Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Kembali Lagi...

Ramadhan kembali lagi..

Dah hampir sebulan aku tinggalkan laman ini tanpa dijengah apalagi untuk dikemaskini. Aku tinggalkan seketika kerana rajuk masih berbekas dihati. Aku tak mampu nak meluahkan perasaan.

Dari sehari ke sehari aku cuba untuk membuka lembaran baru disini tapi batas waktu yang tidak mengizinkan selain kesakitan yang aku tanggung membantutkan keinginan. 29 Julai yang lepas aku menyambut hari jadi aku yang ke36. Disamping menjamu keluarga, aku juga menghantar ke Surau makanan untuk kenduri doa selamat yang telah diadakan. Majlis itu juga sempena menyambut Ramadhan yang bakal menjengah pada 1 Ogos, 2011.

Ketika entry ini ditulis Ramadhan telah berlalu selama 16 hari. Keadaan aku masih lemah. Sewaktu bersahur aku masih terpaksa menelan ubat yang dibekalkan. Alhamdulillah.. Allah masih mengurniakan kekuatan buat aku untuk berpuasa, cuma aku tidak mampu untuk bertarawih disurau. 3 hari je aku mampu bertahan selebihnya aku hanya lakukan sendirian dirumah dan kadang2 langsung tak aku lakukan.

Ramadhan kali ni masih seperti yang lepas2. Aku masih lagi bertanggungjawab untuk menyediakan juadah bersahur. Walaupun badan masih lemah tapi demi anak2 dan mak.. aku gagahkan diri.

Sepanjang 2 minggu berpuasa, aku dah 2 kali ambil cuti rehat dan sehari cuti sakit. Moga Allah memberikan aku kekuatan untuk menyempurnakan ibadah aku sehingga ke penghujung Ramadhan. Manalah tau.. ini adalah Ramadhan terakhir buat aku... Wallahulam.

Apalagi yang aku ingin ceritakan?? Sebenarnya tiada yang menarik bagi aku n anak2.. Alhamdulillah.. anak2 tiada masalah untuk berpuasa walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Kadang-kadang lembiklah juga.. keletihan tapi mereka seronok berpuasa juga bertarawih..

Persiapan menjelang Aidilfitri pun tak semeriah tahun lepas. Nasib baiklah baju anak2 aku telah sediakan awal sebelum berpuasa. Dan kini.. aku sendiri dah tak de keinginan untuk berbelanja lagi. Baju aku sendiri tak de.. nasib baiklah masih ada 2 pasang baju yang aku masih belum pakai lagi. Jadi rasanya baju tu saja yang akan aku sarungkan nanti dipagi raya.

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog ini... Moga kita akan bertemu lagi....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails