Tuesday, June 29, 2010

TT Mandi Manda Air Terjun Gunung Ledang Jun 2010.. MHCC

26 Jun, 2010... MHCC Zon Muar/Ledang telah menganjurkan TT Mandi Manda di Air Terjun Gunung Ledang...
Seperti biasa.. aku ditugaskan sebagai penyedia makanan tuk semua peserta..
Macam biasa juga.. tiba bab makanan nie payah nak sediakan sebab jumlah peserta tak tentu...


Lagi satu aku nak kasi amaran awal2 kat Norwan selaku EC, aku tak nak bawa makanan yg 90 bungkus 2 port kami di air terjun... jadi dari tempat parking... aku dah siap bungkus2 makanan tuk kasi kat diaorg... Macam tahun lepas.. azab aku nak bawa makanan.. sakit2 tangan n bahu aku memikul makanan yg berat... Menu cam biasa Nasi Ambeng.. tapi kali nie ada tambahan... roti...


Penyertaan datang bukan saja dari zon Muar/Ledang, tapi ada juga dari Segamat, BP dan Melaka.. kira2 semuanya ada 41 buah keta...
Tahun ni juga kami juga menyediakan T-shirt.. RM 20 sehelai.. kaler merah tu.. pilihan aku n eyta..


Acara Sukaneka....

Sampai2 je terus mandi.. anak2 aku n anak2 eyta dah tak sempat2 nak mandi..






Pandang kanan...

1.. 2... 3... woooo....
Acara bergambar yg best sangat2...



Pada kali nie aturcara lebih baik dari tahun lepas.. semuanya kerana kami belajar dari pengalaman tahun lepas... sampai2 je ke air terjun jam 11.20 pagi, kami mandi-manda puas2 dulu..

Pukul 2 baru kami mulakan acara sukaneka.. jam 3.20.. semuanya dah selesai dan kami bergerak turun untuk acara bergambar, penyampaian hadiah dan minum petang di Dewan Seri Wangi di Gunung Ledang Resort...
TT berakhir pada 5.30 petang...


Terima kasih daun keladi.. tahun depan kita wat lagi... hehehe...

Wednesday, June 23, 2010

Kembali ....

Dia kembali lagi...
aku gembira dengan kehadirannya..
kerinduan yang bersarang dijiwa aku bagaikan hilang dan terbang bebas...

Sesungguhnya dia mampu mengembalikan senyuman dibibirku... mampu membuaikan perasaan ku dengan suara dan gelak tawanya.. mampu memberikan sinaran kejiwaku bagai mentari yang menyinar bumi... mampu menyuburkan hati ku yang dahagakan kasih sayangnya...

Dia kembali lagi...
Tapi aku tak pasti adakah untuk sementara atau untuk selama2nya...
cuma yang aku pasti... Sesungguhnya kasih ku padanya masih mekar seperti dulu..
Jika kau membaca luahan hatiku ini... berikanlah aku jawapan.. adakah dirimu masih menyayangi aku atau kau hanya kembali untuk melukakan hati ku lagi...

Monday, June 14, 2010

Bayangan itu...

Malam nie aku diganggu lagi oleh bayangan itu..
bayangan yang membuatkan aku jadi sengsara.. dengan sendirinya airmata aku akan mengalir...
bayangan yang membuatkan aku menjadi seorang yang teramat kecewa didalam hidup aku...

Pasangan tu begitu bahagia.. berjalan berdua2an.. berpimpinan tangan... sesekali sang suami memeluk mesra bahu sang isteri...
Betapa indahnya hubungan itu pada pandangan mataku... dan disitu aku menjadi seorang yang terlalu cemburu...
Terfikir di benak fikiranku... alangkah bahagianya hati seorang wanita... hati seorang 'aku',
jika mendapat perhatian dan layanan yg sebegitu...


Terkadang aku merasa terkilan kerana telah sehabis daya aku mempertahankan apa yang aku miliki.. menyintai setulus hati.. tapi akhirnya aku juga yang tersisih...
Malamku menjadi gerhana, hidupku tiada maknanya, hanya bernyawa namun tak bermaya..
Bisa sungguh luka ini walaupun tak berdarah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails