kursus yang membabitkan jabatan aku samada diadakan didalam daerah atau di luar daerah (yang nie aku betul2 terkilan kerana mereka tidak profesional) kalau majlis itu memerlukan pegawai diiringi isteri.. maka nama aku akan dikeluarkan.. takut bini bos aku mengamuklah tu.. dan 1001 lagi perkara yang berkaitan.. sehingga ada diantaranya tak mampu aku ingati..


Tapi sehingga kini aku bersabar kerana bagi aku.. setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmahnya..


Baru2 nie, aku dilamar.. aku keliru untuk terima atau tidak. Aku mengaku yang hati aku terusik dengan kehadiran dia.. cuma aku takut.. takut dgn penerimaan mak aku, penerimaan anak2 aku.

Bagi aku.. jika aku berkahwin untuk kali ke2 nie.. biarlah ianya untuk selama2nya.. siapa yang tak mau bahagia?? Tanyalah pada setiap perempuan di dunia nie.. takkan ada seorg pun yang menjawap akan sanggup menjadi Janda..

Perkahwinan aku pada kali jika ianya berlaku bukan hanya untuk diri aku semata2.. ianya mestilah untuk anak2 aku juga..
Aku mencari lelaki yang boleh aku jadikan imam kepada aku dan anak2.. pembimbing kami.. pelindung kami.. dan pemimpin kami.. Anak2 aku rindukan kasih sayang seorg lelaki bergelar ayah.. ayah yang boleh diajak bermain bola diwaktu petang, yang boleh membawa mereka ke masjid pada hari Jumaat, ayah yang boleh mereka diajak berbual tentang perlawanan bolasepak atau badminton yang mereka tonton di TV.. atau ayah yang mereka boleh ajak lawan bergusti diwaktu lapang..

Bagi aku pula.. aku perlukan teman untuk aku berkongsi rasa hati.. teman waktu aku menangis dan ketawa.. teman yang boleh aku jadikan lawan jika mempunyai pendapat yang berbeza.. juga teman yang boleh menjadi pemandu aku sekali sekala.. yang ada waktu aku sakit pening.. yang akan melarang aku membeli sesuatu yang bukan keperluan aku.. eemm... banyak rupanya yang aku impikan...

Tapi apa yang aku kesalkan.. aku dituduh mencari suami hanya untuk melayani nafsu aku.. Aku gila2 nak kawin sebab nafsu aku makin terdesak..

" BAGI AKU INA.. TU SEMUA NAFSU KAU.. KALAU AKU JADI KAU.. AKU AKAN BESARKAN ANAK2 JE.. NAFSU AKU, AKU LETAK NO 2.. TU SEMUA NAFSU DUNIA TU.. NAFSU KAU SEMATA2"

Aku terpana dengan komen ini.. luka dihati aku berdarah lagi.. berdarah bukan kerana ditinggalkan tapi berdarah kerana dituduh sedemikian... Sungguh aku kecewa dengan kenyataan kawan yang aku anggap sebagai SAHABAT aku.. Tuduhan yang dilemparkan kepada aku membuatkan aku berasa seakan2 disimbah dengan air longkang.. kotor, busuk, hitam dan menjijikkan..

6 tahun aku bersabar daripada melayani nafsu aku.. 6 tahun tiada sentuhan dari lelaki yang aku terima.. tiba2 ini yang aku dapat.. agaknya 6 tahun masih tidak mampu membuktikan yang aku seorang yang kebal dari mempertahankan maruah diri aku..

Kalaulah aku jenis perempuan yang mengikut kata nafsuku.. sudah tentu aku tidak memilih untuk bertahan selama 6 tahun. Bukan aku tak pernah di lamar orang.. bukan sekali 2.. tetapi dah banyak kali.. cuma aku tidak melayaninya kerana aku tidak mahu terburu2..

Kalaulah aku jenis perempuan yang mengikut kata nafsu.. buat apa aku kawin?? Bukan susah nak cari lelaki yang boleh aku jadikan bahan santapan.. bukan tiada lelaki yang mengajak aku ke arah "ITU".. sudah tentu boleh saja.. aku kenakan sikit bayaran dan juga.. yang penting aku tak perlu ada komitmen..

Tapi aku masih waras lagi.. aku masih memikirkan tentang dosa dan pahala.. masih memikirkan tentang anak2 aku.. dan paling penting.. aku masih memikirkan tentang mak n adik beradik aku.. Tentu mak akan malu mempunyai anak seperti aku.. abang n akak2 aku akan malu mempunyai adik seperti aku.. Anak2?? tentu sekali akan malu mempunyai umie seperti aku.. dan Allah.. tidakkah aku akan malu nanti untuk berhadapan denganNYA di SANA nanti??

Ya Allah.. Kau Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini berdosa ini lalui setiap hari.. Ampunilah aku Ya Allah.. aku bermohon kepadaMU agar diringankan ujian yang Kau berikan ini Ya Allah.. Berikanlah aku keredhaanMU dan jauhkan aku dari siksa Api nerakaMU... sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Amin...

Bagi aku..perkahwinan bukanlah hanya kerana nafsu semata-mata...

3 comments:

  1. Assalamualikum Kak...

    Kadang-kadang boleh mendengar pandangan pihak ketiga bagus ada masanya tidak.

    Mereka tidak merasa apa yang kita rasa maka pendapat mereka adalah daripada perasaan mereka.

    Maka dengan itu, akhirnya keputusan tetap ditangan kita juga. Fikirkan diri kita dan mereka yang hampir kemudian baru fikirkan orang lain.

    Buatlah keputusan dengan kewarasan akal fikiran.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya terpana membaca coretan ini. Subhanallah!

    ReplyDelete
  3. Salam.. terima kasih diatas komen yang berikan...
    Zonan... keputusan yang dibuat sehingga kini masih memihak pada keluarga tanpa memikirkan ttg diri saya sendiri... kadang2 terfikir.. dimanakah letaknya hati saya??

    WS... Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails