Friday, August 26, 2011

Tangan Yang Memberi

1. Anak Yatim...

Aku tak pasti mereka berapa beradik.. tapi yang kecil ada dalam 3-4 orang. Adik beradik yang lain aku tak tau dimana mereka sekarang. Tapi yang selalu aku nampak cuma 3 beradik.. umur dalam lingkungan 8-11 tahun.

2. Ibunya..

Aku dengar orang cerita dia sebenarnya dari golongan orang yang mengalami masalah mental. Tapi tak delah kronik sangat pun sebab ibunya aku tengok masih elok berkerja dan ramai teman lelaki. Itu dulu lah.. dalam tahun lepas.

3. Bapanya..

Dah lama meninggal. Lepas arwah pergi.. isterinya bertukar ganti lelaki.. ada 2-3 anaknya adalah anak yg tak sah taraf. Pernah bertunang dengan seorang pemuda yang blh dikatakan tak EMPOK juga. Tapi dengarnya pun dah meninggal. Katanya wanita nie kalau tokey cina tempat dia keje berkehendak.. boleh saja. Ngeri aku dengar kan.. Patutlah dia dikatakan tak EMPOK...

Nie dah lama dah tak nampak.. dengarnya dia lari dari suaminya yang baru dikahwini adn menetap dengan kawan2 sekerja yang sama perangai dengannya. Anak2 ditinggalkan dirumah ibu yang terletak berhampiran dengan rumah aku.

4. Neneknya..

Aduyaiii... garang yg amat. Kalau dia nak belasah anak2 yatim nie.. bukan dia kira. Dia tak pernah peduli samada anak2 yatim nak sekolah atau tidak, kerana dia pun tak pernah peduli dengan anak2 sendiri. Hampir semua anak2 dia tak bersekolah penuh. Maksud aku.. yang menjadi anak dia cuma seorang. Yang lain2.. susah nak gambarkan.

5. Ibu dan bapa saudara...

Tak pernah peduli dengan anak2 yatim nie. Nasib baiklah anak2 yatim nie dapat bantuan setiap bulan sebanyak rm300. Kalau tak tentu anak2 nie tak jadi apa. Pernah juga aku lalu depan rumah mereka dan melihat Mak Usu mereka terjerit2 memarahi anak2 yatim ini. Mereka hanya menundukkan kepala dan seperti ketakutan dengan Mak Usunya.

6. Aku...

Setiap pagi aku akan melalui rumah keluarga nie. Setiap pagi juga aku melihat anak2 yatim nie akan duduk ditepi jalan menunggu kenderaan yang bakal membawa mereka kesekolah. Lelaki tersebut telah diupah sebanyak RM30 sebulan. Aku pasti.. kalau tak de upah.. tentu tak de siapa yang akan menghantar mereka.

Yang membuatkan aku sedih, kecewa, marah dan benci ialah sikap Pak Long dan Mak Long anak2 yatim nie. Setiap pagi Pak Long akan menghantar anaknya sendiri kesekolah yang sama dengan anak2 yatim tersebut dengan menaiki kereta. Anaknya cuma seorang dan mungkin baru darjah 1. Tapi.. tak pernah sekali pun aku melihat Pak Long membawa anak2 yatim nie. Kereta besar.. tak salah rasanya kalau dibawa sekali anak2 saudara yang susah tu? Pergi dan balik dia menghantar dan menjemput anak2nya setiap hari. Rumah pun cuma bersebelahan saja. Kenapa ya???

Ya.. ibunya salah kerana meninggalkan anaknya.. tapi tak salah kan kalau kita membantu selagi terdaya?? Lagipun bukan anak orang lain.. anak saudara sendiri dan anak2 yatim tu. Tak salahkan kita memberi sedikit??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails