Friday, September 17, 2010

Berbuka di Perkampungan Ikan Bakar Umbai Melaka... 7 september, 2010

Dah terlalu lama aku tak update blog aku nie.. Bukan melupakan tapi kesibukan kerja dan keletihan melayan anak2 dan mak yg buat aku terpaksa melupakan blog aku nie seketika..

Dani demam 2 minggu sebelum raya.. begitu juga dengan mak.. Aku bingung sangat sebab mereka berdua langsung tak mahu menjamah makanan.
Aku terpaksa ke sekolah Dani untuk memaklumkan kepada gurunya tentang masalah Dani, Alhamdulillah.. bukan saja aku mendapat kerjasama dari Guru Penolong Kanan HEM, tapi ia juga menjadi perhatian dari GPK 1 dan juga Guru Besar. Dani diberi pelepasan sehingga dia benar2 sihat atau dengan lebih tepat selepas Hari Raya nanti..
Dani dengan mak hanya terbaring kelemahan. Minum tak mau.. makan apatah lagi..

Tapi pada 6 September sewaktu aku berbuka puasa.. tetiba mak bersuara..

"Kan sedap kalau dapat makan Ikan bakar.. cecah dengan kuahnya.. ada sotong goreng, ada kupang..ada kerang rebus.. sedapnya"

Rasa tersengkang nasi ditekak aku.. Selera aku mati disitu.. cepat2 aku habiskan nasi dipinggan.

Selepas Solat, aku kirimkan sms buat abang n akak aku..

"DAH 2 MINGGU MAK TAK MAKAN APA2, TETIBA PETANG NIE DIA CAKAP KAN SEDAP KALAU DAPAT MAKAN IKAN BAKAR.. CECAH DENGAN KUAHNYA.. ADA SOTONG GORENG, ADA KUPANG.. ADA KERANG REBUS.. SEDAPNYA.. - INI SAPA YANG NAK JAWAB NIE???"

Tak sampai 2 min.. aku mula dapat balasan.. Abg Zubir, Akak Lah, Akak Meran dan Emi sudi nak sponsor.
Alhamdulillah... semuanya prihatin...

Jadi petang 7 September, inilah destinasi kami untuk acara berbuka puasa...





Malam tu.. Dani dan mak makan cam baru je jumpa makanan.. punyalah banyak.. eeii.. kebuluran lah tu.. hehehe... RM188.00 malam tu aku bayar tuk makanan.. demi ibu yang tercinta.. apa lagi yang dapat aku lakukan untuk mengembirakan dia??? Duit kita bleh cari.. tapi kepuasan apabila melihat keriangan orang tersayang??
Wasalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails