Thursday, October 28, 2010

Wake Up Flower....


Assalammualaikum....

"Jap.. Jap. ..Jap.. Ko HAPDET lah Blog ko tu.. dah bersawang dah aku tengok... "
Sms dari kawan baik aku..

Time to wake up.. kemalasan yang bersarang dalam diri aku terpaksa aku campak ke SG Serom semasa aku dalam perjalanan nak kepejabat pagi nie. Otak aku pun dah bersawang sama macam blog aku nie.. sebenarnya tersimpan banyak cerita, terakam berbagai gambaran tetapi tertinggal sikit saja darjah kerajinan didalam diri aku nie untuk dicatitkan disini.

Biarlah aku senaraikan satu persatu garis masa yang terlakar sepanjang aku dibelenggu dengan rantai kemalasan...

1. Hari raya aidilfitri 2010..

Seperti biasa tiada yang benar2 menarik dengan raya aku. Seperti tahun2 sudah aku masih keseorangan tanpa seorang lelaki bergelar suami untuk aku kucupi salamnya sambil memohon redha n ampunnya. Aku hanya bersama anak2, ibu yang telah pulih dari sakitnya dan adik beradik ku yang balik ke kampung untuk beraya. Tema tahun nie.. merah... Dani n Adib merah hati berbenang biru, Lyana merah putih.. kain cotton yg sangat2 lembut dan cantik. Aku, kain crepe yg amat2 selesa dan bertone, merah coklat n peach.. cantik pada mata aku..

Untuk mak diwaktu dia kesakitan aku belikan dia sepasang kain sutera itali berwarna hijau muda. Cantik lembut dan dia terus bangun dari pembaringan sambil mencium dan mengenakan pada badannya. Aku tau dia gembira... cuma keghairahan kami sekeluarga menyambut raya agak terencat gan kesakitan yg ditanggung mak dan Dani.


2. Majlis Aqiqah Dani, si Comel Anis Zulaiqa (anak adik aku) dan Rumah Terbuka.

Pada Sabtu 25 September, 2010, aku mengadakan majlis Aqiqah untuk Dani dan juga ahli baru keluarga kami Anis Zulaiqa, anak adik aku dan juga Rumah terbuka bagi sambutan Aidilfitri.

2 ekor kambing kami tumbangkan untuk dijamu pada tetamu yang datang.
Menu? Sedap.. Nasi minyak, Kambing masak kurma, Ayam pencen masak kari, Rendang daging, Acar darat, Sambal kacang, Masak Lodeh, Nasi Impit, Bubur Pulut Hitam, Kuih dan buah2an. Air Sirap limau dan Sirap Bandung.

Acara yang bermula pada jam 2 petang hanya berakhir pada jam 7.30 malam. Aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dengan kehadiran tetamu yang ramai (sayang sungguh tak sempat nak amik gambar) dan yang penting DIA datang juga kerumah aku.. hehehe... DIA?? adalahhhhh.... thanks B for coming to my house n berani memperkenalkan diri pada keluarga aku yg garang nie.. hehehehe... Love u...


3. Majlis Sambutan Hari Raya SK Serom 3.

Ya, aku bukan ahli keluarga SK Serom 3! Tapi aku sebahagian komuniti mereka. Jadi aku tanpa rasa malu dan segan2.. (tak malu!!!) menyertai mereka. Tapi aku pasti kehadiran aku amat2 mereka alu-alukan. Bermarhaban dari satu kelas ke kelas yang lain adalah acara rasmi sambutan ini selain dari makan... makan.. dan makan... hehehe...

Kanak2 adalah kanak2... aku gembira melihat mereka.. berpakaian cantik dan berwarna warni dan aku pun tumpang sekaki.



Banyak yang aku lalui sepanjang raya kali ini. Aku berselisih faham dengan kawan baik aku sendiri (ya, aku dah minta maaf.. dan aku harap dia maafkan aku)

Anak2 tidak beraya dengan ayah mereka kerana kesempitan di pihak sana (cian anak2)

Menghadiri terlalu banyak open house dirumah kawan2 aku.. sampai bentak aku makan.. :-)

Tengok.. otak tua aku dah tak berfungsi dengan baik kerana byk rupanya aktiviti yang aku dah lupa. Nak kena refresh lagi nie.. kita berehat dulu.. otak aku pun nak rehat gak...

Wasalam....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails