Wednesday, September 1, 2010

Dani Yang Umie Sayang...

26 Ogos, 2010.. 10.25 pagi... Skudai, Johor.

Telefon aku berbunyi...

" Hello!"

" Umie, baby demam."

" Baby tak sekolah ke?"

" Tak.. atok tak kasi sekolah. Nanti baby puasa setengah hari, lepas tu mak suruh makan ubat."

" Ok sayang.. baby jgn noti tau. Petang nanti umie balik, kita pegi klinik ya?"

" Ok umie.. baby rindu kat umie, itu yang baby demam."

" Umie pun rindu baby.. umie dalam kelas nie, nanti umie balik tau."

" I love you umie."

" I love you 2 sayang."

Sebak di dada aku.. Usai kursus pada jam 12.30 tgahari aku tergesa2 balik kebilik mengemas barang2 peribadi aku. Tak sabar nak balik nak bersama dengan Dani yang merindui aku.. (sebenarnya aku yang lebih rindu pada dia)

Dalam cuaca yang panas dan mata yang teramat2 mengantuk.. aku gagahkan juga memandu. Aku berhenti di R&R Machap untuk melelapkan mata barang seminit 2.. Tapi kerana cuaca yang panas, aku tak dapat nak tido dgn nyenyak. Aku basuh muka n teruskan perjalanan.

Sampai saja dirumah, Dani dah menerpa kearah aku. Badan dia panas sangat.. Akak aku yang dipanggil mak telah berikan dia ubat untuk mengurangkan panas badan.
Aku meletakkan tuala basah dikepalanya...

Hari nie.. dah 6 hari Dani demam.. batok2.. yang aku tak tahan, dia muntah2 dan yang keluar cuma lendir. 2 klinik swasta aku dah pergi dan aku juga telah ke klinik kerajaan, tapi keadaan dia tak berubah. Yang paling aku bimbangkan, Dani langsung tak nak makan. Aku terpaksa berkeras dengan dia. Dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Dari demam rindu menjadi demam panas yang berpanjangan. Aduh.. Dani.. sembuhlah cepat sayang.. umie tak tahan tengok baby umie nie tak makan. Badan dia dah susut dan lemah.. sekolah pun dia tak dapat pergi.. dia hanya terbaring saja..

Runsing sungguh aku dibuatnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails